Bantuan Kerajaan Sabah RM300: Senarai Layak Penerima 2025

Bantuan kerajaan Sabah RM300 kepada rakyat negeri Sabah menjadi inisiatif dalam membasmi masalah kemiskinan dengan pelaksanaan Program Sentuhan Kasih Rakyat selaras dengan pembentangan belanjawan tahun 2025 yang disampaikan oleh menteri kewangan.

Pemohon yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM300 setiap bulan bagi setiap isi rumah terdiri daripada golongan miskin dan miskin tegar dengan objektif untuk meringankan beban kewangan penerima khususnya untuk membeli keperluan asas.

Baca juga: Bayaran STR 2025: Panduan Lengkap Permohonan dan Kadar Bayaran Terkini

Apa Itu Bantuan Kerajaan Sabah RM300

Bantuan kerajaan Sabah RM300 merupakan inisiatif kerajaan negeri dalam usaha untuk membasmi masalah kemiskinan yang dilihat semakin ketara dengan pelaksanaan Program Sentuhan Kasih Rakyat.

Objektif bantuan ini adalah untuk memberikan bantuan kewangan kepada golongan yang memerlukan untuk membeli barang keperluan asas agar golongan ini mampu hidup selesa seterusnya dapat mengurangkan kadar miskin tegar di negeri Sabah khususnya.

Statistik Bantuan Kerajaan Sabah Tahun 2025

Jumlah peruntukan bantuan yang diedarkan adalah sebanyak RM 358.5 Juta menyasarkan sebanyak 100 ribu penerima yang tinggal dan menetap di negeri Sabah.

Jumlah bantuan Kerajaan Sabah adalah sebanyak RM300 selama 12 bulan. Ini bermaksud penerima yang layak akan menerima jumlah sebanyak RM3,600 setahun.

Permohonan Bantuan Kerajaan Sabah RM300

Permohonan boleh dibuat secara online terus melalui laman web Pangkalan Data Negeri Sabah . Sila daftar terlebih dahulu dan lengkapkan maklumat peribadi serta butiran keluarga anda.

Seterusnya, maklumat yang lengkap dihantar akan direkodkan didalam pangkalan data kerajaan negeri Sabah untuk diproses. Permohonan yang berjaya layak mendapat bantuan terus kedalam akaun bank masing masing.

jumlah bantuan kerajaan sabah 2025

Syarat Kelayakan Bantuan RM300 Kerajaan Sabah

Golongan yang layak menerima bantuan ini adalah seperti yang berikut:

  1. Individu berumur 18 tahun keatas sebelum tarikh 31 disember 2024
    • Warganegara Malaysia dan beralamat dan bermastautin di negeri Sabah sekurang-kurangnya 1 tahun dan pemegang kad pengenalan berstatus ‘H’.
  2. Ketua isi rumah yang berstatus miskin tegar didalam pangkalan data e-kasih dan sistem Pangkalan Data Negeri Sbaha setakat 31 Disember 2024.
  3. Ketua Isi Rumah (KIR) kategori miskin (seorang penerima sahaja);
  4. Ketua Isi Rumah (KIR) dan pasangan. Sekiranya tidak mempunyai pasangan, salah satu Ahli Isi Rumah layak bagi kategori miskin tegar.
  5. Ketua Isi Rumah (KIR) dan pasangan serta satuAhli Isi rumah anak dibawah tanggungan berumur 18 tahun ke atas bagi kategori miskin tegar sekiranya penerima di para (e) masih di bawah paras kemiskinan tegar.

Jangan Terlepas Info Bantuan Terkini. Join Channel Whatsapp Sekarang https://whatsapp.com/channel/0029VaVslKMJf05hOTKbWn1Y

Jadual Pembayaran Bantuan Kerajaan Sabah RM300

Berikut adalah jadual pembayaran bantuan kerajaan negeri Sabah dibawah program sentuhan kasih rakyat tahun 2025:

FasaTempohPembayaran
1Januari – MacFebruari 2025
2April – JunMac – Mei 2025
Mei dan Jun 2025
3Julai – SeptemberOgos dan September 2025
4Oktober – DisemberNovember dan Disember 2025

Amaun Bayaran Bantuan Kerajaan Negeri Sabah

FasaTempohAmaun Bayaran
1Januari – Mac (Pakej Hari Raya Aidilfitri)900.00
2April – Jun (Pakej Hari Kaamatan)900.00
3Julai – September (Pakej Merdeka)900.00
4Oktober – Disember (Pakej Hari Krismas)900.00

Maklumat Lanjut Bantuan Kerajaan Sabah RM300

Maklumat berkenaan bantuan yang disampaikan boleh menghubungi hotline program sentuhan kasih rakyat negeri Sabah yang bernombor: 010-5828207 atau

Melayari laman web rasmi Program Sentuhan Kasih Rakyat di pautan : sukur.sabah.gov.my

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Maklumat Artikel diperolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Kami Komited untuk menyediakan maklumat terkini mengenai bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia, dengan tujuan untuk berkongsi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Penulisan ini bertujuan untuk menyampaikan informasi yang sahih dan terkini, agar pelawat laman web kami dapat memperoleh maklumat terbaru mengenai bantuan yang tersedia.

Leave a Comment