Kerajaan telah menetapkan kadar Bayaran Bantuan Khas Kewangan 2025 sebanyak RM500.00 kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana, Gred 15 dan ke bawah termasuk pegawai lantikan kontrak Contract for Service (CFS), Contract of Service (COS), pegawai sambilan harian dan lantikan MySTEP.
Bantuan Khas Kewangan 2025 ini menjadi bukti bahawa kerajaan amat menitikberatkan kebajikan penjawat awam yang berkhidmat untuk negara.
Justeru ramai penjawat awam tertanya-tanya bilakah bantuan khas kewangan bagi tahun 2025 akan disalurkan?
Isi Kandungan
Baca juga: Semak Bantuan MyKasih: Status Layak Dan Jumlah Kelulusan
Apa itu Bantuan Khas Kewangan 2025
Bantuan khas kewangan adalah bonus kewangan diberi oleh kerajaan kepada kakitangan perkhidmatan awam dan pesara kerajaan.
Kelayakan Bantuan Khas Kewangan 2025
Kelayakan secara automatik diberikan kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana, Gred 15 dan ke bawah (setara Gred 56 ke bawah) termasuk pegawai lantikan kontrak Contract for Service (CFS), Contract of Service (COS), pegawai sambilan harian, lantikan MySTEP dan pesara kerajaan.
Jumlah Bayaran Bantuan Khas Kewangan 2025

- Pesara Kerajaan: RM250.00
- Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana, Gred 15 dan ke bawah (setara Gred 56 ke bawah) termasuk pegawai lantikan kontrak Contract for Service (CFS), Contract of Service (COS), pegawai sambilan harian, lantikan MySTEP : RM500.00
Tarikh Pembayaran Bantuan Khas Kewangan

Tarikh Pembayaran Bayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2025 akan dibayar bersekali dengan bayaran emolumen penjawat awam bulan Februari iaitu pada 25 Februari 2025 (Selasa).
Siaran Media Bantuan Khas Kewangan Tahun 2025

Bantuan Khas Kewangan (Bonus Penjawat Awam & Pesara 2025)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam gred 56 ke bawah sebanyak RM500 dan pesara kerajaan sebanyak RM250.
“Bulan Disember 2024 ada kenaikan, bulan Januari ada kenaikan, bulan Februari 2025 ada bonus. Alhamdulillah.”
Demikian reaksi beliau ketika membentangkan peruntukan untuk kelompok penjawat awam menerusi Belanjawan 2025.
Anwar turut mengingatkan kakitangan awam untuk terus memberikan komitmen terbaik selaras dengan ‘ganjaran’ yang diberikan.
Sementara itu bagi terus memelihara kesejahteraan penjawat awam, kerajaan mengumumkan beberapa peruntukan termasuk menyediakan lebih RM1.8 bilion bagi membina, menyelenggara dan membaik pulih semua kuarters penjawat awam.
Perdana Menteri, berkata ia membabitkan kuarters termasuk guru, doktor, anggota polis, bomba, penjara dan Rumah Keluarga Angkatan Tentera.
“Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) akan memperkenalkan Skim Pembiayaan PerumahanMuda untuk penjawat awam muda memohon pembiayaan perumahan sehingga 40 tahun,” katanya.
Kerajaan akan meluaskan dan memudahkan Skim Ex-Gratia bencana kerja bagi memperkasa perlindungan sosial kepada semua penjawat awam di negara ini.
Anwar berkata bayaran faedah Ex-Gratia Operasi sehingga RM50,000 akan diberikan bagi bencana kerja mulai tahun ini kepada anggota pasukan keselamatan dan penguatkuasaanyang hilang upaya kekal semasa dalam operasi.
Selain itu, katanya bayaran faedah Ex-Gratia Pukal sebanyak RM20,000 turut diberikan sebagai tambahan kepada waris bagi kes kematian bencana kerja mulai tahun ini.
“Kadar Elaun Layanan Sentiasa dinaikkan kepada RM1,500 ketimbang RM500 mulai 1 Januari 2025 termasuk kepada penerima sedia ada,” katanya.
Penafian
Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Maklumat Artikel diperolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.
Kami Komited untuk menyediakan maklumat terkini mengenai bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia, dengan tujuan untuk berkongsi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Penulisan ini bertujuan untuk menyampaikan informasi yang sahih dan terkini, agar pelawat laman web kami dapat memperoleh maklumat terbaru mengenai bantuan yang tersedia.
Sumber: Ecentral