Kerajaan melalui Kementerian Kewangan telah membuat pengumuman rasmi bahawa bayaran STR Fasa 3 akan dikreditkan ke dalam akaun penerima bermula 12 Ogos 2025. Semakan status dan bayaran boleh dibuat melalui https://bantuantunai.hasil.gov.my/.


Pemberian STR ini selari dengan hasrat kerajaan untuk mengutamakan dan memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.
Berikut dikongsikan makluman terkini untuk semua penerima STR khususnya.
Baca juga: Semakan SARA : Cara Tebus Bantuan SARA & SARA One-Off RM100
Kaedah Bayaran STR Fasa 3
Wang bantuan STR akan diberikan kepada penerima yang layak melalui salah satu kaedah berikut mengikut tarikh jadual bayaran STR yang telah diumumkan secara rasmi:
- Pengkreditan ke akaun bank Pemohon / Pasangan
- Penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)
Pastikan anda telah membuat semakan status kelayakan melalui laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (https://bantuantunai.hasil.gov.my) sebelum datang ke kaunter untuk tujuan penunaian.
Tarikh Bayaran STR Fasa 3
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 tahun 2025 akan dibayar secara berperingkat pada 12 Ogos 2025 secara berperingkat, iaitu :
Fasa | Tarikh Bayaran |
---|---|
Fasa 1 | 22 Januari 2025 |
Fasa 2 | 24 Mac 2025 |
Fasa 3 | 12 Ogos 2025 |
Fasa 4 | November 2025 |
Jumlah Bayaran STR Fasa 3 Setiap Kategori
Bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025, jumlah bayaran yang diterima adalah bergantung kepada kategori kelayakan dan pendapatan isi rumah atau individu bujang/warga emas tiada pasangan. Bayaran STR dibuat secara berfasa iaitu Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4 sepanjang tahun.
1. Kategori Bujang / Warga Emas Tiada Pasangan
a) Pendapatan Bujang ≤ RM2,500
(Berumur 21 – 59 tahun / OKU berumur 19 – 59 tahun)
- Kelayakan Maksimum: RM600
- Jadual Bayaran:
- Fasa 1: RM150
- Fasa 2: RM150
- Fasa 3: RM150
- Fasa 4: RM150
b) Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan ≤ RM5,000
(Berumur ≥ 60 tahun)
- Kelayakan Maksimum: RM600
- Jadual Bayaran:
- Fasa 1: RM150
- Fasa 2: RM150
- Fasa 3: RM150
- Fasa 4: RM150
2. Kategori Isi Rumah
a) Pendapatan Isi Rumah ≤ RM2,500 (Tiada Had Umur)
Bilangan Anak | Kelayakan Maksimum (RM) | Fasa 1 | Fasa 2 | Fasa 3 | Fasa 4 |
---|---|---|---|---|---|
0 | 1,000 | 500 | 150 | 150 | 200 |
1 – 2 | 1,500 | 500 | 300 | 350 | 350 |
3 – 4 | 2,000 | 500 | 500 | 500 | 500 |
≥5 | 2,500 | 500 | 650 | 650 | 700 |
b) Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000 (Tiada Had Umur)
Bilangan Anak | Kelayakan Maksimum (RM) | Fasa 1 | Fasa 2 | Fasa 3 | Fasa 4 |
---|---|---|---|---|---|
0 | 500 | 150 | 100 | 150 | 100 |
1 – 2 | 750 | 150 | 150 | 200 | 250 |
3 – 4 | 1,000 | 250 | 200 | 250 | 300 |
≥5 | 1,250 | 300 | 300 | 300 | 350 |


Alhamdulilah akhirnya bayaran str Fasa 3 masuk pada hari esok
Str Fasa 3 Maybank masuk bila’?
Assalam saya susah jadi mohon str fasa 3 2025
Wahh esok dah boleh shopping str fasa3