Bantuan Mykad RM100 Untuk Semua: Cara Guna & Senarai Kedai Terpilih

Dalam satu pengumuman rasmi oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, bantuan mykad RM100 akan disalurkan kepada seluruh rakyat malaysia yang berumur 18 tahun keatas.

Bantuan RM100 ini akan dimasukkan kedalam mykad setiap penerima, konsep yang sama seperti bantuan tambahan STR iaitu Sumbangan Asas Rahmah. Berikut adalah cara untuk menggunakan bantuan Mykad RM100 Sumbangan Asas Rahmah.

Baca juga: STR 2025: Semak Tarikh Bayaran Fasa 3 STR 2025

Apa itu Bantuan Mykad RM100

Pada 23 Julai 2025, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan tunai sekali RM100 kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas, yang disalurkan terus melalui MyKad. Bantuan ini di bawah inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Setiap individu layak menerima RM100, tanpa mengira jumlah isi rumah.

Bantuan boleh digunakan mulai 31 Ogos hingga 31 Disember 2025 di lebih 4,100 premis seperti Mydin, Lotus’s, Econsave, 99 Speedmart dan kedai runcit terpilih. Ia hanya boleh digunakan untuk barangan keperluan asas dalam 14 kategori termasuk beras, minyak masak, makanan dalam tin, ubat-ubatan dan barangan kebersihan.

Tarikh Bayaran Bantuan Mykad RM100

Bantuan Mykad RM100 yang diumumkan oleh perdana menteri disalurkan kedalam mykad penerima bermula pada 31 ogos 2025. Bantuan ini boleh digunapakai di kedai dan pasaraya yang berdaftar dibawah program SARA.

Syarat Mendapat Bantuan Mykad RM100

Syarat untuk mendapat bantuan Mykad RM100 mestilah warganegara Malaysia yang sah, mempunyai Mykad & berumur 18 tahun keatas.

Setiap individu yang memenuhi kriteria diatas akan mendapat RM100 tanpa perlu membuat sebarang permohonan.

Senarai Kedai Berdaftar Bantuan Mykad

Senarai Kedai yang berdaftar boleh disemak melalui laman web Mykasih di pautan : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list .

Masukkan Nama Bandar, Negeri dan tekan pada butang “cari”.

bantuan mykad rm100

Senarai Kedai dan Pasaraya Untuk Tebus Bantuan Mykad

Antara kedai dan pasaraya yang berdaftar dengan bantuan SARA adalah seperti senarai berikut:

  1. Target Supermarket
  2. Econsave Cash & Carry
  3. Fresh Hub
  4. Pasaraya Borong Bersatu
  5. Econo Jaya
  6. Fresh 365
  7. Pasar Mini Pokok Sena
  8. 99 Speedmart
  9. Mydin Wholesale Hypermarket
  10. Econmart
  11. Pasaraya Econjaya
  12. PKT Tendong
  13. Kemahang Mini Market
  14. Mydin MITC
  15. R6 Mart
  16. Pasar Mini Muhammad
  17. Pasaraya Millennium
  18. TF Value Mart
  19. Tunas Manja Supermarket
  20. Mempaga Fresh
  21. Giant Superstore GXKT
  22. Nirwana Hypermarket
  23. Pasaraya Barakah
  24. Sunshine Jelutong
  25. Lotus’s
  26. Pasaraya Econo
  27. The Store
  28. Pasaraya Karim
  29. D’Putra Mart
  30. Agrobazaar Rakyat
  31. Hameed Mini Market
  32. Milimewa Superstore
  33. Servay Express
  34. Bataras Cash & Carry
  35. Sen Sen Departmental Store
  36. H&L Retail
  37. Eco-Shop Boulevard
  38. Gmart
  39. Kuek Brothers Co
  40. Rezki Tanjung Mini Market
  41. Segi Fresh
  42. Giant Hypermarket
  43. U Seng Mini Market & Store
  44. Treleaf Mart
  45. Mydin Mart
  46. Mydin Emporium
  47. Hero Market
  48. Giant Supermarket

Cara menggunakan Bantuan Mykad

  1. Pilih Barangan Keperluan
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
  3. Imbas Kod Barangan
  4. Bayar Menggunakan MyKad
  5. Simpan Resit Untuk Semakan

Senarai Barangan Yang Terpilih Untuk Bantuan Mykad

  1. Beras
  2. Roti
  3. Telur & Ayam Segar
  4. Minyak Masak
  5. Tepung
  6. Biskut & Snek Ringan
  7. Mi Segera (contohnya: Mamee, Maggi, IndoMie)
  8. Minuman (contohnya: Milo, Dutch Lady, Marigold, Nescafé, F&N)
  9. Makanan Dalam Tin (contohnya: sardin, tuna, sarapan kaya kandungan)
  10. Bahan Perasa & Sos (contohnya: garam, gula, kicap, sos, marjerin, stok ayam)
  11. Produk Kebersihan & Diri (sabun mandi, syampu, ubat gigi, tuala wanita)
  12. Ubat‑Ubat Asas (ubat demam, batuk/selsema, painkiller seperti Panadol)
  13. Barangan Persekolahan (alat tulis, pakaian sekolah, kasut sekolah, beg)
  14. Barangan Pembersihan Rumah (sabun cuci pinggan, pencuci lantai, deterjen, cecair pencuci pinggan

Soalan Lazim Bantuan Mykad RM100

Siapa layak?

Semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas, MyKad sah.

Bila boleh guna?

31 Ogos 2025 – 31 Disember 2025

Perlu daftar?

Tidak

Leave a Comment