Bantuan MyKad: Senarai Penerima Layak SARA 2025

Sumbangan Asas Rahmah atau dikenali sebagai SARA menjadi harapan kepada golongan yang kurang bernasib baik kerana dengan bantuan mykad ini, mereka mampu untuk menampung perbelanjaan barang dapur setiap bulan.

Bantuan ini merupakan inisiatif kerajaan dalam memberi sokongan kepada lapisan masyarakat yang berkelayakan dalam menampung kos perbelanjaan yang kian hari makin meningkat.

Baca Juga : Bantuan Nelayan RM300 Sebulan: Bantuan Sara Hidup Nelayan Laut (ESHN)

Apa Itu Bantuan Mykad

Bantuan Mykad merupakan salah satu inisiatif kerajaan menangani kos sara hidup dengan menyalurkan bantuan dalam bentuk kewangan terus kedalam Mykad penerima setiap bulan.

Jumlah Bantuan Mykad

BANTUAN MYKAD

Jumlah bantuan yang diagihkan terbahagi kepada 2 kategori kelayakan iaitu “penerima STR & ekasih” dan “penerima STR sahaja” :

  • Kategori Penerima STR & eKasih:
    • Isi Rumah – RM2100
    • Warga Emas Tiada Pasangan – RM1650
    • Bujang – RM600
  • Kategori Penerima STR sahaja:
    • Isi Rumah – RM900
    • Warga Emas Tiada Pasangan – RM450

Jadual Pembayaran Bantuan Terkini MyKasih 2025

Penerima akan menerima bantuan mykad bulanan sebanyak RM100 / RM50 secara bulanan selama setahun melalui MyKad mereka untuk membeli barang keperluan asas terpilih.

Pembayaran pertama akan dilakukan mulai 22 Januari 2024 manakala bayaran seterusnya mulai Februari 2024 akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 hari bulan setiap bulan seperti jadual berikut:

Kategori STR (Miskin dan Miskin Tegar)Kategori STR Sahaja
BulanIsi Rumah & Warga Emas Tiada Pasangan Bujang
Januari 2024RM 100RM 50
Februari 2024RM 100RM 50
Mac 2024RM 100RM 50
April 2024RM 100RM 50
Mei 2024RM 100RM 50
Jun 2024RM 100RM 50
Julai 2024RM 100RM 50
Ogos 2024RM 100RM 50
September 2024RM 100RM 50
Oktober 2024RM 100RM 50
November 2024RM 100RM 50
Disember 2024RM 100RM 50
JumlahRM 1200RM 600

Syarat Kelayakan Bantuan Mykad

Syarat kelayakan Bantuan Terkini Mykasih terhad kepada:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

Cara Mohon Bantuan Mykad Online

Permohonan bantuan mykad boleh dilakukan dengan melayari laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah Atau melalui Portal E-Kasih .

Melalui E-Kasih.

  1. Sila hadir dan rujuk kepada Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri.
  2. Isi borang dan maklumat yang diperlukan.
  3. Lampirkan dokumen sokongan yang diperlukan.
  4. Semakan kelayakan boleh dilakukan secara online di pautan: https://ekasih2.icu.gov.my/#menu2

Melalui Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah.

  1. Pada Laman Utama MySTR 2025, Klik butang “Permohonan Baharu”.
  2. Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  3. Jika Status Perkahwinan Pemohonan adalah Berkahwin, Maklumat Pasangan dan Anak perlu diisi dengan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori untuk diisi.
  4. Pastikan segala maklumat yang diberikan adalah sah dan betul.
  5. Sahkan permohonan dan tekan butang “Hantar”.
  6. Permohonan akan diproses dalam waktu 7-21 hari bekerja.

