FLYSISWA 2025: BANTUAN SUBSIDI PEMBELIAN TIKET PENERBANGAN UNTUK PELAJAR UNIVERSITI AWAM, POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) SERTA KOLEJ MATRIKULASI DAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) BAGI LALUAN DOMESTIK ANTARA SEMENANJUNG MALAYSIA, SABAH, SARAWAK DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN.
Isi Kandungan
Baca Juga: Bantuan Bulanan JKM RM1,000: Permohonan Dan Semakan
Maksud Flysiswa
Flysiswa Merupakan Inisiatif Bantuan Subsidi Pembelian Tiket Penerbangan untuk Pelajar Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi Laluan Domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan (FLYsiswa).
Kelayakan Bantuan Flysiswa
Pelajar yang layak menerima subsidi ini adalah warganegara Malaysia yang sedang belajar di Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti, Kolej Matrikulasi, atau Institut Pendidikan Guru. Subsidi ini diberikan kepada pelajar yang berasal dari:
- Sabah, Sarawak, atau Wilayah Persekutuan Labuan yang menuntut di Semenanjung.
- Semenanjung yang menuntut di Sabah, Sarawak, atau Wilayah Persekutuan Labuan.
- Sabah yang menuntut di Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan.
- Sarawak yang menuntut di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan.
- Wilayah Persekutuan Labuan yang menuntut di Sabah atau Sarawak.
Fasa Permohonan Flysiswa 2025
Berikut adalah ringkasan tempoh Permohonan dan Pelaksanaan subsidi berdasarkan status pelajar:
- Fasa 1: Pelajar sedia ada dan baharu yang berdaftar sehingga 30 September 2024 – Mulai 1 Januari 2025.
- Fasa 2: Pelajar baharu yang berdaftar antara 1 Oktober hingga 31 Disember 2024 – Mulai 1 April 2025.
- Fasa 3: Pelajar baharu yang berdaftar antara 1 Januari hingga 31 Mac 2025 – Mulai 1 Julai 2025.
Syarat Penggunaan Bantuan Subsidi Pembelian Tiket
Antara Syarat Penggunaan Bantuan Tiket Kapal Terbang:
- hanya sah untuk pembelian tiket penerbangan sehala atau dua hala bagi laluan penerbangan kelas ekonomi antara tempat asal (Semenanjung/ Sabah/ Sarawak/ Labuan) dan tempat pelajar sedang menuntut (Semenanjung/ Sabah/ Sarawak/ Labuan);
- hanya boleh digunakan untuk pembelian tiket penerbangan Malaysia Airlines, AirAsia, Batik Air, MASwings dan FireFly;
- tempoh permohonan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah mulai 1 Januari 2025 hingga 30 November 2025; dan
- tarikh akhir penebusan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah pada 31 Disember 2025. Namun, pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan.
Contoh Penggunaan Bantuan Subsidi Pembelian Tiket Flysiswa
Semak gambar dibawah Contoh penggunaan bantuan subsidi pembelain tiket:

Semak Permohonan Bantuan Subsidi Pembelian Tiket Flysiswa
Pelajar yang sedang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi boleh menyemak Maklumat Pelajar samada layak atau tidak melalui laman web rasmi semakan Maklumat Pelajar Flysiswa.

- Masukkan Nombor Mykad.
- Isikan Nama Institusi.
- Tekan Butang “Semak”
Kelayakan adalah secara automatik melalui data pendaftaran pelajar di setiap IPT/IPTA masing-masing.
sekiranya tidak layak. Pelajar boleh mengemukakan rayuan dengan cara yang berikut:
Rayuan Permohonan Bantuan Subsidi Pembelian Tiket
Jika semakan mendapati tiada rekod pelajar dan ingin mengemukakan rayuan, tekan pada butang Klik di sini untuk membuat rayuan.
pastikan anda memenuhi terma dan syarat dan kelayakan Permohonan.
Maklumat yang Diperlukan untuk Rayuan

- Nombor MyKad
- Nama Pelajar
- Nama Institusi
- Nama Kampus
- Lokasi Institusi
- Negeri Alamat
- Alamat Tetap
- Poskod
- Alamat E-mel
- No. Telefon
- Catatan Rayuan
Contoh Catatan Rayuan Permohonan Bantuan Subsidi Pembelian Tiket Flysiswa
Saya, [Nama Pelajar], dengan nombor MyKad 050818******, ingin membuat rayuan untuk [nyatakan tujuan rayuan]. Saya merupakan pelajar di Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus [Nama Kampus], yang terletak di [Lokasi Institusi], [Negeri Alamat].
Alamat tetap saya adalah [Alamat Tetap], dengan poskod [Poskod]. Anda boleh menghubungi saya melalui e-mel di [Alamat E-mel] atau telefon di [No. Telefon].
Saya berharap pihak tuan/puan dapat mempertimbangkan rayuan saya ini. Terima kasih.
Maklumat Lanjut Permohonan Bantuan Subsidi Pembelian Tiket
Maklumat Lanjut boleh semak laman web rasmi Flysiswa di: Laman web Rasmi Flysiswa ,
Penafian
Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Maklumat Artikel diperolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.
Kami Komited untuk menyediakan maklumat terkini mengenai bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia, dengan tujuan untuk berkongsi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Penulisan ini bertujuan untuk menyampaikan informasi yang sahih dan terkini, agar pelawat laman web kami dapat memperoleh maklumat terbaru mengenai bantuan yang tersedia.
Terima kasih admin