Antara kaedah utama pembayaran STR Fasa 3 ialah kredit melalui bank yang didaftarkan didalam permohonan STR, ramai yang tertanya tanya mengenai jadual bayaran STR Fasa 3 mengikut bank.
Sebagaimana pada tahun tahun sebelum ini, agihan bantuan STR mengambil masa selama seminggu hingga 2 minggu secara berperingkat mengikut akaun bank, kebiasaannya Bank simpanan Nasional dan Maybank adalah bank yang terawal berjaya kredit bantuan STR diikuti bank yang lain.
Justeru, bagaimana pula jadual bayaran STR Fasa 3 mengikut bank pada kali ini?
Baca juga: Daftar Bantuan Warga Emas JKM & Layak Bantuan RM600 Sebulan
Isi Kandungan
Jadual Bayaran STR Fasa 3 2025 Mengikut Bank 2025
Antara bank yang terlibat dalam proses pembayaran STR Fasa 3 2025 adalah seperti berikut:
- Maybank (Malayan Banking Berhad)
- CIMB Bank
- RHB Bank
- Public Bank
- Bank Islam Malaysia Berhad
- Hong Leong Bank
- Ambank
- Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Bank Rakyat
- Agrobank (Bank Pertanian Malaysia)
- Alliance Bank
- Affin Bank
- UOB Malaysia (United Overseas Bank)
- HSBC Bank Malaysia
- Standard Chartered Bank
- OCBC Bank
- Citibank Malaysia
- MBSB Bank
- Al Rajhi Bank
- Kuwait Finance House (KFH Malaysia)
- Bank of China (Malaysia)
- Deutsche Bank (untuk akaun korporat atau khas)
- J.P. Morgan Chase Bank
- ICBC Malaysia
- BNP Paribas Malaysia
- MUFG Bank (Malaysia)
Mengikut data pembayaran STR pada tahun 2024, dan 2025 fasa 1 & 2 berdasarkan pemerhatian umum pemohon di laman sosial, laporan media dan corak pembayaran STR Fasa 3, senarai bank yang terawal berjaya kredit bantuan STR adalah Bank Simpanan nasional, diikuti oleh Maybank, CIMB, dan bank islam.
Ranking bank penerima bayaran STR terawal berdasarkan data 2024-2025 adalah seperti jadual dibawah:
| Rank | Nama Bank | Catatan |
|---|---|---|
| 1 | Bank Simpanan Nasional (BSN) | Terawal untuk bayaran tunai & akaun BSN; juga pemproses utama bantuan. |
| 2 | Maybank | Antara bank swasta pertama memproses kredit STR. |
| 3 | CIMB Bank | Sangat aktif dan pantas memproses bantuan; pengalaman pengguna baik. |
| 4 | Bank Islam | Selalu tersenarai antara penerima terawal, terutama penerima B40. |
| 5 | RHB Bank | Umumnya dikreditkan pada hari sama seperti CIMB/Maybank. |
| 6 | Bank Rakyat | Popular di kalangan penerima STR; proses cepat untuk akaun individu. |
| 7 | Ambank | Proses dalam tempoh awal, tetapi sedikit lewat berbanding Top 5. |
| 8 | Public Bank | Kreditan agak stabil, tapi sering selepas 1–2 hari dari BSN. |
| 9 | Affin Bank | Masuk dalam hari yang sama, tetapi bukan batch pertama. |
| 10 | Hong Leong Bank | Terima bantuan dalam hari sama, tetapi biasanya antara yang terakhir. |
Nota: jadual diatas bukan sumber rasmi pihak kerajaan, tetapi disusun berdasarkan sumber rasmi awam dan pengalaman ramai penerima.
Tarikh Rasmi Jadual Bayaran STR Fasa 3 Tahun 2025
berdasarkan data yang dikeluarkan pihak kerajaan, jadual bayaran STR fasa 3 tahun 2025 akan diagihkan bermula pada bulan Ogos. Tarikh yang spesifik belum dikeluarkan lagi oleh pihak kerajaan.
Namun, berdasarkan data tahun sebelum ini, pihak kami menjangkakan jadual bayaran STR Fasa 3 tahun 2025 akan bermula pada hujung bulan Julai sehingga awal bulan Ogos 2025.
