STR Fasa 3 2025: Semakan Tarikh Bayaran Dan Jumlah Kelulusan

STR FASA 3 2025 : TARIKH BAYARAN, SEMAKAN STATUS PENERIMA STR FASA 3 & JUMLAH BAYARAN YANG DITERIMA

Kerajaan melalui Kementerian Kewangan telah membuat pengumuman rasmi bahawa bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 telah dikreditkan ke dalam akaun penerima bermula Ogos 2025.

Pemberian STR ini selari dengan hasrat kerajaan untuk mengutamakan dan memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.

Berikut dikongsikan makluman terkini untuk semua penerima STR khususnya.

Baca juga: Jadual Pembayaran STR Fasa 3 Mengikut Bank: Maybank, CIMB, BSN

Kaedah Pembayaran STR Fasa 3 2025

Wang bantuan STR akan diberikan kepada penerima yang layak melalui salah satu kaedah berikut mengikut tarikh jadual bayaran STR yang telah diumumkan secara rasmi:

  • Pengkreditan ke akaun bank Pemohon / Pasangan
  • Penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)

Pastikan anda telah membuat semakan status kelayakan melalui laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (https://bantuantunai.hasil.gov.my) sebelum datang ke kaunter untuk tujuan penunaian.

Tarikh Bayaran STR Fasa 3 2025

tarikh bayaran str fasa 3 2025

Tarikh bayaran Fasa 3 tahun 2025 dijangka akan dibayar secara berperingkat pada bulan Ogos ini secara berperingkat, iaitu :

Pembayaran STR Fasa 3 dijangka disalurkan bermula akhir Julai hingga awal Ogos 2025, berdasarkan sejarah pembayaran terdahulu.

FasaTarikh Bayaran
Fasa 122 Januari 2025
Fasa 224 Mac 2025
Fasa 3Akhir Julai – Ogos 2025 (jangkaan)
Fasa 4November 2025

Nota: Tarikh sebenar akan dikemas kini selepas pengumuman rasmi kerajaan.

Jumlah Bayaran STR Fasa 3 2025 Setiap Kategori

Jumlah bantuan STR Fasa 3 belum dimaklumkan.

Berikut adalah makluman terkini daripada LHDN mengenai pembayaran:

jumlah terkini bayaran str fasa 3 2025

Sehingga kini, jumlah rasmi bayaran STR Fasa 3 masih belum diumumkan. Namun berdasarkan fasa-fasa sebelum ini, berikut adalah jangkaan kategori bayaran:

Kategori PenerimaPendapatan Isi RumahJumlah (Anggaran)
Isi Rumah B40< RM2,500RM300 – RM500
Isi Rumah M40RM2,501 – RM5,000RM100 – RM300
Bujang< RM2,500RM100 – RM150
Warga EmasTiada pasanganRM200 – RM300

NOTA : Jumlah sebenar akan dikemaskini selepas diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

Cara Semakan STR Fasa 3 2025

Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/

  1. Masukkan 12 digit nombor Kad pengenalan dan tekan log masuk.
  2. sahkan kata kunci anda.
  3. Masukkan Kata laluan yang didaftarkan.
  4. Jika berjaya, anda akan dimasukkan pada halaman utama
  5. klik pada semakan permohonan.
  6. Status permohonan semasa dan status bayaran akan dipaparkan.

Kaedah Agihan STR Fasa 3 2025

kaedah pembayaran str fasa 3 2025

terdapat 2 kaedah pembayaran STR, secara tunai atau terus kredit kedalam bank akaun, perincian kaedah pembayaran STR adalah seperti jadual dibawah:

KaedahPerincian
Kredit kedalam akaun bank pemohon atau pasangan pemohonBayaran dikreditkan terus kedalam akaun pemohon atau pasangan pemohon mengikut maklumat pembayaran semasa proses permohonan.
Tunai Dikaunter BSNUntuk penerima yang :
1. Tiada akaun bank.
2. Bayaran gagal kredit kedalam akaun pemohon.

Kategori Penerima STR Fasa 3 2025

kategori penerima str fasa 3 2025

4 Kategori yang layak mendapat bantuan STR ialah Isi Rumah pendapatan diantara RM2500 – RM5000, Isi rumah pendapatan dibawah RM2500, warga emas dan bujang.

Tarikh Bayaran STR Mengikut Fasa 2025

Tarikh bayaran mengikut fasa keseluruhan str seperti berikut:

  • Fasa 1 : 22 Januari 2025
  • Fasa 2 : 24 Mac 2025
  • Fasa 3 : Ogos 2025
  • Fasa 4 : November 2025

Jumlah Bayaran STR 2025

Jumlah Bantuan STR akan diagihkan mengikut kelayakan seperti berikut:

Gaji isi rumah dibawah RM2500.

