Sumbangan Tunai Rahmah 2025 menjadi inisiatif utama kerajaan membantu golongan yang memerlukan khasnya golongan B40 miskin dan fakir miskin mendepani cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat.
Kerajaan telah memperluas sumbangan kepada golongan M40 kerana cabaran yang dihadapi tidak kurang mencabar pada hari ini. Mari kita semak jumlah bayaran bantuan sumbangan tunai rahmah tahun 2025.
Isi Kandungan
Baca juga: STR 2025: Senarai Penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah
Apa itu Sumbangan Tunai Rahmah
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup.
Hikmah penyasaran semula subsidi membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2025 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.
Syarat Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah 2025
Anda layak memohon STR 2025 sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:
a) Isi Rumah
- Status Perkahwinan:
Berkahwin
Ibu/Bapa tunggal/balu/janda/duda dengan anak yang memenuhi syarat - Pendapatan:
Pendapatan isi rumah ≤ RM5,000 sebulan
b) Warga Emas Tiada Pasangan
- Status:
Bujang/ibu/bapa tunggal/balu/janda/duda TANCAI anak yang layak - Umur:
60 tahun ke atas - Pendapatan:
Pendapatan ≤ RM5,000 sebulan
c) Bujang
- Status:
Bujang/ibu/bapa tunggal/balu/janda/duda TANPA anak layak - Umur:
21–59 tahun (OKU: 19 tahun ke atas) - Pendidikan:
BUKAN pelajar IPTA/IPTS sepenuh masa - Pendapatan:
Pendapatan ≤ RM2,500 sebulan
Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah Online 2025
Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah mestilah melalui Sumber Rasmi:
- Portal STR: Sumbangan Tunai Rahmah
- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Pertama: Daftar/Pastikan Kelayakan
- Semak syarat kelayakan STR 2025:
- Isi rumah (pendapatan ≤ RM5,000).
- Warga emas tiada pasangan (≥60 tahun, pendapatan ≤ RM5,000).
- Bujang (pendapatan ≤ RM2,500).
(Rujuk Portal STR untuk syarat penuh).
Kedua: Kemaskini Maklumat
- Buka Portal STR:
- Akses https://bantuantunai.hasil.gov.my.
- Log masuk dengan No. Kad Pengenalan dan kata laluan.
- Kemaskini data jika perlu:
- Alamat terkini.
- Status perkahwinan/keluarga.
- Maklumat bank (akaun aktif atas nama pemohon).
Ketiga: Sediakan Dokumen
Dokumen Wajib:
- Salinan Kad Pengenalan (pemohon & pasangan).
- Sijil perkahwinan/penceraian (jika berkenaan).
- Penyata pendapatan (contoh: slip gaji, penyata KWSP).
- Penyata akaun bank (untuk pengesahan nombor akaun).
Keempat: Hantar Permohonan
- Isi borang permohonan di Portal STR:
- Pilih kategori (Isi Rumah/Warga Emas/Bujang).
- Masukkan maklumat mengikut dokumen sokongan.
- Muat naik dokumen dalam format PDF/JPEG (saiz fail ≤ 2MB).
- Klik “Hantar” dan simpan nombor rujukan permohonan.
Kelima: Semak Status Permohonan
- Semakan online:
- Log masuk ke Portal STR > “Semakan Status”.
- Masukkan No. Kad Pengenalan dan nombor rujukan.
- Tempoh proses:
- Biasanya 30 hari bekerja (bergantung pada jumlah permohonan).
Jumlah Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah 2025
Jumlah bayaran STR 2025 bergantung kepada kelayakan bayaran pada fasa permohonan yang telah diluluskan. Kadar bayaran bagi tahun 2025 mengikut jadual dibawah. tertakluk pada perubahan kementerian kewangan.Jumlah Bayaran STR Fasa 2025
Jumlah bayaran STR 2025 bergantung kepada kelayakan bayaran pada fasa permohonan yang telah diluluskan. Kadar bayaran bagi tahun 2025 mengikut jadual dibawah. tertakluk pada perubahan kementerian kewangan.
ISI RUMAH | ||
---|---|---|
Gaji RM2,501 – RM5,000 | Anak ≥ 5 | RM1,250 |
Anak 3-4 | RM1,000 | |
Anak 1-2 | RM750 | |
Anak 0 | RM500 |
WARGA EMAS TANPA PASANGAN | |
---|---|
Gaji ≤ RM5,000 | RM600 |
BUJANG | |
---|---|
Pendapatan ≤ RM2,500 | RM600 |
Langkah-Langkah Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah 2025
- Buat Permohonan STR Dalam Talian
- Setelah permohonan STR berjaya dihantar:
- Klik ‘YA’ untuk daftar akaun MySTR.
- Setelah permohonan STR berjaya dihantar:
- Daftar Akaun MySTR
- Kata Kunci Keselamatan:
- Format: Huruf dan nombor sahaja (tiada simbol).
- Digunakan untuk pengesahan setiap log masuk.
- Jawab 5 Soalan Keselamatan:
- Pilih soalan dan jawapan yang mudah diingati.
- Jawapan digunakan jika lupa kata laluan.
- Semak Soalan & Jawapan:
- Klik ‘Teruskan’ jika betul.
- Buat Kata Laluan:
- Minimum 8 aksara: kombinasi huruf besar, kecil, nombor, dan simbol.
- Pastikan mudah diingati.
- Klik ‘Daftar’ setelah selesai.
- Mesej Berjaya:
- “Akaun MySTR berjaya didaftarkan. Klik MySTR untuk log masuk.”
- Kata Kunci Keselamatan:
Cara Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah 2025
Terdapat 2 kaedah Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah 2025 antaranya ialah:
- Kredit ke Akaun Bank: Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
- Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
- Tiada maklumat akaun bank
- Status pengkreditan gagal kredit
Jadual Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah 2025
Kerajaan telah mengumumkan Pembayaran STR Fasa 1 bermula pada 22 januari 2025 , manakala jadual penuh pembayaran STR 2025 mengikut fasa adalah seperti berikut :
- Fasa 1 : 22 Januari 2025
- Fasa 2 : April 2025
- Fasa 3 : Ogos 2025
- Fasa 4 : November 2025
Rayuan Sumbangan Tunai Rahmah 2025
Rayuan STR adalah langkah yang perlu dibuat oleh pemohon STR 2025 selepas Status “Tidak Lulus” permohonan STR kerana tidak menepati syarat kelayakan selepas proses semakan verifikasi dilakukan.
Bantuan Tambahan Sumbangan Tunai Rahmah (SARA 2025)

