Mohon Bantuan Barang Dapur RM200 Sebulan Program SARA

Permohonan Bantuan barang dapur RM200 sebulan dibuka sepanjang tahun menerusi program Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Permohonan dibuat melalui Sumbangan Tunai Rahmah dan kelayakan secara automatik mengikut data STR.

Pihak Kerajaan amat mengambil berat terhadap kebajikan rakyat Malaysia dengan menyediakan pelbagai bentuk bantuan seperti Sumbangan Tunai Rahmah, Sumbangan Asas Rahmah, Bantuan Perumahan, Pendidikan dan Bantuan Sosial.

Bantuan Barang Dapur merupakan salah satu inisiatif utama kerajaan dalam menangani masalah kos sara hidup yang semakin menbebani rakyat Malaysia.

Baca juga: Mohon JKM Online : Borang Permohonan Tahun 2025

Bantuan Barang Dapur RM200

Bantuan Barang Dapur Program MySARA merupakan sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih di mana pelaksanaannya telah ditambah baik pada tahun 2025

Cara Bantuan Barang Dapur RM200 Disalurkan

bantuan barang dapur rm200

Pembahagian Bantuan Barang Dapur pada Tahun 2025 akan disalurkan secara tanpa tunai melalui Mykad Setiap bulan kepada penerima termasuk Sabah dan Sarawak.

Bagi Tahun 2025, kerajaan telah memperluas penyaluran Bantuan Barang Dapur melalui Mykad ke Negeri Sabah dan Sarawak berbanding hanya di negeri-negeri Semenanjung Malaysia pada tahun 2024.

Jumlah Bayaran Bantuan Barang Dapur RM200 Sebulan

Jumlah bantuan barang dapur yang disalurkan oleh pihak kerajaan mengikut kategori:

  • Isi Rumah (eKasih): RM2,100.00
  • Isi Rumah (STR): RM900.00
  • Warga Emas Tiada Pasangan (STR & eKasih): RM1,650.00
  • Bujang (eKasih & STR): RM600

Cara Mohon Bantuan Barang Dapur

Pergi ke halaman utama Sumbangan Tunai Rahmah dan ikuti langkah dibawah:

  1. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
  2. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  4. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  7. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  8. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  10. Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Dalam Proses’.

Syarat Kelayakan Bantuan Barang Dapur

Penerima yang layak menerima Bantuan Barang Dapur terbahagi kepada dua (2) kelayakan, iaitu :

  1. Kelayakan Miskin Tegar dan Miskin eKasih :
    • Warganegara Malaysia;
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  2. Kelayakan Asas Bukan Miskin Tegar :
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.

Semakan Status Kelayakan Bantuan Barang Dapur RM200

bantuan barang dapur rm200
  • Surat Pemakluman
    • Surat lulus STR 2025 bersekali kelayakan SARA kepada alamat berdaftar dalam permohonan STR
      .
  • Sistem Pesanan Ringkas (SMS blast)
    • Penerima SARA yang layak akan menerima SMS atau Whatsapp daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.
    • Akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem MyKasih di mana elaun perbelanjaan akan direkodkan.
      .
  • Semakan terus melalui portal rasmi
    • Semakan kelayakan SARA • Portal rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
    • Portal rasmi MyKasih https://www.mykasih.com.my
      .
  • Hubungi
    • BKK HASiL: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
    • MOF: 03-8882 4565 / 4566
    • MyKasih: 03-7720 1800

Cara Membeli Bantuan Barang Dapur RM200 Di Kedai Runcit

Enam langkah mudah membeli barang dapur di pasaraya menggunakan bantuan barang dapur RM200:

  • Pilih barang keperluan: Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
    .
  • Tunjuk Mykad untuk pengesahan: Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
    .
  • Tukar Nombor Pin: Penerima bantuan perlu menukar nombor pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor pin baharu.
    .
  • Imbas Kod Barangan: Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
    .
  • Bayar Menggunakan MyKad: Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
    .
  • Simpan Resit Untuk Semakan: Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

Semak Baki Bantuan Barang Dapur

semka baki bantuan barang dapur RM200 mysara

Baki bantuan boleh disemak dengan dua cara iaitu:

Senarai Barang Bantuan Barang Dapur RM200 yang Boleh Dibeli

Senarai Barang bantuan yang boleh dibeli di pasaraya dan kedai runcit:

  1. Beras
  2. Minyak masak
  3. Telur
  4. Biskut
  5. Minuman
  6. Makanan Dalam Tin
  7. Produk Kebersihan
  8. Ubat-Ubatan
  9. Roti
  10. Tepung
  11. Mee Segera
  12. Bahan Perasa
  13. Barangan Sekolah

Jenama Barang Bantuan Barang Dapur RM200

  • Beras: Jasmine, Jati, Cap Rambutan, Saga, Bernas, Faiza
  • Minyak Masak: Seri Murni, Saji, Buruh, Vesawit, Daisy, Knife
  • Telur: Nutriplus, QL Eggs, CP
  • Biskut: Munchy’s, Julie’s Kerk, Tiger, Kraft Foods, Chips More, Jacobs, Hwa Tai, Hup Seng
  • Minuman: Boh, Ducth Lady, Milo, Fernleaf, Nescafe, F&N, Horlicks, Quaker, Marigold, Vico
  • Ubat-Ubatan: Prospan, Hurix’s Sterimar, Panadol, Difflam
  • Barangan Sekolah: Stabilo, Staedtler, Bata, Faber Castell, Canggih
  • Makanan dalam tin: TC Boy, Adabi, Kimball, Yeos, Ayam Brand, King Cup
  • Roti: Massimo, Gardenia, Mighty White
  • Tepung: Blue Key, Faiza, Cap Ros, Cap Lili, Cap Sauh,
  • Mee Segera: Indo Mie, MAMEE, Mie Sedaap, EKA, Maggi, Cintan
  • Bahan Perasa: Puteri, Kimball, Maggi, CSR, Tamin, Life, Jalen, Faiza, Planta
  • Produk Kebersihan: Colgate, Kotex, Dettol

Maklumat Lanjut Bantuan Barang Dapur RM200

Maklumat lanjut mengenai Senarai Barang Mykasih, sila pergi ke laman web di pautan :

MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Atau boleh menghubungi atau menghadirkan diri ke pihak My Kasih yang Beralamat di :

MyKasih Foundation
Level 3, DIALOG TOWER,
No. 15, Jalan PJU 7/5,
Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA.

Dedicated Line(s) for MyKasih Recipients
Tel: (603) 7720 1800
(Mon – Fri, Normal Business Hours)
Dedicated Line(s) for Merchants
Tel: (603) 7720 1900
(Mon – Fri, Normal Business Hours)
Email: info@mykasih.com

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Maklumat Artikel diperolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Kami Komited untuk menyediakan maklumat terkini mengenai bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia, dengan tujuan untuk berkongsi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Penulisan ini bertujuan untuk menyampaikan informasi yang sahih dan terkini, agar pelawat laman web kami dapat memperoleh maklumat terbaru mengenai bantuan yang tersedia.

Leave a Comment