Bantuan Warga Emas JKM: Sokongan RM600 Sebulan Untuk Kelansungan Hidup Warga Tua

Bantuan Warga Emas JKM atau dikenali juga sebagai Bantuan Warga Emas (BWE) ialah salah satu bentuk bantuan bulanan warga emas yang disalurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Program ini bertujuan membantu golongan warga emas yang berumur 60 tahun ke atas dan tidak berkemampuan untuk meneruskan kehidupan dengan lebih baik.

Melalui inisiatif ini, warga emas layak menerima bantuan tunai bulanan yang kini berjumlah RM600 sebulan, sekaligus meringankan beban kewangan mereka. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui sistem eBantuan JKM atau secara manual di pejabat JKM berdekatan, bergantung kepada keselesaan pemohon.

Baca juga: Semakan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah SYUKUR 2025: Panduan Lengkap

Apa Itu Bantuan Warga Emas JKM

Bantuan Warga Emas (BWE) ialah bantuan tunai bulanan yang disediakan oleh JKM untuk warga emas miskin tegar yang berumur 60 tahun ke atas dan bermastautin di Malaysia. Bantuan ini bertujuan memastikan kelangsungan dan kesejahteraan hidup mereka dalam komuniti.

kadar Bantuan Warga Emas JKM

kadar bantuan warga emas jkm

Sejak tahun 2025, kerajaan telah menaikkan kadar bantuan kepada RM600 sebulan seorang, berbanding RM500 sebelum ini. Langkah ini mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap peningkatan kos sara hidup serta komitmen untuk memastikan warga emas menerima perlindungan sosial yang lebih kukuh. Bantuan ini akan disalurkan secara berkala, sama ada terus ke akaun bank pemohon atau melalui pembayaran tunai di pejabat JKM bagi mereka yang tidak mempunyai akaun.

Syarat Kelayakan Bantuan Warga Emas

Untuk layak menerima bantuan warga emas JKM, pemohon mesti memenuhi syarat berikut:

  • Warganegara Malaysia dan bermastautin di negara ini
  • Berumur 60 tahun ke atas.
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin tegar semasa, sama ada secara keluarga atau per kapita.
  • Tidak tinggal di institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian/berkediaman yang bebas bayaran (geran rangsum).
  • Untuk kes tiada anak (sebatang kara) yang tinggal bersama individu berpendapatan tinggi pun masih boleh dipertimbang asalkan memenuhi kriteria kelayakan lain.
  • Kes di luar syarat biasa masih boleh dipertimbangkan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri/Wilayah dengan justifikasi munasabah.

Cara Memohon Bantuan Warga Emas JKM

Permohonan Secara Atas Talian

  • Layari portal rasmi eBantuan JKM dan daftar permohonan baharu
  • Selepas pendaftaran, pemohon wajib hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian dalam tempoh 14 hari untuk serahkan dokumen sokongan. Kegagalan hadir akan menyebabkan permohonan dibatalkan secara automatik

Permohonan Secara Manual

  • Pemohon boleh hadir ke mana mana cawangan JKM yang terdekat untuk mengisi borang yang diperlukan. Sertakan sekali dokumen sokongan yang diperlukan, rujuk dibawah.

Dokumen Diperlukan

Pemohon perlu membawa dokumen berikut semasa hadir ke JKM:

  • Salinan MyKad pemohon (depan & belakang).
  • Salinan MyKad/MyKid ahli keluarga yang tinggal bersama.
  • Salinan sijil kelahiran ahli keluarga.
  • Bukti pendapatan seperti penyata gaji atau surat pengesahan pendapatan.
  • Bil utiliti (air/elektrik/telefon/Astro) untuk pengesahan alamat.
  • Penyata bank atau slip pengesahan akaun terkini.
  • Dokumen tambahan jika diperlukan seperti sijil kematian, laporan AADK/Polis atau surat rekomendasi perubatan.

Proses Penilaian dan Kelulusan

bantuan warga emas jkm terbaru

Semua permohonan yang diterima akan melalui proses siasatan ‘means-tested’ oleh pegawai JKM. Kelayakan berdasarkan merit, bukan hak mutlak. Jika layak, bantuan RM 600 akan dikreditkan setiap bulan, sama ada melalui akaun bank pemohon atau tunai di Pejabat JKM (jika tiada akaun bank)

Maklumat Lanjut & Rujukan Rasmi

Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lebih terperinci mengenai Bantuan Warga Emas JKM, sila rujuk sumber rasmi berikut:

Manfaat Bantuan Warga Emas JKM

Bantuan ini memberikan banyak manfaat kepada penerima. Selain mengurangkan beban kos sara hidup, ia juga membantu warga emas menjalani kehidupan dengan lebih bermaruah tanpa perlu terlalu bergantung kepada orang lain. Bantuan ini juga menjadi salah satu usaha kerajaan dalam menyokong kesejahteraan komuniti, agar golongan berusia dapat terus tinggal dalam masyarakat sendiri dengan lebih selesa dan dihormati.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, Bantuan Warga Emas JKM merupakan salah satu bentuk perlindungan sosial yang amat penting bagi memastikan golongan berusia terus terpelihara kebajikan mereka. Dengan bantuan sebanyak RM600 sebulan, warga emas dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik, selari dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia.

Leave a Comment