Bantuan Nelayan RM300 Sebulan: Bantuan Sara Hidup Nelayan Laut (ESHN)

Kerajaan Madani terus komited dalam menjaga kebajikan setiap golongan yang terdapat di negara Malaysia, tidak terkecuali juga bagi golongan nelayan apabila kerajaan mengumumkan bantuan nelayan RM300 sebulan melalui program Bantuan Sara Hidup Nelayan laut (ESHN).

Artikel akan menerangkan cara mohon bantuan nelayan RM300 sebulan, Syarat Kelayakan, Kategori Penerima dan Jumlah Bantuan.

Baca juga: Semak Bantuan Terkini MyKasih 2025: Sumbangan Asas Rahmah

Apa itu Bantuan Nelayan RM300?

bantuan nelayan rm300

Bantuan Sara Hidup Nelayan Laut (ESHN) adalah inisiatif kerajaan Malaysia di bawah Belanjawan 2025 yang bertujuan meringankan beban golongan nelayan yang terkesan akibat peningkatan kos sara hidup.

Kategori Penerima

Penerima bantuan terbahagi kepada 3 kategori seperti berikut:

  1. Pemilik vesel perikanan Zon A.
  2. Pemilik vesel transformasi Zon A yang berstatus syarikat.
  3. Pekerja (awak-awak) atas vesel berlesen bagi Zon A, B, C, dan C2 yang merupakan warganegara Malaysia.

Jumlah Bantuan Nelayan RM300

Bantuan Sebanyak RM300 setiap bulan akan disalurkan kepada mereka yang layak.

Kaedah Pembayaran Bantuan Nelayan RM300

Bantuan akan diagihkan melalui dua kaedah iaitu melalui bank atau secara tunai:

Melalui Bank : Bayaran terus kedalam akaun penerima melalui bank yang ditetapkan iaitu Agrobank, BSN, CIMB, dan Maybank.

Secara Tunai : Bayaran secara tunai oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri melalui Persatuan Nelayan Kawasan (PNK).

Syarat Kelayakan Bantuan Nelayan RM300

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Memiliki Kad Nelayan yang sah
  • Memiliki lesen vesel perikanan yang sah, sama ada dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia, Jabatan Laut Sabah, atau Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Negeri Sabah
  • Status pengambilan minyak yang aktif
  • Bagi pekerja (awak-awak), didaftarkan sebagai pekerja vesel oleh pemilik vesel individu atau syarikat

Cara Mohon Bantuan Nelayan

bantuan nelayan rm300

Permohonan boleh dibuat melalui sistem e-Pengisytiharan LKIM di pejabat Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) dengan menyediakan dokumen seperti:

  1. Kad pengenalan
  2. Borang permohonan yang lengkap diisi
  3. Salinan MyKad pemilik vesel dan pekerja
  4. Salinan lesen vesel perikanan yang sah dan lesen perkakasan menangkap ikan (jika berkaitan)
  5. Borang daftar pekerja vesel (awak-awak) yang disahkan oleh pemilik
  6. Salinan Kad Nelayan pemilik dan pekerja yang masih sah
  7. Salinan buku akaun simpanan (Agrobank/BSN/CIMB/Maybank)
  8. Gambar pemohon berukuran pasport (terkini)
  9. Dokumen sokongan lain (jika berkaitan)

Maklumat Lanjut Permohonan dan Perlesenan Nelayan

Semak pada Laman rasmi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia di pautan: https://www.lkim.gov.my/ untuk maklumat lanjut.

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Maklumat Artikel diperolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Kami Komited untuk menyediakan maklumat terkini mengenai bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia, dengan tujuan untuk berkongsi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Penulisan ini bertujuan untuk menyampaikan informasi yang sahih dan terkini, agar pelawat laman web kami dapat memperoleh maklumat terbaru mengenai bantuan yang tersedia.

Leave a Comment