Bantuan Kad Pengenalan merupakan inisiatif kerajaan dalam memberi sokongan kepada lapisan masyarakat yang berkelayakan untuk menampung kos perbelanjaan yang kian hari makin meningkat.
Sekiranya pendapatan isi rumah dibawah RM5000, anda layak untuk memohon bantuan yang dikenali sebagai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) maksimum sebanyak RM2,100 setahun.
Baca Juga: Semakan STR: Jumlah Bayaran 2025 Terkini Mengikut Kategori
Isi Kandungan
Apakah Bantuan Kad Pengenalan SARA?
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan program bantuan bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup.
Program sumbangan ini adalah untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi MADANI.
Bantuan Kad Pengenalan SARA merupakan salah satu inisiatif kerajaan menangani kos sara hidup dengan menyalurkan bantuan dalam bentuk kewangan terus kedalam Mykad penerima setiap bulan.
Syarat Kelayakan Bantuan Kad Pengenalan SARA
Kelayakan Bantuan Kad Pengenalan SARA adalah terhad kepada:
- Warganegara Malaysia.
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori isi rumah, Bujang, dan Warga Emas Tiada Pasangan.
- Tersenarai sebagai penerima miskin tegar / miskin ekasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024 atau pada tarikh data semakan berkala.
SARA Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan STR 2025
- Warganegara Malaysia.
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.
Semakan rekod eKasih akan dibuat secara berkala terhadap penerima sedia ada STR yang tiada dalam rekod Miskin tegar / Miskin eKasih 31 Oktober 2024 dengan ketetapan seperti berikut:
- Data eKasih 31 Januari 2025 (layak SARA 2025 mulai Januari 2025) – keputusan kelayakan dan pembayaran adalah pada April 2025.
- Data eKasih 30 April 2025 (layak SARA 2025 mulai April 2025) – keputusan kelayakan dan pembayaran adalah pada Julai 2025.
- Data eKasih 31 Julai 2025 (layak SARA 2025 mulai Julai 2025) – keputusan kelayakan dan pembayaran adalah pada Oktober 2025.
- Data eKasih 30 Oktober 2025 (layak SARA 2025 mulai Oktober 2025) – keputusan kelayakan dan pembayaran adalah pada November 2025.
Cara Mohon Bantuan Kad Pengenalan SARA 2025
Permohonan bantuan mykad boleh dilakukan dengan melayari laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah Atau melalui Portal E-Kasih .
Melalui Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah.
- Pada Laman Utama MySTR 2025, Klik butang “Permohonan Baharu”.
- Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Jika Status Perkahwinan Pemohonan adalah Berkahwin, Maklumat Pasangan dan Anak perlu diisi dengan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori untuk diisi.
- Pastikan segala maklumat yang diberikan adalah sah dan betul.
- Sahkan permohonan dan tekan butang “Hantar”.
- Permohonan akan diproses dalam waktu 7-21 hari bekerja.
Melalui E-Kasih.
- Sila hadir dan rujuk kepada Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri.
- Isi borang dan maklumat yang diperlukan.
- Lampirkan dokumen sokongan yang diperlukan.
- Semakan kelayakan boleh dilakukan secara online di pautan: https://ekasih2.icu.gov.my/#menu2
Pelaksanaan Bantuan Kad Pengenalan SARA 2025
- Penerima bantuan Kad Pengenalan SARA 2025 akan menerima tunai (cashless) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima. Barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan boleh dibeli di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.
. - Penerima STR 2025 yang telah disahkan daripada data Miskin Tegar dan Miskin eKasih layak SARA 2025 berjumlah RM100 / RM50 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari 2025 – Disember 2025).
. - Manakala kadar tambahan kepada semua penerima STR 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM100 / RM50 setiap bulan bagi tempoh 9 bulan (April 2025 – Disember 2025).
.
Jumlah Bantuan Kad Pengelanan SARA Mengikut Kategori

Jumlah bantuan yang diagihkan terbahagi kepada 2 kategori kelayakan iaitu “penerima STR & ekasih” dan “penerima STR sahaja” :
- Kategori Penerima STR & eKasih:
- Isi Rumah – RM2100
- Warga Emas Tiada Pasangan – RM1650
- Bujang – RM600
- Kategori Penerima STR sahaja:
- Isi Rumah – RM900
- Warga Emas Tiada Pasangan – RM450
Cara Semak Kelayakan Bantuan Kad Pengenalan SARA 2025
Semakan Kelayakan bantuan Mykad boleh dibuat melalui 4 kaedah:
- Surat Pemakluman
- Surat lulus STR 2025 dan SARA ke alamat berdaftar dalam permohonan STR
.
