eCOSS muncul sebagai inovasi penting dalam usaha kerajaan Malaysia menjamin subsidi minyak masak menikmati manfaat sebenar kepada rakyat. Dengan sistem elektronik yang mesra pengguna serta langkah e-KYC sebagai pengesahan identiti, eCOSS memperkenalkan cara yang lebih sistematik, selamat dan telus dalam proses pembelian subsidi minyak masak peket.
Artikel ini bertujuan menerangkan segala aspek dari muat turun aplikasi, pendaftaran, hinggalah cara membeli minyak paket agar setiap rakyat Malaysia dapat menikmati subsidi yang dibelikan oleh pihak kerajaan.
Baca juga: Permohonan MyKasih 2025: Panduan Lengkap Daftar, Semak & Gunakan Bantuan SARA
Isi Kandungan
Apa Itu eCOSS

eCOSS ialah singkatan daripada Electronic Cooking Oil Subsidy System yang dibangunkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Sistem ini direka untuk memantau pengedaran minyak masak peket subsidi 1 kg secara digital daripada kilang hingga ke pengguna.
Setiap transaksi dicatat melalui imbasan QR serta pengesahan identiti dengan MyKad (e-KYC), memastikan subsidi hanya sampai kepada pengguna sah.
Kegunaan & Manfaat eCOSS
Rekod Digital Sepenuhnya : Semua peringkat rantaian bekalan kilang, pembungkus, pemborong, peruncit dan pengguna terekod secara digital untuk tujuan pemantauan.
Mencegah Ketirisan & Penyelewengan : Data transaksi digital memudahkan KPDN mengesan pembelian tidak wajar, penyeludupan atau pembelian oleh bukan warganegara.
Pembelian Bersasar kepada Rakyat Malaysia Sahaja : Melalui integrasi data JPN, hanya warganegara Malaysia yang layak membeli subsidi, dan MyKad diperlukan setiap kali transaksi.
Kuota Kendiri Setiap Isi Ruma : Umumnya, setiap isi rumah dibenarkan membeli antara 1 hingga 2 peket 1 kg sebulan, bagi memastikan distribusi adil kepada golongan B40.
Pemantauan Masa Nyata (Real-Time) : KPDN dapat memantau penjualan subsidi pada setiap lokasi serta mengambil tindakan pantas jika terdapat penyalahgunaan.
Syarat & Kriteria Pengguna eCOSS
Warganegara Malaysia Sah : Pembelian hanya sah jika MyKad digunakan dalam e-KYC dan imbasan QR.
Hanya di Premis Berdaftar : Pembelian perlu dilakukan di pasar mini, pasar raya atau kedai runcit berlesen yang tersenarai dalam sistem eCOSS.
Kuota Terhad Secara Bulanan : Biasanya 1–2 peket per bulan kepada setiap isi rumah.
Peniaga Wajib Halal : Pembungkus dan peruncit mesti memiliki sijil halal jika ingin menjual minyak bersubsidi.
Siapa Yang Perlu Mendaftar eCOSS?

- Syarikat Pengilang, Pembungkus & Pemborong.
- Peniaga Runcit Berlesen.
- Pengguna Akhir (Orang Awam)
Setiap rakyat Malaysia harus mendaftar dan aktifkan akaun dalam applikasi ECOSS untuk membuat pembelian subsidi.
Cara Muat Turun & Daftar Aplikasi eCOSS
Muat Turun Aplikasi
- Aplikasi ECOSS boleh dimuat turun melalui Google Play, Apps Store & App Gallery.
Daftar Akaun eCOSS
- Setelah selesai muat turun aplikasi, buka aplikasi dan tekan butang “Daftar”.
- Isikan Maklumat peribadi dan tandakan kod pengesahan.
- Anda akan menerima maklumat log masuk melalui e-mail.
- Lakukan pengensahan identiti e-KYC: muat naik gambar kad pengenalan (hadapan & belakang) serta swafoto.
Cara Guna eCOSS untuk Beli Minyak Subsidi di Kedai & Pasaraya

- Buka aplikasi eCOSS.
- Imbas kod QR yang disediakan di premis peruncit sah.
- Pilih julah paket 1kg berdasarkan kuota.
- Sahkan transaksi dan bayar harga subsidi RM2.50 1 paket.
- Rekod pembelian akan disimpan didalam aplikasi tersebut.
Maklumat Lanjut Mengenai eCOSS
- Lawati portal rasmi eCOSS: ecoss.kpdn.gov.my
- Hebahan rasmi eCOSS: ecoss.kpdn.gov.my/hebahan_mobile_ecoss
- Portal KPDN: kpdn.gov.my
Soalan Lazim (FAQ)
Apa itu aplikasi Mobile eCOSS?
Aplikasi Mobile eCOSS ialah sistem pemantauan digital yang dibangunkan untuk merekod dan mengurus pembelian minyak masak bersubsidi oleh pengguna, serta memudahkan pemantauan kuota oleh peruncit dan pihak berkuasa.
Siapakah yang perlu menggunakan aplikasi ini?
Peruncit : Untuk merekod data penjualan minyak masak bersubsidi.
Pengguna : Untuk mengesahkan pembelian minyak masak bersubsidi.
Adakah pengguna perlu muat turun aplikasi ini untuk pembelian minyak masak bersubsidi?
Ya. Pengguna perlu muat turun aplikasi eCOSS di telefon pintar (iPhone, Android, Huawei) dan pendaftaran hanya perlu dibuat sekali sahaja melalui pengesahan e-KYC.
Bagaimana kaedah pengesahan pembelian dilakukan?
Setelah pendaftaran dan pengesahan e-KYC selesai, tekan butang “Imbas Kod QR” dan imbas QR peruncit. Pilih jumlah minyak masak paket yang ingin dibeli dan tekan butang “Hantar” untuk pembelian. Tunjuk maklumat belian kepada peruncit sebagai bukti.
Adakah internet diperlukan untuk menggunakan aplikasi ini?
Ya. Pengguna perlukan internet untuk melakukan transaksi pembelian.
Apa yang perlu dibuat jika tiada capaian internet semasa transaksi?
Jika tiada capaian internet semasa transaksi penjualan dan pembelian, peruncit bertanggungjawab untuk merekod pembelian oleh pengguna secara manual dan mengemaskini rekod jualan di dalam sistem eCOSS.
Adakah data pengguna selamat?
Ya. Semua data peribadi dikendalikan mengikut polisi keselamatan data kerajaan dan hanya digunakan untuk tujuan kawalan subsidi minyak masak.