Semakan MySara & MyKasih 2025: Cara Mudah Tahu Sama Ada Anda Layak atau Tidak!
Mulai 1 April 2025, Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diperluas kepada 5.4 juta penerima . Mempunyai peningkatan berbanding 700,000 penerima sebelum ini . Hasil daripada lonjakan peruntukan hampir lapan kali ganda bagi memastikan lebih ramai rakyat mendapat kelayakan.
Baca juga: Bantuan Kanak Kanak JKM 2025: Daftar & Layak Sehingga RM1000 Sebulan
Isi Kandungan
Syarat kelayakan penerima MySara MyKasih 2025

Siapa yang Layak Menerima Bantuan SARA 2025?
Hanya individu yang memenuhi kriteria berikut layak menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
- Tersenarai dalam kategori Miskin atau Miskin Tegar eKasih
- Golongan Isi Rumah, Warga Emas tanpa pasangan, dan Bujang (bagi penerima eKasih)
- Bagi bukan penerima eKasih, hanya kategori Isi Rumah dan Warga Emas tanpa pasangan yang layak
Semakan Kadar Jumlah Bantuan Mykasih
Berikut ialah jadual jumlah bantuan SARA MyKasih 2025 yang disusun mengikut status penerima dan kategori:
Kategori Penerima | Berstatus eKasih | Bukan eKasih |
---|---|---|
Isi Rumah | RM100/bulan (Jan–Mac) RM200/bulan (Apr–Dis) | RM100/bulan (Apr–Dis) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM100/bulan (Jan–Mac) RM150/bulan (Apr–Dis) | RM50/bulan (Apr–Dis) |
Bujang | RM50/bulan (Jan–Dis) | – |
Cara Semak Status Kelayakan Bantuan MySARA & MyKasih 2025 Secara Online
Anda boleh menyemak sama ada anda layak menerima bantuan ini melalui dua portal rasmi:
1. Semakan MySARA Melalui Portal MyKasih
- Layari www.mykasih.com.my
- Klik Semak Status di halaman utama.
- Masukkan nombor MyKad (12 digit) dan tekan Semak Status.
- Status bantuan anda akan dipaparkan jika lulus, anda akan menerima bantuan SARA
2. Semakan MySARA Melalui Portal MySTR
- Layari bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik Semak Status.
- Masukkan nombor MyKad dan Log Masuk.
- Sahkan kata kunci keselamatan, kemudian klik Semakan Status.
- Status kelayakan & maklumat bayaran akan dipaparkan.
Cara Berbelanja Guna Bantuan Kredit SARA MyKasih
Jika anda disahkan penerima yang layak, anda boleh mula berbelanja untuk barangan asas seperti berikut:
- Kunjungi pasar raya/kedai runcit berdaftar berdekatan.
- Cari produk keperluan asas (14 kategori) dengan label SARA MyKasih.
- Tunjukkan MyKad kepada juruwang
- Bayar guna MyKad, dan resit pembelian akan diberikan.
- Jika beli barangan luar senarai SARA atau melebihi baki , perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
Langkah Mudah Semak Baki Bantuan SARA MyKasih
Baki/Kredit SARA dalam MyKad boleh disemak melalui aplikasi MyKasih seperti berikut :
- Muat turun aplikasi MyKasih di telefon bimbit anda.
- Buka aplikasi dan tekan butang Next untuk mula.
- Masukkan nombor MyKad (tanpa tanda sengkang).
- Isikan nombor telefon bimbit anda.
- Tandakan [/] pada kotak setuju dengan terma & syarat.
- Tekan Next.
- Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
Baki kredit bulanan SARA tidak akan luput setiap bulan. Sebaliknya, baki yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan hadapan dan boleh digunakan sehingga 31 Disember 2025.
Maklumat Lanjut Semakan MySARA
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : info@mykasih.com
Penafian
Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Maklumat Artikel diperolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.
Kami Komited untuk menyediakan maklumat terkini mengenai bantuan dan info yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia, dengan tujuan memudahkan carian pengguna.
Penulisan ini bertujuan untuk menyampaikan informasi yang sahih dan terkini, agar pelawat laman web kami dapat memperoleh maklumat terbaru yang tersedia.