- Surat lulus STR 2025 dan SARA ke alamat berdaftar dalam permohonan STR
- Sistem Pesanan Ringkas (SMS blast)
- Penerima bantuan yang layak akan menerima SMS atau Whatsapp daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini.
- Akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem MyKasih di mana elaun perbelanjaan akan direkodkan.
.
- Semakan melalui portal
- Portal rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal rasmi MyKasih https://www.mykasih.com.my
.
- Hubungi
- BKK HASiL: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
- MOF: 03-8882 4565 / 4566
- MyKasih: 03-7720 1800
Jadual Bayaran Bantuan Kad Pengenalan SARA 2025
Penerima bantuan kad pengenalan akan menerima sebanyak RM100 / RM50 secara bulanan selama setahun melalui MyKad mereka untuk membeli barang keperluan asas.
Pembayaran pertama akan dilakukan mulai 22 Januari 2024 manakala bayaran seterusnya mulai Februari 2024 akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 hari bulan setiap bulan mengikut jadual dibawah:
Bulan | Isi Rumah & Warga Emas Tiada Pasangan Ekasih | Warga Emas Ekasih |
Januari 2024 | RM 100 | RM 100 |
Februari 2024 | RM 100 | RM 100 |
Mac 2024 | RM 100 | RM 100 |
April 2024 | RM 200 | RM 150 |
Mei 2024 | RM 200 | RM 150 |
Jun 2024 | RM 200 | RM 150 |
Julai 2024 | RM 200 | RM 150 |
Ogos 2024 | RM 200 | RM 150 |
September 2024 | RM 200 | RM 150 |
Oktober 2024 | RM 200 | RM 150 |
November 2024 | RM 200 | RM 150 |
Disember 2024 | RM 200 | RM 150 |
Jumlah | RM 2100 | RM 1650 |
Bulan | Isi Rumah & Warga Emas Tiada Pasangan STR | Bujang Ekasih |
Januari 2024 | RM 100 | RM 50 |
Februari 2024 | RM 100 | RM 50 |
Mac 2024 | RM 100 | RM 50 |
April 2024 | RM 100 | RM 50 |
Mei 2024 | RM 100 | RM 50 |
Jun 2024 | RM 100 | RM 50 |
Julai 2024 | RM 100 | RM 50 |
Ogos 2024 | RM 100 | RM 50 |
September 2024 | RM 100 | RM 50 |
Oktober 2024 | RM 100 | RM 50 |
November 2024 | RM 100 | RM 50 |
Disember 2024 | RM 100 | RM 50 |
Jumlah | RM 1200 | RM 600 |
Kedai Dan Pasaraya Untuk Pembelian Menggunakan Bantuan Kad Pengenalan
Senarai penuh kedai mykasih mengikut negeri boleh dirujuk melalui dua cara iaitu secara manual ataupun melalui aplikasi mykasih. rujuk pautan dibawah untuk senarai lengkap mengikut negeri:
- Sabah
- Sarawak
- Johor
- Negeri Sembilan
- Melaka
- Selangor
- Kuala Lumpur
- Perak
- Pahang
- Kelantan
- Terengganu
- Kedah
- Perlis
Sebenarnya ada cara lebih mudah untuk menyemak dengan lengkap senarai kedai yang diluluskan penggunaan bantuan mykad iaitu melalui laman web MyKasih di pautan berikut : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list
Pautan diatas memaparkan secara lengkap kedai yang membolehkan penggunaan bantuan mykad. pelbagai barangan yang boleh dibeli menggunakan bantuan ini.
