Bermula pada tahun ini, Skim bantuan bulanan JKM permohonan & pendaftaran akan dikategorikan kepada 2 bahagian iaitu skim bantuan produktif dan skim bantuan tidak produktif. Proses kaji semula diperlukan bagi skim bantuan produktif manakala skim bantuan tidak produktif perlu dibuat pemantauan dan penilaian setahun sekali.
Secara prinsipnya, dalam melaksanakan pemberian bantuan kepada rakyat Malaysia, kerajaan tidak sesekali mengamalkan konsep Negara Kebajikan (Welfare State). Proses pemberian bantuan kewangan mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif kearah hidup berdikari.
Permohonan yang lengkap akan disiasat dan dipertimbangkan bersarkan kelayakan dan bukan hak tanpa mengira latar belakang, kaum, agama dan jantina.
Baca juga: Tarikh Bayaran JKM 2025 : Semak Maklumat Bantuan Online
Isi Kandungan
Objektif Bantuan Bulanan JKM Permohonan & Pendaftaran Secara Online
Antara objektif bantuan bulanan JKM adalah :
- Memenuhi keperluan asas (basic needs) bagi meringankan beban penerima bantuan.
- Alat sokongan sosial (social support tools) untuk membantu penerima bantuan ke arah berdikari dan mengurangkan kebergantungan kepada bantuan.
- Alat pemulihan (rehabilitation tools) agar penerima bantuan terus kekal tinggal bersama keluarga/ komuniti/ masyarakat.
- Sebagai sumber kewangan sementara penerima bantuan meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.
Konsep Bantuan Bulanan JKM jabatan Kebajikan Masyarakat
Bantuan kewangan Persekutuan adalah BERSIFAT SEMENTARA. Bantuan ini bagi membantu individu/ keluarga pemohon yang berkeperluan agar dapat meneruskan kehidupan yang lebih baik dan berkualiti. Pemberian bantuan ini berdasarkan prinsip kerja sosial untuk meningkatkan kefungsian sosial mereka.
Senarai Bantuan Bulanan JKM Terbuka Untuk Permohonan

- BANTUAN KANAK-KANAK (BKK)
- ELAUN PEKERJA ORANG KURANG UPAYA (EPOKU)
- BANTUAN ORANG KURANG UPAYA TIDAK BERUPAYA BEKERJA (BTB)
- BANTUAN PENJAGAAN ORANG KURANG UPAYA TERLANTAR / PESAKIT KRONIK TERLANTAR DAN PESAKIT KRONIK TIDAK TERLANTAR (BPT)
- BANTUAN WARGA EMAS (BWE)
- BANTUAN PERSEKUTUAN (BA)
- BANTUAN Anak Pelihara (BAP)
- BANTUAN Latihan Perantis (BLP)
Cara Mohon Bantuan JKM Bagi Skim Bantuan Kewangan Bulanan
Terdapat dua (2) kaedah permohonan bantuan bagi skim bantuan kewangan persekutuan (bulanan) seperti berikut:
Permohonan Secara Manual Menggunakan Borang Permohonan Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM18)
- Borang JKM18 yang disertakan seperti di Lampiran 1; dan
- Proses kerja permohonan seperti berikut:
- Terima Permohonan
- Petugas Kaunter/ Pegawai Yang Bertanggungjawab (PYB) yang bertugas di kaunter menerima borang permohonan berserta dokumen sokongan.
- Semak Borang Permohonan dan Dokumen
- Sekiranya maklumat lengkap, kes akan diagihkan kepada Pegawai Kes untuk tindakan siasatan.
- Sekiranya borang dan dokumen tidak lengkap Petugas Kaunter/ PYB/ Pegawai Kes hendaklah meminta pemohon/ perujuk melengkapkan dokumen atau maklumat yang diperlukan berdasarkan senarai semak permohonan bantuan kewangan JKM.
- Agihan Kes
- Setelah permohonan lengkap diterima, Petugas Kaunter/ PYB hendaklah mendaftarkan permohonan dalam Sistem eBantuanJKM dan mengagihkan kepada Pegawai Kes berkenaan.
- Terima Permohonan
Permohonan Secara Dalam Talian (Online) Sistem EbantuanJKM
- Permohonan secara online adalah satu kaedah yang disediakan kepada orang awam melalui laman sesawang https://ebantuanjkm.jkm.gov.my.
- Permohonan akan diagihkan secara automatik melalui sistem mengikut butiran negeri/ daerah yang dipilih oleh pemohon.
- Perakuan penerimaan permohonan dipaparkan melalui sistem dan pemohon/ wakil hendaklah mengemukakan dokumen sokongan dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh permohonan dibuat kepada PKMD berkenaan.
- Setiap permohonan atas talian yang disiasat dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
- Keputusan hendaklah dimaklumkan dalam tempoh 25 hari bekerja dari tarikh permohonan.
- Sekiranya dokumen lengkap tidak diterima dalam tempoh 10 hari bekerja maka permohonan tersebut terbatal secara automatik di dalam sistem eBantuanJKM.
- Proses kerja permohonan seperti berikut:
- Semakan permohonan pemohon oleh petugas kaunter/ PYB boleh dibuat melalui sistem eBantuanJKM menggunakan:
- Nombor kad pengenalan.
- Nama pemohon.
- Nombor rujukan pemohon.
- Setelah menyemak permohonan dalam sistem eBantuan, Petugas Kaunter/ PYB hendaklah mencetak borang (JKM18-e) dan menyerahkan slip akuan terima permohonan.
- Sekiranya permohonan tersebut wujud dalam sistem eBantuanJKM, Petugas Kaunter/ PYB hendaklah menyemak dokumen sokongan yang dikemukakan adalah lengkap dan hendaklah mendaftarkan permohonan tersebut. Kes akan diagihkan kepada PYB dan seterusnya siasatan akan dijalankan.
- Sekiranya dokumen sokongan tidak lengkap PYB hendaklah meminta pemohon/ perujuk melengkapkan dokumen atau maklumat yang diperlukan berdasarkan senarai semak dokumen sokongan permohonan bantuan kewangan JKM.
- Sekiranya memerlukan siasatan lanjut, surat janji temu kepada pemohon perlu dijana dan dicetak.
- Semakan permohonan pemohon oleh petugas kaunter/ PYB boleh dibuat melalui sistem eBantuanJKM menggunakan:
Pengumuman Rasmi JKM Berkenaan Bantuan Bulanan JKM
Menurut sumber muka buku rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat,

𝐏𝐞𝐫𝐦𝐨𝐡𝐨𝐧𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐰𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐉𝐊𝐌
Kepada individu atau keluarga yang ingin membuat permohonan Bantuan Kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), anda boleh datang ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran atau mohon secara dalam talian di pautan berikut: https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
Anda juga boleh buat semakan syarat & kelayakan di pautan berikut: https://www.jkm.gov.my/main/article/bantuan-bulanan
Maklumat Lanjut Bantuan Bulanan JKM Permohonan & Pendaftaran Secara Online
Maklumat Lanjut boleh rujuk laman web rasmi JKM :
- laman Web Rasmi : https://www.jkm.gov.my/
- Facebook : https://www.facebook.com/myjkmhq