Semakan Bayaran Syukur Fasa 4 – Program Sentuhan Kasih Rakyat

Dimaklumkan bahawa semakan bayaran SYUKUR fasa 4 kini boleh dilakukan secara online, pembayaran Bantuan SYUKUR Fasa 4 secara bank-in dalam talian telah bermula pada 28 November 2025 (Jumaat). Para penerima digalakkan untuk membuat semakan status terkini pembayaran melalui laman web rasmi SYUKUR di pautan syukur.sabah.gov.my atau melalui bank masing-masing yang berdaftar.

Bagi individu yang layak menerima Bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR), berikut adalah maklumat penting berkaitan semakan bayaran SYUKUR fasa 4.

Baca juga: Bantuan Awal Persekolahan 2026 (BAP): Semakan Tarikh Agihan Bantuan

Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah

semakan bantuan syukur fasa 4

Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah ialah inisiatif kerajaan Sabah untuk membantu meringankan beban kewangan golongan B40 di negeri tersebut. Program ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 100,000 penerima.

Selaras dengan pengumuman Belanjawan Sabah 2025, program ini merupakan antara usaha kerajaan negeri dalam memperkasa ekonomi rakyat serta membasmi kemiskinan. Melalui bantuan ini, penerima akan menerima bayaran tunai sebanyak RM900 setahun, dibayar secara lump-sum setiap tiga bulan. Wang bantuan akan dikreditkan terus ke akaun bank pemohon.

Objektif Program Syukur Sabah

Tidak dapat dinafikan program SYUKUR memberi banyak manfaat kepada penerima dan ianya menjadi objektif program ini.

  • Memberi bantuan kewangan bagi memenuhi keperluan asas.
  • Meningkatkan Kualiti Hidup Golongan Memerlukan.
  • Mengurangkan Kemiskinan Tegar di Sabah.

Syarat Kelayakan Bantuan SYUKUR

Penduduk Sabah yang ingin memohon perlu memenuhi kriteria asas dan kriteria tambahan seperti berikut:

1. Kriteria Asas (WAJIB memenuhi semua)

  • Berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024.
  • Warganegara Malaysia.
  • Beralamat dan bermastautin di Sabah sekurang-kurangnya 1 tahun.
  • Pemegang Kad Pengenalan berstatus ‘H’.

2. Kriteria Tambahan (salah satu)

  • Ketua Isi Rumah (KIR) yang berstatus miskin atau miskin tegar dalam pangkalan data eKasih (setakat 31 Disember 2024);

ATAU

  • KIR yang tercicir daripada eKasih, tetapi mempunyai pendapatan isi rumah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

Kategori Penerima

A. Kategori Miskin

Hanya Ketua Isi Rumah (KIR) layak menerima bantuan. (1 penerima sahaja)

B. Kategori Miskin Tegar

Kelayakan adalah seperti berikut:

  • KIR dan pasangan;
  • Jika tiada pasangan, salah seorang Ahli Isi Rumah layak sebagai penerima;

ATAU

  • KIR + pasangan + seorang Ahli Isi Rumah/anak (18 tahun ke atas) jika pendapatan keluarga masih berada di bawah paras kemiskinan tegar walaupun sudah menerima bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat.

Cara Mohon Bantuan SYUKUR

Bagi yang belum membuat permohonan, ikuti langkah berikut:

  1. Pergi ke portal rasmi PADANS 
  2. Pilih menu “Permohonan Baharu SKR” di bahagian atas laman web.
  3. Isi maklumat lengkap yang diperluka.
  4. Klik butang “Daftar Pengguna”
  5. Lengkapkan borang permohonan yang diberikan/
  6. Pastikan semua maklumat diisi dengan betul sebelum menghantar permohonan

Semakan Bayaran SYUKUR Fasa 4 2025

sentuhan kasih rakyat sabah

Bagi anda yang telah melakukan permohonan bantuan ini, anda boleh melakukan semakan kelayakan status penerima bantuan SYUKUR ini dengan cara berikut:

  1. Pergi ke laman semakan SYUKUR 
  2. Masukkan Nombor MyKad anda
  3. Kemudian, klik pada butang Semak di bawah.
  4. Status kelayakan penerima Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan dipaparkan.

Tarikh & Jumlah Bayaran SYUKUR Fasa 4

Penyaluran Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah secara beransur-ansur mengikut fasa yang telah ditetapkan. Bagi Fasa 4, tarikh bayaran akan bermula pada 28/11/2025 jatuh pada hari jumaat.

Cara Agihan Bantuan SYUKUR Fasa 4

Penerima akan menerima bayaran tunai sebanyak RM900 setiap fasa, dibayar secara lump-sum setiap tiga bulan. Wang bantuan akan dikreditkan terus ke akaun bank pemohon.

FASA BAYARANTarikh BayaranKADAR PENYALURAN
Januari – Mac (Fasa 1)19 Februari 2025 (Rabu) RM900
April – Jun (Fasa 2)April 2025RM900
Julai – September (Fasa 3)Ogos 2025RM900
Oktober–Disember (Fasa 4)28 November 2025RM900

Maklumat Lanjut Semakan Bayaran Syukur Fasa 4

Semakan bayaran SYUKUR fasa 4 dan makumat lanjut boleh dilakukan secara online di pautan : https://syukur.sabah.gov.my/ .

Leave a Comment