Bilangan Anak
0RM1,000
1-2RM1,500
3-4RM2,000
≥5RM2,500

Gaji isi rumah diantara RM2500-RM5000.

Bilangan Anak
0RM500
1-2RM750
3-4RM1,000
≥5RM1,250

Warga Emas gaji RM500 kebawah atau Bujang gaji RM2500 kebawah.

KategoriJumlah
Warga Emas / Bujang / Tiada PasanganRM600

Semak Status Tarikh Bayaran STR

  1. Klik Log Masuk MySTR
  2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  3. Sahkan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Klik Semakan Status
  6. Klik Pada Maklumat Bayaran

atau

  • Hadir ke Pejabat HASiL yang berhampiran
  • Hubungi Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);

Maklumat Lanjut Tarikh Bayaran STR

Sebarang Maklumat Lanjut sila berhubung terus dengan Pihak LHDN:

  • Hotline BKK hasil: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9:00pagi-5:00 petang)
  • Hotline STR MOF: 03-8882 4565/03-8882 4566
  • Email: str@treasury.gov.my

Alamat: Sekretariat STR,
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia (MOF),
Presint 2, 62592,
Putrajaya.

Soalan Lazim STR Fasa 3 2025

Bila tarikh akhir permohonan Fasa 3 STR 2025?

Tarikh akhir permohonan atau kemas kini untuk Fasa 3 ialah pada 30 Jun 2025

Siapakah yang layak dipertimbangkan dalam Fasa 3?

Pemohon yang telah lulus verifikasi Fasa 1 atau Fasa 2, serta pemohon baharu/rayu yang memasuki Fasa 3 dan memenuhi syarat kelayakan pendapatan dan kategori (Isi Rumah B40/M40, bujang, warga emas). Status lulus boleh disemak dalam akaun MySTR

Bagaimanakah cara semakan status permohonan Fasa 3?

Semakan boleh dibuat melalui portal rasmi MySTR:
1. Layari bantuantunai.hasil.gov.my
2. Log masuk dengan MyKad & kata laluan
3. Pergi ke menu “Semakan Status
4. Paparan akan tunjukkan status Fasa 3 jika sudah diproses

Bila tarikh bayaran Fasa 3 akan dikreditkan?

Menurut jangkaan berdasar fasa sebelumnya, bayaran Fasa 3 dijangka pada hujung Julai atau awal Ogos 2025, namun tarikh rasmi masih belum diumumkan

Berapakah jumlah bayaran Fasa 3 bagi setiap kategori?

Jumlah rasmi belum diumumkan lagi. Berdasarkan fasa sebelumnya, anggaran untuk bujang mungkin RM150–300, Isi Rumah B40 sekitar RM300–500, dan warga emas tanpa pasangan sekitar RM200–300. Jumlah terperinci akan dikeluarkan oleh MOF/LHDNM.

Jika belum ada akaun bank, bagaimana cara terima bayaran Fasa 3?

Pemohon tanpa akaun bank yang lulus akan diberi tuntutan tunai di cawangan BSN terdekat, sama seperti dalam Fasa 1 & 2

Apa maksud status “Lulus SARA” dan apa kaitannya dengan Fasa 3?

“SARA” merujuk kepada Sumbangan Asas Rahmah, tambahan RM100‑RM150 sebulan selama 12 bulan untuk golongan miskin tegar (e-Kasih). Jika status anda menunjukkan “Lulus SARA”, anda layak terima bantuan asas ini bersama STR Fasa 3

Bolehkan saya rayu jika Fasa 3 tidak lulus?

Ya, pemohon yang statusnya “Tidak Lulus” boleh membuat rayuan sepanjang tahun—ini termasuk rayuan atas sebab seperti kelayakan anak, perubahan status perkahwinan atau pendapatan

Dokumen apa perlu disediakan untuk rayuan Fasa 3?

Bergantung kepada sebab rayuan, seperti:
1. Sijil perkahwinan/penceraian/kematian pasangan
2. Sijil anak (lahir, OKU, pelajar)
3. Tiada dokumen diperlukan jika rayuan melibatkan pendapatan, perniagaan, kenderaan, harta,kerana semakan dibuat terus melalui agensi MOF

Jika status saya berjaya (Lulus) untuk Fasa 3, adakah perlu kemas kini pada Fasa 4?

Tidak perlu, jika tiada perubahan maklumat. Bayaran Fasa 4 akan dikreditkan secara automatik mengikut kategori dan status semasa. Anda hanya perlu kemas kini jika ada perubahan seperti pendapatan, kahwin, atau nombor akaun bank.

Leave a Comment