Cara Semak Status Bayaran STR Fasa 3 2025
Semakan status bayaran STR Fasa 3 boleh dilakukan melalui beberapa cara, antaranya ialah dengan menghubungi pihak LHDN di talian 1-800-88-2747, dan juga melalui online dengan mengikuti langkah dibawah:
- Layari Laman web STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Masukkan 12 digit nombor Kad pengenalan dan tekan log masuk.
- sahkan kata kunci anda.
- Masukkan Kata laluan yang didaftarkan.
- Jika berjaya, anda akan dimasukkan pada halaman utama
- klik pada semakan permohonan.
- Status permohonan semasa dan status bayaran akan dipaparkan.
Jumlah Bayaran STR Fasa 3 Tahun 2025
Jumlah tepat belum dikeluarkan oleh pihak kerajaan untuk Fasa 3 Tahun 2025, kami akan memaklumkan dengan kadar segera selepas pengumuman dilakukan oleh pihak kerajaan, data terkini yang diberikan oleh pihak kerajaan adalah seperti berikut:

anggaran jumlah bantuan STR Fasa 3 tahun 2025 yang boleh diberikan mengikut data terdahulu adalah seperti berikut:
| Kategori Penerima | Pendapatan Isi Rumah | Jumlah (Anggaran) |
|---|---|---|
| Isi Rumah B40 | < RM2,500 | RM300 – RM500 |
| Isi Rumah M40 | RM2,501 – RM5,000 | RM100 – RM300 |
| Bujang | < RM2,500 | RM100 – RM150 |
| Warga Emas | Tiada pasangan | RM200 – RM300 |
Jumlah keseluruhan bantuan STR untuk tahun 2025 pula seperti jadual dibawah:

Kaedah Pembayaran STR Fasa 3 2025
terdapat 2 kaedah pembayaran STR, secara tunai atau terus kredit kedalam bank akaun, perincian kaedah pembayaran STR adalah seperti jadual dibawah:
| Kaedah | Perincian |
| Kredit kedalam akaun bank pemohon atau pasangan pemohon | Bayaran dikreditkan terus kedalam akaun pemohon atau pasangan pemohon mengikut maklumat pembayaran semasa proses permohonan. |
| Tunai Dikaunter BSN | Untuk penerima yang : 1. Tiada akaun bank. 2. Bayaran gagal kredit kedalam akaun pemohon. |
Soalan Lazim Jadual Bayaran STR Fasa 3 Mengikut Bank 2025
Bilakah bayaran STR Fasa 3 akan diterima?
Bayaran STR Fasa 3 dijangka dikreditkan sekitar hujung Julai atau awal Ogos 2025. Tarikh sebenar bergantung kepada pengumuman rasmi kerajaan dan proses agihan mengikut bank masing-masing.
Bank manakah yang biasanya menerima bayaran STR terlebih dahulu?
Berdasarkan pengalaman sebelum ini, Bank Simpanan Nasional (BSN) sering menjadi bank terawal memproses bayaran, diikuti oleh Maybank, CIMB, Bank Islam dan RHB. Namun, urutan ini boleh berubah bergantung kepada sistem dalaman bank.
Mengapa saya masih belum menerima bayaran STR?
Terdapat beberapa kemungkinan, antaranya: bayaran masih dalam proses oleh bank, akaun bank tidak aktif, atau maklumat tidak lengkap. Anda disarankan menyemak status bayaran melalui portal rasmi bantuantunai.hasil.gov.my.
Bagaimanakah cara menerima bayaran jika tiada akaun bank?
Penerima yang tidak mempunyai akaun bank boleh menuntut bayaran secara tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). Sila bawa MyKad semasa hadir ke kaunter.
Adakah bayaran akan dikreditkan ke akaun pasangan saya?
Sekiranya permohonan STR dibuat atas nama pasangan anda, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan atas nama pemohon utama. Pastikan maklumat permohonan dikemas kini dan tepat.
Penafian
Kami Komited untuk menyediakan maklumat terkini mengenai jadual bayaran STR fasa 3 2025 dengan tujuan memudahkan carian pengguna.
Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Maklumat Artikel diperolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.
Penulisan ini bertujuan untuk menyampaikan informasi yang sahih dan terkini, agar pelawat laman web kami dapat memperoleh maklumat terbaru yang tersedia.
