Tarikh Bayaran Bantuan Syukur Sabah sentiasa menjadi carian hangat di kalangan pemohon. Semakan boleh dilakukan disini untuk mengetahui bilakah bantuan kewangan terdiri daripada RM900 setiap fasa akan dikreditkan.
Artikel pada kali ini akan menumpukan jadual rasmi setiap fasa, Jumlah bantuan, kaedah pembayaran serta cara semakan status terkini berdasarkan sumber rasmi kerajaan negeri Sabah.
Baca juga: Bantuan Lesen Percuma 2025 (MyLesen B2): Panduan Rasmi, Syarat & Cara Mohon
Isi Kandungan
Apakah Bantuan Syukur Sabah?
Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) Sabah 2025 merupakan inisiatif kerajaan negeri bagi meringankan beban kos sara hidup orang ramai terutamanya golongan B40, miskin dan miskin tegar yang tersenarai dalam pangkalan data e-Kasih/PADANS.
Jadual Tarikh Bayaran Bantuan Syukur Sabah 2025

Fasa | Tempoh Bayaran | Tarikh Bayaran Bermula | Jumlah Bayaran | Kaedah Bayaran |
---|---|---|---|---|
Fasa 1 | Jan – Mac 2025 | 19 Februari 2025 | RM900 (RM300 x 3 bulan) | Kredit akaun bank / Tunai / e-Wallet |
Fasa 2 | Apr – Jun 2025 |
April 2025 (kredit akaun bank) Mei 2025 (pengagihan tunai / penerima bukan e-Kasih) |
RM900 (RM300 x 3 bulan) | Kredit akaun bank / Tunai / e-Wallet |
Fasa 3 | Jul – Sep 2025 |
Ogos 2025 (kredit akaun bank) Ogos–September 2025 (pengagihan tunai) |
RM900 (RM300 x 3 bulan) | Kredit akaun bank / Tunai / e-Wallet |
Fasa 4 | Okt – Dis 2025 |
Oktober 2025 (kredit akaun bank) November–Disember 2025 (pengagihan tunai) |
RM900 (RM300 x 3 bulan) | Kredit akaun bank / Tunai / e-Wallet |
Kaedah Pembayaran Bantuan
Penerima yang layak boleh memilih 3 saluran pembayaran bagi memudahkan urusan penerima:
- Kredit terus kedalam akaun bank: Bayaran mengikut fasa akan dikreditkan kedalam akaun bank penerima.
- Pembayaran tunai: Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank atau pembayaran kedalam akaun bank gagal, bantuan disalurkan secara tuni di pusat khidmat ABUN/Pejabat Daerah.
- Kredit ke e-Wallet YONO SuperApp.
Cara Semak Status Bantuan Syukur Sabah
Untuk menyemak status kelayakan dan agihan:
Layari Portal Rasmi SYUKUR Sabah di syukur.sabah.gov.my atau melalui PADANS di padans.sabah.gov.my
Masukkan nombor MyKad 12-digit dan klik semak; status “Layak” atau “Tidak Layak” akan dipaparkan bersama butiran jumlah bayaran setiap fasa jika lulus
Kesimpulan
Program Bantuan Syukur Sabah 2025 menyediakan sebanyak RM900 setiap fasa untuk meringankan beban rakyat memerlukan. Pembayaran telah bermula pada:
- Fasa 1: 19 Februari 2025
- Fasa 2: April–Mei 2025
- Fasa 3: Ogos–September 2025
- Fasa 4: Oktober–Disember 2025
Pastikan anda membuat semakan di portal rasmi dan kemaskini maklumat akaun untuk menerima bantuan tepat pada waktunya.
Kerajaan salur bajet utk setahun bagi seramai 100000 org.. fasa 1 ramai tidak dapat.. bajet utk fasa 1 masuk mana?
saya akan berhubung dengan menteri perkara ini.