Bantuan Kanak Kanak JKM: Borang Permohonan Dan Kemaskini 2025

Pihak JKM menyediakan Bantuan Kanak Kanak sebanyak minimum RM200 sehingga maksimum RM1,000 bertujuan membantu keluarga atau penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada/ kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna.

Semak Borang permohonan dan borang kemaskini dibawah untuk memohon bantuan kanak kanak. Dengan adanya bantuan ini dapat mengukuhkan lagi institusi keluarga bagi mereka yang tidak bernasib baik.

Baca Juga: Permohonan Bantuan Kad Pengenalan SARA Tahun 2025

Apa Itu Bantuan Kanak Kanak

Bantuan kanak kanak merupakan pertolongan dalam bentuk kewangan yang diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk keluarga yang memelihara anak-anak yang kehilangan kedua ibu bapa/anak-anak yang tiada keluarga.

Kadar Bantuan Kanak Kanak

Kadar bantuan ditetapkan adalah sebanyak minimum RM200 dan maksimum sebanyak RM1,000 sebulan mengikut pecahan dibawah:

  • RM250.00 seorang bagi anak berumur 6 tahun dan ke bawah.
  • RM200.00 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun.

Tujuan Bantuan Kanak Kanak

Membantu keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada/ kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.

Membantu ibu/ bapa/ penjaga memelihara anak/ kanak-kanak yang memerlukan dan memperkukuhkan institusi keluarga termasuk yang berada di dalam tahanan/ buang daerah dalam memberi jagaan yang sempurna kepada anak/ kanak-kanak.

Syarat Kelayakan Bantuan Kanak Kanak

  • Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
  • Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada anak/ kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun;
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; atau
  • Keluarga/ penjaga dan anak/ kanak-kanak yang tinggal menumpang bersama ibu/ bapa mereka/ penjaga/ saudara-mara/ lain-lain layak dipertimbangkan sekiranya pendapatan bulanan pemohon tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa;
  • Anak/ kanak-kanak tiada penjaga yang layak, kerana ibu/ bapa bukan warganegara/ diisytiharkan bankrap atau muflis/ ibu/ bapa OKU Mental, bantuan boleh diluluskan atas nama kanak-kanak berkenaan;
  • Anak/ kanak-kanak yang menerima Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMBPK)/ Elaun Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan apa-apa bantuan bulanan daripada JKM tidak layak menerima BKK; dan
  • Anak/ kanak-kanak yang berumur 16 tahun ke atas yang telah bekerja sepenuh masa dan tidak bersekolah tidak layak menerima BKK.

Borang Permohonan Dan Kemaskini Bantuan Kanak Kanak

Sila pastikan anda mengisi borang dengan maklumat yang sah dan tepat.

BORANG BANTUAN KANAK KANAK JKM 1
BORANG BANTUAN KANAK KANAK JKM 2
BORANG BANTUAN KANAK KANAK JKM 3
borang kemaskini bantuan kanak kanak

Mohon Bantuan Kanak Kanak Sekarang

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian/ Cawangan di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian/ Cawangan seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami/ isteri/ ibu/ bapa/ anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak/ ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3-jadual kesembilan Senarai Perundangan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan yang ditawarkan, sila rujuk ke pejabat ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian/ Cawangan yang berdekatan.

Anda juga boleh menghadirkan diri ke Ibu pejabat yang beralamat di:

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya

Telefon : 03 – 8000 8000
Faks : 03 – 8323 2045

Emel : Maklum Balas (ISPAAA)

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Maklumat Artikel diperolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Kami Komited untuk menyediakan maklumat terkini mengenai bantuan dan info yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia, dengan tujuan memudahkan carian pengguna.

Penulisan ini bertujuan untuk menyampaikan informasi yang sahih dan terkini, agar pelawat laman web kami dapat memperoleh maklumat terbaru yang tersedia.

Leave a Comment