Cara Guna Bantuan SARA One-Off RM100 Cashless Dengan Mykad Panduan Lengkap

cara guna bantuan SARA kini menjadi topik hangat dalam kalangan rakyat Malaysia. Panduan ini akan menunjukkan langkah demi langkah cara menggunakan bantuan SARA One-Off secara cashless menggunakan mykad, termasuk semakan kelayakan, penebusan serta kedai terlibat.

Dengan panduan ini, anda akan dapat memahami sepenuhnya mekanisme bantuan SARA dan memanfaatkannya sebaik mungkin.

Baca juga: Diskaun Saman PDRM 2025: Semak & Bayar Kompaun Anda Jimat Masa, Jimat Duit!

Apa Itu Bantuan SARA One-Off RM100

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 one-off merupakan bentuk penghargaan yang diberikan kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas tanpa mengambil kira pendapatan.

Bantuan ini dikreditkan terus ke dalam Mykad anda dan boleh digunakan secara cashless di kedai dan pasaraya terpilih.

Tarikh Sah & Tempoh Penggunaan

Bantuan dikreditkan bermula 31 ogos 2025 dan boleh ditebus sehingga 31 disember 2025.

Baki yang tidak digunakan selepas tarikh tamat tempoh iaitu pada 31 disember 2025 akan diagihkan semula kepada golongan yang lebih memerlukan.

Siapa Yang Layak Bantuan Ini?

cara guna bantuan sara one off

Semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun keatas dan memiliki Mykad yang sah layak mendapat bantuan SARA One-Off.

Cara Semak Kelayakan & Baki

cara guna bantuan sara semak baki

Anda boleh menyemak status dan baki bantuan melalui:

Kedai dan Jenis Barangan Yang Layak

cara-guna-bantuan-sara-one-off

Bantuan boleh digunakan di lebih 4,100 premis runcit dan pasaraya termasuk Giant, Mydin, HeroMarket, Lotus’s, 99 Speedmart, dan kedai runcit tempatan.

Ada lebih 14 kategori barangan asas meliputi barangan seperti beras, telur, minyak masak, ubat-ubatan, keperluan kebersihan, alat tulis dan banyak lagi

Cara Guna Bantuan SARA One-Off

Berikut langkah-langkah mudah untuk cara guna bantuan SARA menggunakan Mykad:

  • Pilih barangan keperluan yang mempunyai label SARA/MyKasih di rak harga.
  • Bawa MyKad ke kaunter dan tunjukkan untuk pengesahan bantuan.
  • Tukar PIN sementara (6-digit MyKad) kepada PIN baru untuk keselamatan.
  • Juruwang imbas kod bar bagi item yang dibeli.
  • Masukkan PIN dan sahkan transaksi secara cashless.
  • Simpan resit pembelian untuk semakan baki.

Tips Bijak Cara Guna Bantuan SARA One-Off

  • Elakkan pergi pada awal bantuan disalurkan bagi mengelakkan kesesakan dan gangguan sistem.
  • Gunakan bantuan SARA selepas sistem stabil (1 minggu keatas)
  • Pastikan membeli barangan yang penting dan perlu sahaja.

Kesimpulan Cara Guna Bantuan SARA One-Off

Panduan ini merangkumi cara guna bantuan SARA one-off RM100 secara cashless dengan MyKad. Mulai 31 Ogos hingga 31 Disember 2025, semua warganegara Malaysia 18+ boleh tebus barangan asas di kedai terpilih dengan mudah. Semak kelayakan melalui portal rasmi, rancang pembelian dengan bijak, dan gunakan manfaat ini sepenuhnya.

Leave a Comment