Semakan Bayaran Bantuan SYUKUR Sabah Fasa 3 2025 RM900 Dijangka Disalurkan Ogos

Semakan Bayaran Bantuan SYUKUR Sabah Fasa 3 2025 kini boleh dibuat oleh rakyat Sabah yang layak. Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) ini merupakan inisiatif kerajaan negeri untuk membantu golongan miskin tegar, B40, ibu bapa tunggal, warga emas, dan OKU.

Ramai penerima ingin tahu bilakah bayaran fasa 3 disalurkan, berapa jumlah yang diterima, dan cara semakan status terkini.

Artikel ini menghimpunkan semua maklumat rasmi mengenai Semakan Bayaran Bantuan SYUKUR Sabah Fasa 3, termasuk tarikh bayaran, jumlah bantuan, cara semakan, kaedah penerimaan, dan nombor hotline untuk rujukan anda.

Baca juga: Pengeluaran Khas KWSP Akaun 3: Syarat, Prosedur & Perkara Penting

Apa itu Bantuan SYUKUR Sabah 2025?

Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) adalah skim bantuan kewangan khas yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri Sabah untuk tahun 2025. Tujuannya ialah untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat yang terkesan dengan keadaan ekonomi semasa.

  • Jumlah bantuan: RM900 setiap fasa (untuk tiga bulan).
  • Kaedah agihan: Kredit ke akaun bank atau bayaran tunai melalui pejabat daerah / pusat khidmat ADUN.
  • Sasaran penerima: Isi rumah B40, miskin tegar, ibu tunggal, warga emas, dan OKU.

Jadual Pembayaran Bantuan Syukur Sabah 2025

SEMAKAN BAYARAN BANTUAN SYUKUR SABAH 2025

Pembayaran SYUKUR diagihkan mengikut 4 fasa sepanjang tahun:

  • Fasa 1 : Januari-Mac 2025
  • Fasa 2 : April – Jun 2025
  • Fasa 3 : Jul – Sept 2025
  • Fasa 4 : Okt – Dis 2025

Fasa 3 ( Jul-Sept), Penerima yang layak akan mula menerima bayaran pada ogos hingga september 2025.

Cara Semakan Bayaran Bantuan SYUKUR Sabah Fasa 3

SEMAKAN BAYARAN BANTUAN SYUKUR SABAH 2025

Anda boleh membuat semakan status bayaran dan kelayakan dengan cara berikut:

Portal Rasmi SYUKUR Sabah

  • Layari: https://syukur.sabah.gov.my
  • Klik “Semak Permohonan”
  • Masukkan No. Kad Pengenalan (12 digit tanpa sengkang)
  • Klik Semak
  • Status akan dipaparkan sama ada Layak / Tidak Layak, termasuk maklumat bayaran terkini.

Portal PADANS

  • Akses: https://padans.sabah.gov.my
  • Log masuk dan semak status bantuan di bahagian Program SYUKUR.

Aplikasi YONO SuperApp

  • Boleh digunakan bagi penerima yang ingin akses semakan melalui telefon pintar

Kaedah Pembayaran Bantuan SYUKUR Fasa 3

Kerajaan Negeri Sabah menyediakan tiga kaedah bayaran:

  1. kredit ke Akaun Bank.
  2. Bayaran Tunai di Pusat Khidmat atau Pejabat Daerah.
  3. Melalui e-Wallet YONO SuperApps.

Hotline & Saluran Bantuan Rasmi SYUKUR SABAH

Jika anda menghadapi sebarang masalah untuk membuat semakan atau tidak menerima bayaran, boleh rujuk kepada:

  • Hotline Program SYUKUR: 088-338 338
  • WhatsApp Rasmi: 010-582 8207

Kesimpulan Semakan Bayaran Bantuan SYUKUR Sabah

Semakan bayaran Bantuan SYUKUR Sabah Fasa 3 2025 boleh dibuat dengan mudah secara dalam talian. Penerima layak akan menerima RM900 untuk tempoh Julai hingga September, dengan bayaran dijangka bermula Ogos–September 2025.

Pastikan anda membuat semakan di portal rasmi dan mengemaskini maklumat akaun bank bagi mengelakkan kelewatan bayaran. Gunakan juga hotline rasmi sekiranya menghadapi sebarang isu.

Inisiatif ini adalah bukti keprihatinan Kerajaan Negeri Sabah dalam membantu rakyat menghadapi cabaran kos sara hidup. Jangan lupa untuk membuat semakan status anda sekarang!

Leave a Comment