Semak Bantuan Bulanan RM200 Sabah melalui program Sumbangan Asas Rahmah Tahun 2025, Senarai Penerima, Syarat Kelayakan dan Jumlah Keseluruhan Bantuan Diterima.
Bentuk bantuan yang disalukan melalui mykad penerima dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas yang telah diluluskan oleh kerajaan.
Semak sekarang bantuan bulanan RM200 Sabah.
Isi Kandungan
Baca juga: Permohonan Flysiswa: Bantuan Subsidi Pembelian Tiket Flysiswa
Apa Itu Bantuan Bulanan RM200 Sabah
Bantuan Bulanan RM200 Sabah merupakan sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah. diberikan kepada keluarga berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih di Negeri Sabah.
Hikmah bantuan ini agar penerima boleh membeli barangan keperluan asas terpilih menggunakan Mykad di kedai runcit dan pasaraya yang berdaftar.
Syarat Kelayakan Bantuan Bulanan RM200 Sabah

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA dalam MyKad:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
Permohonan Online Bantuan Bulanan RM200 Sabah
Permohonan boleh dilakukan melalui laman web rasmi MySTR melalui permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : https://bantuantunai.hasil.gov.my/. Kelayakan adalah secara automatik melalui data yang dimasukkan kedalam permohonan STR. Permohonan dibuka sepanjang tahun kepada seluruh rakyat Malaysia.
- Buat Permohonan STR Dalam Talian
- Setelah permohonan STR berjaya dihantar:
- Klik ‘YA’ untuk daftar akaun MySTR.
- Setelah permohonan STR berjaya dihantar:
- Daftar Akaun MySTR
- Kata Kunci Keselamatan:
- Format: Huruf dan nombor sahaja (tiada simbol).
- Digunakan untuk pengesahan setiap log masuk.
- Jawab 5 Soalan Keselamatan:
- Pilih soalan dan jawapan yang mudah diingati.
- Jawapan digunakan jika lupa kata laluan.
- Semak Soalan & Jawapan:
- Klik ‘Teruskan’ jika betul.
- Buat Kata Laluan:
- Minimum 8 aksara: kombinasi huruf besar, kecil, nombor, dan simbol.
- Pastikan mudah diingati.
- Klik ‘Daftar’ setelah selesai.
- Mesej Berjaya:
- “Akaun MySTR berjaya didaftarkan. Klik MySTR untuk log masuk.”
- Kemaskini Maklumat yang diperlukan.
- Kata Kunci Keselamatan:
Semak Keputusan Permohonan Online Bantuan Bulanan RM200
- Surat Pemakluman
- Surat lulus STR 2025 bersekali kelayakan SARA kepada alamat berdaftar dalam permohonan STR
.
- Surat lulus STR 2025 bersekali kelayakan SARA kepada alamat berdaftar dalam permohonan STR
- Sistem Pesanan Ringkas (SMS blast)
- Penerima SARA yang layak akan menerima SMS atau Whatsapp daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.
- Akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem MyKasih di mana elaun perbelanjaan akan direkodkan.
.
- Semakan terus melalui portal rasmi
- Semakan kelayakan SARA • Portal rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal rasmi MyKasih https://www.mykasih.com.my
.
- Menghubungi
- Semakan kelayakan SARA
- BKK HASiL: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
- Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566
- Semakan pelaksanaan SARA
- Hubungi MyKasih: 03-7720 1800
- Semakan kelayakan SARA
Jumlah Bayaran Bantuan Bulanan RM200 Sabah
Bantuan tanpa tunai melalui mykad boleh digunakan untuk membeli barang dapur keperluan yang diluluskan oleh kerajaan, jumlah bantuan adalah seperti dibawah:
KATEGORI | JAN-MAC | APR – DIS | JUMLAH BANTUAN |
---|---|---|---|
Isi Rumah (STR & eKasih) | RM 100 | RM 200 | RM 2,100 |
Warga Emas Tiada Pasangan (STR & eKasih) | RM 100 | RM 150 | RM 1,650 |
Bujang (eKasih & STR) | RM 50 | RM 50 | RM 600 |
Isi Rumah (STR sahaja) | – | RM 100 | RM 900 |
Warga Emas Tiada Pasangan (STR sahaja) | – | RM 50 | RM 450 |
Cara Menggunakan Bantuan Bulanan RM200 Sabah

Cara menggunakan bantuan Bulanan:
- Pilih barang keperluan:
Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga. - Tunjuk Mykad untuk pengesahan:
Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan. - Tukar Nombor Pin:
Penerima bantuan perlu menukar nombor pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor pin baharu. - Imbas Kod Barangan:
Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Menggunakan MyKad:
Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian. - Simpan Resit Untuk Semakan:
Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
Cara Semak Baki Bantuan Bulanan

- Semakan Baki Bantuan boleh dilakukan melalui portal rasmi MyKasih di pautan: https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus atau
- Melalui aplikasi Mykasih: https://mykasih.com.my/mykasih-app/ atau
- Melalui Semakan Resit Pembelian :
Soalan Lazim Bantuan Bulanan RM200 Sabah
Adakah saya perlu bayar lebihan amaun sekiranya amaun pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad penerima?
Ya. Pembelian adalah terhad kepada barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan sahaja. Pembelian selain barangan tersebut dan pembelian melebihi baki semasa SARA dalam MyKad perlu dibayar oleh penerima.
Adakah elaun SARA mempunyai tarikh luput?
Ya. Tempoh sah laku atau tarikh luput elaun SARA adalah pada 31 Disember 2025.
Adakah pembelian boleh dibuat oleh individu selain penerima SARA?
Tidak. Pembayaran di kaunter adalah menggunakan MyKad penerima dengan nombor pin yang hanya diketahui oleh penerima. Sebarang pembelian yang dibuat oleh individu selain penerima adalah di bawah tanggungjawab penerima itu sendiri.
Penafian
Kami Komited untuk menyediakan maklumat terkini mengenai bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia, dengan tujuan untuk berkongsi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci yang digunakan adalah berdasarkan carian popular pengguna yang diperoleh daripada enjin carian.
Kami ingin menegaskan bahawa kami tidak pernah meminta sebarang maklumat peribadi daripada pengguna atau pelawat, dan kami juga tidak mengenakan sebarang bayaran untuk maklumat yang dikongsikan.
Penulisan ini bertujuan untuk menyampaikan informasi yang sahih dan terkini, agar pelawat laman web kami dapat memperoleh maklumat terbaru mengenai bantuan yang tersedia.