Barangan Yang Layak Dibeli Menggunakan Bantuan Kad Pengenalan
Barangan asas yang diluluskan pembelian menggunakan bantuan ini termasuklah:

- Minyak masak
- Beras
- Telur
- Biskut
- Minuman
- Makanan Dalam Tin
- Produk Kebersihan
- Ubat-Ubatan
- Roti
- Tepung
- Mee Segera
- Bahan Perasa
- Barangan Sekolah
Barangan | Jenama Rasmi |
---|---|
Beras | Jasmine, Jati, Cap Rambutan, Saga, Bernas, Faiza |
Minyak masak | Seri Murni, Saji, Buruh, Vesawit, Daisy, Knife |
Telur | Nutriplus, QL Eggs, CP |
Biskut | Munchy’s, Julie’s Kerk, Tiger, Kraft Foods, Chips More, Jacobs, Hwa Tai, Hup Seng |
Minuman | Boh, Ducth Lady, Milo, Fernleaf, Nescafe, F&N, Horlicks, Quaker, Marigold, Vico |
Ubat-Ubatan | Prospan, Hurix’s Sterimar, Panadol, Difflam |
Barangan Sekolah | Stabilo, Staedtler, Bata, Faber Castell, Canggih |
Makanan dalam tin | TC Boy, Adabi, Kimball, Yeos, Ayam Brand, King Cup |
Roti | Massimo, Gardenia, Mighty White |
Tepung | Blue Key, Faiza, Cap Ros, Cap Lili, Cap Sauh, |
Mee Segera | Indo Mie, MAMEE, Mie Sedaap, EKA, Maggi, Cintan |
Bahan Perasa | Puteri, Kimball, Maggi, CSR, Tamin, Life, Jalen, Faiza, Planta |
Produk Kebersihan | Colgate, Kotex, Dettol |
Cara Menggunakan Bantuan Kad Pengenalan
- Pilih barang keperluan:
Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga. - Tunjuk Mykad untuk pengesahan:
tunjukkan Mykad kepada Juruwang untuk semakan. - Tukar Nombor Pin:
Penerima bantuan perlu menukar nombor pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor pin baharu. - Imbas Kod Barangan:
Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Menggunakan MyKad:
Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian. - Simpan Resit Untuk Semakan:
Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
Semak Baki Bantuan Kad Pengenalan
- Semakan Baki SARA boleh dilakukan melalui portal rasmi MyKasih di pautan: https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus atau
- Melalui aplikasi Mykasih: https://mykasih.com.my/mykasih-app/ atau
- Melalui Semakan Resit Pembelian:

Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Senarai Barang Mykasih, sila pergi ke laman web di pautan :
- MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Atau boleh menghubungi atau menghadirkan diri ke pihak My Kasih yang Beralamat di :
MyKasih Foundation
Level 3, DIALOG TOWER,
No. 15, Jalan PJU 7/5,
Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA.
Dedicated Line(s) for MyKasih Recipients
Tel: (603) 7720 1800
(Mon – Fri, Normal Business Hours)
Dedicated Line(s) for Merchants
Tel: (603) 7720 1900
(Mon – Fri, Normal Business Hours)
Email
info@mykasih.com
Penafian
Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Maklumat Artikel diperolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.
Kami Komited untuk menyediakan maklumat terkini mengenai bantuan dan info yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia, dengan tujuan memudahkan carian pengguna.
Penulisan ini bertujuan untuk menyampaikan informasi yang sahih dan terkini, agar pelawat laman web kami dapat memperoleh maklumat terbaru yang tersedia.
Soalan Lazim Bantuan Kad Pengenalan
Adakah saya perlu bayar lebihan amaun sekiranya amaun pembelian melebihi baki semasa SARA dalam MyKad penerima?
Ya. Pembelian adalah terhad kepada barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan sahaja. Pembelian selain barangan tersebut dan pembelian melebihi baki semasa SARA dalam MyKad perlu dibayar oleh penerima.
Saya tidak menghabiskan baki elaun tersebut pada bulan semasa, adakah baki elaun tersebut boleh dibawa ke bulan-bulan seterusnya?
Ya. Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan semasa. Walau bagaimanapun, sebarang baki elaun yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program iaitu 31 Disember 2025 akan luput secara automatik.
Adakah elaun SARA mempunyai tarikh luput?
Ya. Tempoh sah laku atau tarikh luput elaun SARA adalah pada 31 Disember 2025.
Adakah pembelian boleh dibuat oleh individu selain penerima SARA?
Tidak. Pembayaran di kaunter adalah menggunakan MyKad penerima dengan nombor pin yang hanya diketahui oleh penerima. Sebarang pembelian yang dibuat oleh individu selain penerima adalah di bawah tanggungjawab penerima itu sendiri.
Siapakah yang boleh saya hubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan program SARA 2025?
Maklumat lanjut berkenaan SARA 2025 boleh didapati di Portal Rasmi MyKasih, https://www.mykasih.com.my atau Hubungi Talian Bantuan MyKasih 03-7720 1800