Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bertanggungjawab memberi bantuan terhadap kanak kanak yang tidak bernasib baik supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.
Bantuan minimum RM150 dan maksimum RM1,000 akan diberikan kepada keluarga yang layak untuk terus bersemangat menjaga kanak-kanak dibawh jagaan mereka. Semakan info Bantuan Kanak-Kanak JKM 2025 boleh dirujuk melalui artikel ini.
Baca juga: Cara Mohon Bantuan RM300 Sabah: Program Sentuhan Kasih Rakyat
Isi Kandungan
Maksud Bantuan Kanak-Kanak JKM
Bantuan Kanak-Kanak JKM merupakan sokongan dalam bentuk kewangan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk keluarga yang berada dalam kesusahan dapat terus tinggal bersama-sama menjaga anak jagaan dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.
Syarat Bantuan kanak-Kanak JKM
Syarat mendapat bantuan kanak-kanak adalah seperti berikut:
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia.
- Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
- Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas.
Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.
Permohonan Manual Bantuan Kanak-Kanak JKM 2025
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
Permohonan Online Bantuan Kanak-Kanak JKM 2025
Ikuti langkah permohonan online bantuan kanak-kanak JKM 2025:
- Layari laman web rasmi eBantuan JKM.
- Daftar akaun baru dengan isi maklumat yang diminta.
- Log masuk ke akaun anda menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang didaftarkan.
- Pilih jenis bantuan yang ingin mohon dan isi borang permohonan.
- Semak semula maklumat yang telah diisi dan pastikan betul dan hantar permohonan.
- Anda Pelu Hadir ke Pejabat JKM membawa Dokumen yang diperlukan dalam masa 14 hari dari tarikh permohonan.
Dokumen Yang Diperlukan
Senarai dokumen dalam bentuk salinan dan original yang diperlukan untuk permohonan bantuan JKM:

- Kad pengenalan pemohon depan dan belakang.
- Kad pengenalan/ mykid/ sijil kelahiran ahli keluarga yang tinggal bersama.
- Kad oku/ slip pendaftaran sementara (bagi pemohon oku).
- Sijil kematian/ perceraian (jika berkaitan).
- Penyata pendapatan atau surat pengesahan pendapatan dari majikan/ surat akuan
- Laporan dari agensi lain yang berkaitan (aadk/ polis/ penjara) (jika berkaitan)
- Salah satu salinan bil utiliti seperti air/ elektrik/ telefon/ astro, dll (bagi pengesahan alamat)
- Kertas cadangan projek dan sebut harga barang (bagi permohonan bantuan geran)
- Pengesahan rawatan/ surat sokongan/ syor daripada doktor/ pakar perubatan dan sebut harga barang (bagi permohonan bantuan alat tiruan/sokongan)
Borang Permohonan Bantuan Kanak-Kanak JKM 2025


Senarai Nombor Pejabat JKM mengikut Negeri
- Johor: 07-233 0400
- Kedah: 04-700 1700
- Kelantan: 09-7416900
- Labuan: 087-424961
- Melaka: 06-333 3333
- Pahang: 09-5650222
- Perak: 05-2545505
- Perlis: 04-9791400 / 04-9791401
- Pulau Pinang: 04-6505259
- Selangor: 03-5545 5598
- Negeri Sembilan: 06-765 9555
- Terengganu: 09-6222444 / 09-6274256/51
- Putrajaya: 03-8000 8000
- Sarawak: 082-449577
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 03-40104000
- Sabah: 088-255133 / 088-255134 / 088-244228
Maklumat Lanjut Bantuan JKM 2025
Sebarang Pertanyaan boleh melayari Laman Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat atau berhubung terus dengan Ibu Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat beralamat di:
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya
- Telefon : 03 – 8000 8000
- Faks : 03 – 8323 2045
Emel : Maklum Balas (ISPAAA)
Penafian
Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Maklumat Artikel diperolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.
Kami Komited untuk menyediakan maklumat terkini mengenai bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia, dengan tujuan untuk berkongsi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Penulisan ini bertujuan untuk menyampaikan informasi yang sahih dan terkini, agar pelawat laman web kami dapat memperoleh maklumat terbaru mengenai bantuan yang tersedia.
Sumber: Bantuan Kerajaan by Deskriptif , Portal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat