Jika anda ibu bapa atau penjaga pelajar sekolah, pastikan anda tahu tentang inisiatif penting yang dikenali sebagai Bantuan Awal Persekolahan 2026 (BAP). Artikel ini merangkumkan maklumat rasmi terkini daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya anda tidak terlepas peluang bantuan ini.
Baca juga: Semakan Bantuan Banjir RM1000: Bantuan Wang Ihsan (BWI) NADMA
Isi Kandungan
Apa Itu Bantuan Awal Persekolahan 2026 (BAP)

Bantuan Awal Persekolahan 2026 (BAP) ialah bantuan tunai sekali bayar (“one-off”) bertujuan untuk meringankan beban ibu bapa atau penjaga dalam menyediakan kelengkapan asas sekolah seperti pakaian, buku, alat tulis dan lain-lain keperluan persekolahan.
Kerajaan meneruskan komitmen membantu keluarga menghadapi kos pendidikan dengan mengekalkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) RM150 kepada semua murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 bagi sesi 2026, tanpa mengambil kira pendapatan ibu bapa. Inisiatif ini mula diperkenalkan dalam Bajet 2023 dan diteruskan di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan.
Pada masa yang sama, kerajaan turut memperluas Bantuan Am Persekolahan (BAPs) sehingga Tingkatan 5 berbanding hanya sehingga Tingkatan 3 sebelum ini dimana melibatkan peruntukan RM180 juta khusus untuk murid daripada keluarga kurang berkemampuan.
Bagi memastikan lebih ramai pelajar dapat meneruskan pendidikan dengan sokongan yang mencukupi, kerajaan juga menyediakan RM150 juta bagi Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP), ditumpukan kepada anak-anak daripada keluarga berpendapatan rendah.
Usaha ini selaras dengan matlamat Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) untuk mengukuhkan akses pendidikan yang inklusif dan saksama di seluruh negara.
Dalam masa sama, Rancangan Makanan Tambahan (RMT) diteruskan dengan peruntukan RM870 juta, memanfaatkan kira-kira 870,000 murid agar mereka terus menerima makanan berkhasiat di sekolah.
Siapa Yang Layak Menerima BAP 2026
syarat kelayakan bantuan awal persekolahan 2026 (BAP) ialah seperti berikut:
- Murid sekolah darjah satu sehingga tingkatan enam (mengikut sesi persekolahan 2026/2027).
- Murid sekolah berstatus warganegara Malaysia.
- Sekolah yang layak termasuk: sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan (SBK), sekolah agama, sekolah swasta berdaftar dengan KPM (tidak termasuk sekolah antarabangsa/ekspatriat), serta institusi lain yang disenarai dalam garis panduan KPM.
Kaedah Agihan & Penyaluran BAP 2026
- BAP diagihkan melalui sekolah, duit bantuan diserahkan oleh guru kepada ibu bapa atau penjaga.
- Untuk 2026, kaedah agihan dijangka secara tunai di sekolah, bergantung kepada pengumuman rasmi dari KPM.
- Anda tidak perlu memohon bantuan diberi secara automatik kepada murid layak berdasarkan data sekolah.
Jumlah Bantuan Awal Persekolahan 2026 (BAP)

Setiap murid yang layak akan menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 secara one-off bagi sesi persekolahan 2026.
Kerajaan turut memperluas pemberian BAP kepada pelajar Tingkatan 6, dengan bantuan RM150 seorang, memberi manfaat kepada kira-kira 100,000 pelajar. Langkah ini membabitkan peruntukan RM15 juta, sekali gus menunjukkan komitmen Kerajaan MADANI dalam meringankan kos persiapan sekolah bagi ibu bapa dan penjaga.
Peluasan bantuan ini, yang bermula pada Sesi Akademik 2026/2027, juga mencerminkan usaha berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memperkasa pendidikan Tingkatan 6 sebagai laluan akademik yang berkualiti dan inklusif.
Tarikh Agihan Bantuan Awal Persekolahan 2026 (BAP)
Tarikh rasmi penerimaan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2026 bagi sesi 2026/2027 masih belum diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Namun, berdasarkan tahun-tahun sebelum ini, bantuan kebiasaannya disalurkan pada bulan Januari.
Segala maklumat terkini akan dikemas kini dari semasa ke semasa sebaik sahaja pengumuman rasmi dikeluarkan oleh KPM.
Maklumat Lanjut Bantuan Awal Persekolahan 2026 (BAP)
Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan Bantuan Awal Persekolahan 2026 (BAP), anda boleh rujuk pada pautan berikut:
- Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia : https://www.moe.gov.my/
- Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia : https://www.facebook.com/KemPendidikan
- Instagram Kementerian Pendidikan Malaysia : https://www.instagram.com/kempendidikan
Rujuk juga : Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 20 Tahun 2020: Bantuan Awal Persekolahan di laman sesawang rasmi KPM.
Penutup
Bantuan Awal Persekolahan 2026 adalah satu inisiatif penting daripada kerajaan melalui KPM untuk meringankan beban keluarga dalam menghadapi kos permulaan persekolahan. Sebagai ibu bapa atau penjaga, semak kelayakan anak anda dan pastikan maklumat di sekolah terkini supaya bantuan ini dapat diterima tanpa sebarang masalah.
