Bantuan Syukur Sabah RM300: Belanjawan 2025 Negeri Sabah yang disampaikan oleh Menteri Kewangan dalam Dewan Undangan Negeri Sabah yang lalu memperkenalkan inisiatif pembasmian kemiskinan dengan pelaksanaan Program Sentuhan Kasih Rakyat iaitu pemberian bantuan tunai khas setiap bulan kepada golongan miskin dan miskin tegar di negeri ini bagi tempoh satu tahun.
Semak Cara Memohon dan Tarikh bayaran bantuan sabah RM300 Disini.
Isi Kandungan
Baca juga: Bantuan JKM 2025 : Senarai Terkini Permohonan Yang Dibuka
Apa Itu Bantuan Syukur Sabah
Bantuan Syukur Sabah adalah pemberian bantuan tunai khas RM 300 setiap bulan kepada golongan miskin dan miskin tegar di negeri ini bagi tempoh satu tahun sehingga 31 Disember 2025.
Program ini adalah selaras dengan pengumuman pembentangan Belanjawan 2025 Negeri Sabah yang telah disampaikan oleh Menteri Kewangan dalam Dewan Undangan Negeri Sabah yang lalu mengenai inisiatif pembasmian kemiskinan.
Syarat Kelayakan Bantuan Syukur Sabah

Berikut adalah golongan yang layak menerima Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025:
- Kriteria Asas
- Individu berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024:
- Warganegara Malaysia.
- Beralamat dan bermastautin di negeri Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun.
- Pemegang Kad Pengenalan berstatus ‘H’.
.
- Kriteria Tambahan (Memenuhi salah satu kriteria berikut)
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang berstatus miskin atau miskin tegar dalam pangkalan data eKasih setakat 31 Disember 2024.
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang tercicir daripada sistem eKasih dengan pendapatan isi rumah kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
Tujuan Bantuan Syukur Sabah RM300
Tujuan utama Bantuan Syukur Sabah 2025 adalah:
- Meringankan beban kewangan penerima, khususnya untuk mendapatkan keperluan asas.
- Membantu golongan yang memerlukan supaya dapat menjalani kehidupan yang lebih wajar.
- Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di negeri Sabah selaras dengan agenda nasional.
- Sebagai tanda prihatin dan kasih kerajaan kepada golongan rakyat dengan agihan mengikut keutamaan.
Tarikh Bayaran Bantuan Syukur Sabah RM300
Fasa | Kategori dan Pengagihan | Tarikh |
---|---|---|
Fasa 1 | Mempunyai akaun bank | Februari 2025 (Bermula 19 Februari 2025) |
Tiada akaun bank | Februari – Mac 2025 | |
Fasa 2 | Mempunyai akaun bank | April 2025 |
Tiada akaun bank | April dan Mei 2025 | |
Senarai bukan eKasih: Pembayaran secara berperingkat | Mei 2025 | |
Fasa 3 | Mempunyai akaun bank | Ogos 2025 |
Tiada akaun bank | Ogos dan September 2025 | |
Fasa 4 | Mempunyai akaun bank | Oktober 2025 |
Tiada akaun bank | November dan Disember 2025 |
Cara Bayaran Bantuan Syukur Sabah 2025
3 cara pembayaran bantuan syukur sabah ialah:

- Mempunyai akaun bank: Dikreditkan terus ke dalam akaun bank.
- Tiada akaun bank: Pembayaran secara tunai.
- Bayaran akan dikreditkan kedalam e-Wallet YONO.
Jumlah Bayaran Bantuan Syukur Sabah RM300 Mengikut Fasa
- Fasa 1 : Januari – Mac : RM900.00
- Fasa 2 : April – Jun : RM900.00
- Fasa 3 : Julai – September : RM900.00
- Fasa 4 : Oktober – Disember : RM900.00
Cara Mohon Bantuan Syukur Sabah RM300
Permohonan baharu boleh dilakukan dilaman web rasmi Pangkalan Data Negeri Sabah, sila ikut langkah-langkah Berikut:
- Daftar akaun pengguna dengan mengisi maklumat.
- sahkan akaun anda melalui email yang didaftarkan.
- Log masuk kedalam akaun anda.
- Isi maklumat permohonan yang diperlukan.
- Daftar maklumat anda, permohonan akan diproses.
Semak Kelayakan Bantuan Syukur Sabah RM300

Semakan kelayakan bantuan boleh dibuat melalui dua kaedah iaitu:
- laman web rasmi Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025.
. - Melalui YONO Superapp.

Pertanyaan Lanjut Bantuan Syukur Sabah RM300
Sila layari laman web rasmi Bantuan Syukur Sabah RM300 untuk membuat pertanyaan lanjut . Atau menghubungi:
Hotline Program Sentuhan Kasih Rakyat Negeri Sabah:
- Talian Telefon: 088 338 338
- Talian WhatsApp: 010 – 5828207
- MySMJ Profiler: Kunjungi Pejabat Daerah Berdekatan
Soalan Lazim Bantuan Syukur Sabah RM300
Berapakah amaun bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 yang
akan diterima oleh penerima?
Kadar bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 adalah sama bagi setiap
penerima iaitu RM300 sebulan.
Bagaimanakah cara untuk membuat semakan status agihan ke dalam
akaun?
Status Program Sentuhan Kasih Rakyat boleh disemak di laman web
https://sukur.sabah.gov.my/ atau YONO Superapp.
Bagaimanakah kaedah untuk mengetahui sekiranya bantuan telah
dikreditkan ke dalam akaun?

Notifikasi pembayaran melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) akan dihantar
kepada nombor telefon penerima setiap kali agihan dilaksanakan.
Penafian
Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Maklumat Artikel diperolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.
Kami Komited untuk menyediakan maklumat terkini mengenai bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia, dengan tujuan untuk berkongsi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Penulisan ini bertujuan untuk menyampaikan informasi yang sahih dan terkini, agar pelawat laman web kami dapat memperoleh maklumat terbaru mengenai bantuan yang tersedia.
Saya memohon bantuan syukur Sabah