Cara Semak Kelayakan Bantuan MyKad

Semakan Kelayakan boleh dibuat melalui kaedah yang berikut:

  1. Surat Pemakluman
    • Surat lulus STR 2025 dan SARA ke alamat berdaftar dalam permohonan STR
      .
  2. Sistem Pesanan Ringkas (SMS blast)
    • Penerima bantuan yang layak akan menerima SMS atau Whatsapp daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini.
    • Akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem MyKasih di mana elaun perbelanjaan akan direkodkan.
      .
  3. Semakan melalui portal
  4. Hubungi
    • BKK HASiL: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
    • MOF: 03-8882 4565 / 4566
    • MyKasih: 03-7720 1800

Senarai Kedai Bantuan MyKad Mengikut Negeri

Senarai penuh kedai mykasih mengikut negeri boleh dirujuk melalui dua cara iaitu secara manual ataupun melalui aplikasi mykasih. rujuk pautan dibawah untuk senarai lengkap mengikut negeri:

Sebenarnya ada cara lebih mudah untuk menyemak dengan lengkap senarai kedai yang diluluskan penggunaan bantuan mykad iaitu melalui laman web MyKasih di pautan berikut : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list

Pautan diatas memaparkan secara lengkap kedai yang membolehkan penggunaan bantuan mykad. pelbagai barangan yang boleh dibeli menggunakan bantuan ini.

Senarai Barang Bantuan Mykad Yang Diluluskan

Barangan asas yang diluluskan pembelian menggunakan bantuan ini termasuklah:

  • Minyak masak
  • Beras
  • Telur
  • Biskut
  • Minuman
  • Makanan Dalam Tin
  • Produk Kebersihan
  • Ubat-Ubatan
  • Roti
  • Tepung
  • Mee Segera
  • Bahan Perasa
  • Barangan Sekolah

Barang Bantuan Mengikut Jenama

Rujuk jadual dibawah untuk menyemak jenama bantuan yang diluluskan:

BANTUAN MYKAD MENGIKUT JENAMA
BarangJenama Rasmi
BerasJasmine, Jati, Cap Rambutan, Saga, Bernas, Faiza
Minyak masakSeri Murni, Saji, Buruh, Vesawit, Daisy, Knife
TelurNutriplus, QL Eggs, CP
BiskutMunchy’s, Julie’s Kerk, Tiger, Kraft Foods, Chips More, Jacobs, Hwa Tai, Hup Seng
MinumanBoh, Ducth Lady, Milo, Fernleaf, Nescafe, F&N, Horlicks, Quaker, Marigold, Vico
Ubat-UbatanProspan, Hurix’s Sterimar, Panadol, Difflam
Barangan SekolahStabilo, Staedtler, Bata, Faber Castell, Canggih
Makanan dalam tinTC Boy, Adabi, Kimball, Yeos, Ayam Brand, King Cup
RotiMassimo, Gardenia, Mighty White
TepungBlue Key, Faiza, Cap Ros, Cap Lili, Cap Sauh,
Mee SegeraIndo Mie, MAMEE, Mie Sedaap, EKA, Maggi, Cintan
Bahan PerasaPuteri, Kimball, Maggi, CSR, Tamin, Life, Jalen, Faiza, Planta
Produk KebersihanColgate, Kotex, Dettol

Langkah Pembelian Bantuan Di Kedai dan Pasaraya

6 langkah mudah untuk membeli menggunakan bantuan seperti berikut:

CARA BELI BANTUAN MYKAD
  1. Pilih barang keperluan:
    Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk Mykad untuk pengesahan:
    tunjukkan Mykad kepada Juruwang untuk semakan.
  3. Tukar Nombor Pin:
    Penerima bantuan perlu menukar nombor pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor pin baharu.
  4. Imbas Kod Barangan:
    Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Menggunakan MyKad:
    Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  6. Simpan Resit Untuk Semakan:
    Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

Cara Semak Baki Bantuan Mykad

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Senarai Barang Mykasih, sila pergi ke laman web di pautan :

Atau boleh menghubungi atau menghadirkan diri ke pihak My Kasih yang Beralamat di :

MyKasih Foundation
Level 3, DIALOG TOWER,
No. 15, Jalan PJU 7/5,
Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA.


Dedicated Line(s) for MyKasih Recipients
Tel: (603) 7720 1800
(Mon – Fri, Normal Business Hours)
Dedicated Line(s) for Merchants
Tel: (603) 7720 1900
(Mon – Fri, Normal Business Hours)
Email
info@mykasih.com

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Maklumat Artikel diperolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Kami Komited untuk menyediakan maklumat terkini mengenai bantuan dan info yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia, dengan tujuan memudahkan carian pengguna.

Penulisan ini bertujuan untuk menyampaikan informasi yang sahih dan terkini, agar pelawat laman web kami dapat memperoleh maklumat terbaru yang tersedia.

Leave a Comment