SARA atau (Sumbangan Asas Rahmah) merupakan bantuan tambahan yang diberikan oleh Kerajaan kepada Golongan Miskin dan Miskin Tegar Sebanyak RM2,100 pada Tahun 2025.
Hikmah bantuan ini agar pemanfaat boleh membeli barangan keperluan asas terpilih menggunakan kad pengenalan di kedai runcit berdaftar.
Cara Agihan SARA 2025

SARA pada Tahun 2025 akan disalurkan melalui Mykad secara bulanan kepada penerima dan penggunaan Mykad termasuk Sabah dan Sarawak.
Bagi Tahun 2025, kerajaan telah memperluas penyaluran SARA melalui Mykad ke Negeri Sabah dan Sarawak berbanding hanya di negeri-negeri Semenanjung Malaysia pada tahun 2024.
Jumlah Bantuan SARA 2025
Berikut merupakan Butiran penyaluran SARA pada tahun 2025 :
Isi Rumah (STR & eKasih)
- Jumlah: RM2,100
- Januari – Mac: RM100
- April -Disember: RM200
Warga Emas Tiada Pasangan (STR & eKasih)
- Jumlah: RM1,650
- Januari – Mac: RM100
- April -Disember: RM150
Bujang (STR & eKasih)
- Jumlah: RM600
- Januari – Mac: –
- April-Disember: RM50
Isi Rumah (STR sahaja)
- Jumlah: RM900
- Januari – Mac: –
- April-Disember: RM100
Warga Emas Tiada Pasangan (STR sahaja)
- Jumlah: RM450
- Januari – Mac: –
- April-Disember: RM50
Kelayakan SARA 2025
Kelayakan SARA terbahagi kepada 2 kategori iaitu Miskin Tegar dan Miskin eKasih :
SARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
SARA Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan STR 2025
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.
Cara Memohon SARA Tahun 2025
Permohonan boleh dilakukan melalui laman web rasmi MySTR melalui permohonan Sumbangan Tunai Rahmah 2025 (STR) : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
Kelayakan adalah secara automatik melalui data yang dimasukkan kedalam permohonan Sumbangan Tunai Rahmah 2025. Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah 2025 dibuka sepanjang tahun.
Semakan Kelayakan Bantuan SARA 2025
Semakan Kelayakan boleh dibuat melalui kaedah yang berikut:
- Surat Pemakluman
- Surat lulus STR 2025 bersekali kelayakan SARA kepada alamat berdaftar dalam permohonan STR
.
- Surat lulus STR 2025 bersekali kelayakan SARA kepada alamat berdaftar dalam permohonan STR
- Sistem Pesanan Ringkas (SMS blast)
- Penerima SARA yang layak akan menerima SMS atau Whatsapp daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.
- Akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem MyKasih di mana elaun perbelanjaan akan direkodkan.
.
- Semakan terus melalui portal rasmi
- Semakan kelayakan SARA • Portal rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal rasmi MyKasih https://www.mykasih.com.my
.
- Menghubungi
- Semakan kelayakan SARA
- BKK HASiL: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
- Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566
- Semakan pelaksanaan SARA
- Hubungi MyKasih: 03-7720 1800
- Semakan kelayakan SARA
Senarai Barang SARA 2025
Contoh Barang Asas SARA 2025 adalah :
- Beras
- Minyak masak
- Telur
- Biskut
- Minuman
- Makanan Dalam Tin
- Produk Kebersihan
- Ubat-Ubatan
- Roti
- Tepung
- Mee Segera
- Bahan Perasa
- Barangan Sekolah
Senarai Jenama Barangan SARA 2025:

