Semakan senarai nama layak bantuan STR serta jumlah bantuan yang diluluskan bagi setiap kategori boleh dirujuk dibawah. Dalam usaha untuk mengurangkan beban kewangan rakyat, kerajaan menyediakan bantuan kewangan yang disasarkan kepada pelbagai kategori penerima.
STR 2025 merupakan kesinambungan daripada program-program bantuan tunai sebelum ini, dengan penambahbaikan dari segi jumlah bantuan dan kriteria kelayakan. Program ini bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat, tetapi juga untuk merangsang ekonomi negara dengan meningkatkan kuasa beli pengguna.
Semak sekarang senarai nama layak bantuan STR 2025.
Baca juga: Bantuan Kerajaan Sabah RM300: Senarai Layak Penerima 2025
Isi Kandungan
Kategori Penerima Bantuan STR 2025
STR 2025 menyasarkan pelbagai kategori penerima, termasuk golongan bujang, keluarga, dan warga emas. Berikut adalah perincian kategori penerima yang layak:
Bujang (21 tahun ke atas) : RM600 setahun
Warga Emas (60 tahun keatas & tiada pasangan) : RM900 Setahun
Keluarga (Kumpulan B40)
- Melebihi 5 anak: RM2,500 setahun
- 3-4 anak: RM2,000 setahun
- 1-2 anak: RM1,500 setahun
- Tiada anak: RM1,000 setahun
Keluarga (Kumpulan M40)
- Melebihi 5 anak: RM1,250 setahun
- 3-4 anak: RM1,000 setahun
- 1-2 anak: RM750 setahun
- Tiada anak: RM500 setahun
Semak Status Senarai Nama Layak Bantuan STR 2025
Status permohonan boleh disemak melalui laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah. Sila ikut langkah dibawah:
- Sila layari laman rasmi STR 2025 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik (TUTUP) untuk menutup makluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan tanpa sengkang pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang (Log Masuk)
- Untuk pengesahan nombor kad pengenalan, klik pula butang (Semak)
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan klik (YA) sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan
- Klik pada bahagian (Semakan Permohonan)
- Seterusnya, klik pada butang (Semakan 2025) di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang (MAKLUMAT BAYARAN)
- Status bayaran fasa 2 akan dipaparkan
Jumlah Keseluruhan Bantuan STR 2025
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada Anak : RM 1,000 1-2 Anak : RM 1,500 3-4 Anak : RM 2,000 5 Anak Keatas: RM 2,500 |
Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak : RM 500 1-2 Anak : RM 750 3-4 Anak : RM 1,000 5 Anak Keatas : RM 1,250 |
Warga emas tiada pasangan berpendapatan RM 5000 dan kebawah | RM 600 |
Bujang berpendapatan RM 2500 dan kebawah | RM 600 |
Jadual Pembayaran STR Mengikut Fasa
Senarai nama layak bantuan akan menerima bayaran bagi 4 fasa Sumbangan Tunai Rahmah tahun 2025 adalah seperti berikut:
- Fasa 1 : 22 Januari 2025
- Fasa 2 : 24 Mac 2025
- Fasa 3 : *akan dikemaskini
- Fasa 4 : *akan dikemaskini
Cara Mohon Bantuan STR 2025 Secara Online
Permohonan boleh dilakukan menerusi laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah dan ikut langkah2 berikut.
- Klik pada “Permohonan Baru” yang terdapat pada halaman utama laman web.
- Masukkan maklumat seperti nombor kad pengenalan pemohon.
- lengkapkan maklumat yang diperlukan beserta dokumen sokongan.
- Lakukan pengesahan dengan memasukkan “Captcha”.
- Hantar permohonan.
Bantuan Tambahan STR 2025 (Sumbangan Asas Rahmah)

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan bayaran tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Kelayakan SARA adalah secara automatik berdasarkan data lulus STR 2025 melibatkan kumpulan Miskin dan Miskin Tegar (eKasih) sehingga 31 Oktober 2024 dan turut diperluas kepada semua penerima STR 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan, Di bawah program ini, penerima yang layak boleh membeli barang keperluan asas terpilih dengan menggunakan MyKad di pasaraya/kedai-kedai runcit berdaftar.
Semak sekarang senarai nama layak bantuan tambahan STR 2025.
Senarai Nama Layak Bantuan Tambahan STR 2025
Pemohon Isi Rumah
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
- Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
Pasangan
- Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS)
- Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MYKAS)
Anak
- Hubungan mestilah Anak Kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau Anak Angkat yang berdaftar dengan JPN sahaja.
- Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKid) sahaja; dan
- Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan yang berumur 18 tahun dan ke bawah.
- 19 tahun dan ke atas bagi yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Swasta (IPTS)
Warga Emas Bujang Tiada Pasangan
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
- Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah bagi yang berumur 60 tahun dan ke atas.
Bujang
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
- Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah bagi yang berumur 21 tahun hingga 59 tahun dan OKU berumur 19 tahun hingga 59 tahun.
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
Maklumat Lanjut Senarai Nama Layak Bantuan STR 2025
Maklumat lanjut mengenai senarai nama layak bantuan, sila pergi ke laman web di pautan :
- MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
Atau boleh menghubungi atau menghadirkan diri ke alamat
MyKasih Foundation
Level 3, DIALOG TOWER,
No. 15, Jalan PJU 7/5,
Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA.
Dedicated Line(s) for MyKasih Recipients
Tel: (603) 7720 1800
(Mon – Fri, Normal Business Hours)
Dedicated Line(s) for Merchants
Tel: (603) 7720 1900
(Mon – Fri, Normal Business Hours)
Email
info@mykasih.com