Bantuan Lesen Percuma 2025 (MyLesen B2): Panduan Rasmi, Syarat & Cara Mohon

Program bantuan lesen percuma 2025 merujuk kepada program Mylesen B2 yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dibawah Kementan Pengangkutan Malaysia (MOT).

Inisiatif ini menaja sepenuhnya kos mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 (motorsikal bawah 250cc) kepada golongan sasaran khususnya belia dan isi rumah B40.

Bagi meningkatkan peluang pekerjaan serta meningkatkan keselamatan jalan raya, MOT mengumumkan penambahan 10,000 kuota bagi separuh kedua tahun 2025 selepas hampir 15,000 kuota separuh pertama telah diisi.

Baca juga: Pengeluaran Khas KWSP Akaun 3: Syarat, Prosedur & Perkara Penting

Apakah Bantuan Lesen Percuma 2025?

bantuan lesen memandu b2

Bantuan lesen percuma merupakan bantuan yang ditawarkan oleh pihak JPJ kepada golongan belia dan isi rumah khususnya B40 untuk mendapat lesen B2 secara percuma bertujuan meningkatkan mobiliti dan kesejahteraan di jalan raya.

Bantuan ini memudahkan akses pekerjaan dan pendidikan terutamanya dikawasan terpencil yang tiada akses kepada pengangkutan awam. Selain itu, bantuan ini dapat mengurangkan penunggang tanpa lesen yang tidak mempunyai latihan dan ujian rasmi JPJ.

Ringkasan Bantuan Lesen Percuma

  • Nama program: Program MyLesen B2 (Lesen motosikal B2 percuma).
  • Pelaksana: JPJ & MOT.
  • Sasaran: Belia & B40/tanggungan yang belum memiliki lesen.
  • Status Kuota: Tambahan 10,000 kuota untuk separuh kedua tahun 2025.

Syarat Kelayakan Bantuan Lesen Percuma

Syarat Kelayakan berbeza mengikut negeri, namun hebahan rasmi jpj secara lazimnya menetapkan garis panduan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 16-35 tahun (belia)
  • Golongan B40
  • Belum memiliki sebarang lesen memandu
  • Bebas senarai hitam (JPJ/PDRM/Mahkamah)

Nota: Syarat khusus/kuota setiap negeri ditetapkan oleh JPJ negeri & sekolah memandu bertauliah.

Cara Mohon Bantuan Lesen Percuma 2025

Berikut adalah cara untuk anda memohon bantuan lesen percuma B2 yang disediakan oleh JPJ dan MOT.

Pantau Pengumuman JPJ: Rujuk portal rasmi JPJ dan akaun rasmi JPJ negeri untuk pembukaan permohonan dan kuota negeri anda.

Baca Notis Bantuan: Notis bantuan akan menyatakan kuota, tarikh, dan dokumen yang diperlukan sebagai contoh salinan mykad.

Hantar Permohonan: Ikut arahan dalam hebahan (borang/QR/link,serahan JPJ). Hebahan rasmi akan menyenaraikan pusat latihan memandu yang terlibat.

Ikuti Latihan & Ujian: Peserta yang diluluskan akan menjalani KPP01, latihan praktikal & ujian JPJ sehingga lulus dan lesen diserahkan secara rasmi.

Senarai Pelaksanaan Bantuan Lesen Percuma mengikut Negeri

bantuan lesen percuma b2 penang
bantuan lesen percuma perak
bantuan lesen percuma
  • Pulau Pinang (2025): 993 penerima layak menerima lesen B2 di bawah MyLesen B2.
  • Selangor (2025): 1,200 penerima layak direkodkan melalui MyLesen B2.
  • Kedah (2025): JPJ berharap lebih ramai pelajar B40 memanfaatkan program MyLesen B2; majlis penyerahan lesen peringkat negeri berlangsung 10 Ogos 2025.
  • Kebangsaan (10 Julai 2025): MOT tambah 10,000 kuota untuk separuh kedua 2025, selepas kadar pengisian 97% daripada 15,000 kuota awal.

Soalan Lazim Bantuan Lesen Percuma

Adakah Bantuan Ini Benar benar Percuma?

Ya, ia ditaja kerajaan untuk kos yang ditetapkan program (latihan/ujian berkaitan lesen B2), tertakluk syarat & peruntukan kuota. Rujuk notis negeri untuk skop pembiayaan dan komponen yang ditanggung.

Bila Permohonan Dibuka?

Tarikh pembukaan mengikut negeri dan diumumkan melalui hebahan JPJ negeri. Semak berkala akaun rasmi JPJ negeri/Portal JPJ.

Saya sudah ada lesen lain (contoh L kereta). Masih boleh mohon?

Secara am, syarat lazim menyebut belum memiliki sebarang lesen memandu. Sila rujuk syarat negeri untuk kepastian.

Sumber rujukan:

  • MOT/JPJ (Nasional): Pengumuman tambahan 10,000 kuota MyLesen B2 bagi 2025 (10 Julai 2025) – RTM & Bernama. BERNAMA
  • Portal Rasmi: JPJ & MyGOV untuk panduan lesen memandu & saluran rasmi. JPJ & MyGOV

Leave a Comment