Barang | Jenama Rasmi |
---|---|
Beras | Jasmine, Jati, Cap Rambutan, Saga, Bernas, Faiza |
Minyak masak | Seri Murni, Saji, Buruh, Vesawit, Daisy, Knife |
Telur | Nutriplus, QL Eggs, CP |
Biskut | Munchy’s, Julie’s Kerk, Tiger, Kraft Foods, Chips More, Jacobs, Hwa Tai, Hup Seng |
Minuman | Boh, Ducth Lady, Milo, Fernleaf, Nescafe, F&N, Horlicks, Quaker, Marigold, Vico |
Ubat-Ubatan | Prospan, Hurix’s Sterimar, Panadol, Difflam |
Barangan Sekolah | Stabilo, Staedtler, Bata, Faber Castell, Canggih |
Makanan dalam tin | TC Boy, Adabi, Kimball, Yeos, Ayam Brand, King Cup |
Roti | Massimo, Gardenia, Mighty White |
Tepung | Blue Key, Faiza, Cap Ros, Cap Lili, Cap Sauh, |
Mee Segera | Indo Mie, MAMEE, Mie Sedaap, EKA, Maggi, Cintan |
Bahan Perasa | Puteri, Kimball, Maggi, CSR, Tamin, Life, Jalen, Faiza, Planta |
Produk Kebersihan | Colgate, Kotex, Dettol |
Langkah Pembelian Barang SARA Di Kedai Runcit Dan Pasaraya

Terdapat 6 langkah mudah yang perlu dibuat semasa pembelian Senarai Barangan Mykasih dikedai runcit dan pasaraya, semak 6 langkah dibawah:
- Pilih barang keperluan:
Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga. - Tunjuk Mykad untuk pengesahan:
Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan. - Tukar Nombor Pin:
Penerima bantuan perlu menukar nombor pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor pin baharu. - Imbas Kod Barangan:
Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Menggunakan MyKad:
Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian. - Simpan Resit Untuk Semakan:
Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
Semak Baki Selepas Pembelian Senarai Barang Mykasih

- Semakan Baki SARA boleh dilakukan melalui portal rasmi MyKasih di pautan: https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus atau
- Melalui aplikasi Mykasih: https://mykasih.com.my/mykasih-app/ atau
- Melalui Semakan Resit Pembelian :
Penafian
Sumbangan Tunai Rahmah 2025 : Kami Komited untuk menyediakan maklumat terkini mengenai bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia, dengan tujuan untuk berkongsi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci yang digunakan adalah berdasarkan carian popular pengguna yang diperoleh daripada enjin carian.
Kami ingin menegaskan bahawa kami tidak pernah meminta sebarang maklumat peribadi daripada pengguna atau pelawat, dan kami juga tidak mengenakan sebarang bayaran untuk maklumat yang dikongsikan.
Penulisan ini bertujuan untuk menyampaikan informasi yang sahih dan terkini, agar pelawat laman web kami dapat memperoleh maklumat terbaru mengenai bantuan yang tersedia.