Cara Semak Kelayakan Bantuan MyKasih RM2,100 Tahun 2025 – Adakah Anda Layak?
Bermula April 2025, penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berpeluang menerima jumlah bantuan sehingga RM2,100 setahun, bergantung pada kelayakan masing-masing.
Bagaimana untuk semak kelayakan?
Anda boleh membuat semakan status kelayakan bantuan MyKasih RM2,100 secara dalam talian melalui portal rasmi atau aplikasi MyKasih. Semakan ini akan memaparkan sama ada anda layak dan jumlah bantuan yang diterima.
Baca juga: Semakan Kelayakan Bantuan MyKad MyKasih RM200 Tahun 2025
Isi Kandungan
Semak Kelayakan Bantuan MyKasih 2025
Hanya individu yang memenuhi kriteria berikut layak menerima bantuan:
- Warganegara Malaysia
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 yang berdaftar dalam sistem eKasih dan tergolong dalam kategori Miskin atau Miskin Tegar
- Termasuk kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan, dan Bujang
- Penerima STR 2025 yang bukan eKasih, tetapi tergolong dalam kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
Jumlah Bantuan MyKasih tahun 2025
Jumlah bantuan yang akan disalurkan kepada penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 seperti berikut:
- Penerima Berstatus eKasih
| KATEGORI PENERIMA (LULUS STR & BERSTATUS EKASIH) | AMAUN BAYARAN (RM) |
|---|---|
| Isi Rumah | RM 2,100 Setahun RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM200/bulan (bermula April – Disember) |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM 1,650 Setahun RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM150/bulan (bermula April – Disember) |
| Bujang | RM 600 Setahun RM50/bulan (bermula Januari – Disember) |
- Penerima Bukan eKasih
| KATEGORI PENERIMA (LULUS STR & BUKAN EKASIH) | AMAUN BAYARAN (RM) |
|---|---|
| Isi Rumah | RM 900 Setahun RM100/bulan (bermula April – Disember) |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM 450 Setahun RM50/bulan (bermula April – Disember) |
Cara Semak Kelayakan Bantuan MyKasih 2025
Anda boleh menyemak sama ada layak menerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui dua kaedah berikut:
1. Portal MyKasih
- Layari www.mykasih.com.my
- Klik Semak Status
- Masukkan 12 digit nombor MyKad
- Tekan butang Semak Status
- Paparan status kelayakan akan dipaparkan (Contoh: Lulus Bantuan SARA MyKasih)
2. Portal MySTR
- Pergi ke bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik Semak Status
- Log masuk menggunakan nombor MyKad dan Kata Kunci Keselamatan
- Status kelayakan dan maklumat bayaran akan dipaparkan
Kegunaan Bantuan MyKasih RM2,100 setahun
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dikreditkan ke dalam MyKad membolehkan penerima membeli barangan asas seperti makanan, ubat-ubatan, keperluan kebersihan diri dan rumah, serta peralatan sekolah. Pembelian boleh dilakukan secara tanpa tunai (cashless) di pasar raya dan kedai berdaftar menggunakan MyKad.
Senarai 14 Kategori Barangan Asas Bantuan MyKasih

Penerima bantuan boleh menggunakan MyKad untuk membeli barangan keperluan asas yang diluluskan seperti :
- Beras
- Roti
- Telur
- Minyak masak
- Tepung
- Biskut
- Mi segera
- Minuman seperti susu, teh, Milo, Nescafe
- Makanan dalam tin seperti sardin, tuna, kacang
- Bahan perasa seperti sos, kicap, gula, garam
- Produk kebersihan diri (ubat gigi, sabun, tuala wanita)
- Ubat-ubatan (contohnya Panadol, ubat batuk)
- Peralatan sekolah (alat tulis, pakaian, kasut)
- Produk kebersihan rumah (sabun cuci pinggan, lantai, pakaian)
Panduan Penggunaan Kredit Bantuan MyKasih RM2,100 Setahun
Individu yang ‘Lulus’ dan ‘Penerima’ Sumbangan Asas Rahmah boleh dapatkan barangan keperluan asas seperti berikut:
- Pergi ke pasar raya atau kedai runcit yang tersenarai dalam program MyKasih.
- Pilih barangan asas daripada 14 kategori yang dilabel “SARA MyKasih” di rak.
- Tunjukkan MyKad anda kepada juruwang untuk pengesahan.
- Buat bayaran menggunakan MyKad.
- Simpan resit pembelian sebagai rujukan.
- Jika anda beli barangan lain atau melebihi baki, bayaran tambahan perlu dibuat secara tunai.
Rujuk artikel untuk semak kelayakan bantuan mykasih bagi tahun 2025.
Rujukan
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai semak kelayakan bantuan mykasih anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : info@mykasih.com
Penafian
Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Maklumat Artikel diperolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.
Kami Komited untuk menyediakan maklumat terkini mengenai bantuan dan info yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia, dengan tujuan memudahkan carian pengguna.
Penulisan ini bertujuan untuk menyampaikan informasi yang sahih dan terkini, agar pelawat laman web kami dapat memperoleh maklumat terbaru yang tersedia.
