Semak Bantuan Mykad RM200: Senarai Penerima Sara Terkini

SEMAK DISINI BANTUAN MYKAD RM200 : PENERIMA SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025 RM 200 SETIAP BULAN BERJUMLAH RM 2,100.00

Semakan Bantuan MyKad RM200 melalui Program bantuan kerajaan yang dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah . Sumbangan Asas Rahmah diwujudkan sebagai bantuan tambahan bagi golongan miskin & miskin tegar untuk menyokong mereka menangani kos sara hidup yang semakin meningkat.

Bentuk bantuan yang disalurkan adalah melalui MyKad penerima bantuan, sebanyak maksimum RM200 dikreditkan kedalam mykad penerima dan penerima boleh membeli barang bantuan di kedai terpilih menggunakan MyKad.

Baca Juga : Senarai Bantuan Terkini Bagi Tahun 2025 Kerajaan Malaysia

Apa Itu Bantuan MyKad RM200

Bantuan MyKad RM200 merupakan sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah. diberikan kepada keluarga berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih.

Program bantuan tambahan yang diberikan oleh Kerajaan kepada Golongan Miskin dan Miskin Tegar dinaikkan Sebanyak RM2,100 pada Tahun 2025.

Hikmah bantuan ini agar penerima boleh membeli barangan keperluan asas terpilih menggunakan kad pengenalan di kedai runcit dan pasaraya yang berdaftar.

Jumlah Bantuan Mykad RM200

Bantuan tanpa tunai melalui mykad boleh digunakan untuk membeli barang dapur keperluan yang diluluskan oleh kerajaan, jumlah bantuan Mykad RM200 adalah seperti dibawah:

KATEGORI PENERIMABAYARAN BULANAN
(RM)
JANUARI – MAC
BAYARAN BULANAN
(RM)
APRIL – DISEMBER
JUMLAH KESELURUHAN BANTUAN SARA 2025
(RM)
Isi Rumah
(STR & eKasih)
RM 100RM 200RM 2,100
Warga Emas Tiada Pasangan
(STR & eKasih)
RM 100RM 150RM 1,650
Bujang
(eKasih & STR)
RM 50RM 50RM 600
Isi Rumah
(STR sahaja)
RM 100RM 900
Warga Emas Tiada Pasangan
(STR sahaja)
RM 50RM 450

Cara Semak Kelayakan Bantuan MyKad RM200

Bantuan MyKad RM200

Semakan Kelayakan boleh dibuat melalui kaedah yang berikut:

  1. Surat Pemakluman
    • Surat lulus STR 2025 bersekali kelayakan SARA kepada alamat berdaftar dalam permohonan STR
      .
  2. Sistem Pesanan Ringkas (SMS blast)
    • Penerima SARA yang layak akan menerima SMS atau Whatsapp daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.
    • Akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem MyKasih di mana elaun perbelanjaan akan direkodkan.
      .
  3. Semakan terus melalui portal rasmi
  4. Menghubungi
    • Semakan kelayakan SARA
      • BKK HASiL: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
      • Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566
    • Semakan pelaksanaan SARA
      • Hubungi MyKasih: 03-7720 1800

Jadual Pembayaran Bantuan Mykad RM200

Pembayaran bantuan akan disalurkan pada awal setiap bulan Hari Bekerja . Jadual Penuh setiap bulan adalah seperti berikut :

BulanTarikhMasa
Januari1 Januari8:00 AM
Februari1 Februari8:00 AM
Mac1 Mac8:00 AM
April1 April8:00 AM
Mei1 Mei8:00 AM
Jun1 Jun8:00 AM
Julai1 Julai8:00 AM
Ogos1 Ogos8:00 AM
September1 September8:00 AM
Oktober1 Oktober8:00 AM
November1 November8:00 AM
Disember1 Disember8:00 AM

Cara Beli Bantuan MyKad RM200 Di Kedai dan Pasaraya

Ikuti Langkah Berikut untuk Pembelian Bantuan MyKad RM200 :

  1. Pilih barang keperluan:
    Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk Mykad untuk pengesahan:
    Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Tukar Nombor Pin:
    Penerima bantuan perlu menukar nombor pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor pin baharu.
  4. Imbas Kod Barangan:
    Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Menggunakan MyKad:
    Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  6. Simpan Resit Untuk Semakan:
    Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
bantuan mykad rm200

Semak Baki Bantuan

bantuan mykad rm200

Maklumat Lanjut Bantuan MyKad RM200 :

Maklumat lanjut mengenai Bantuan MyKad RM200, sila pergi ke laman web di pautan :

Atau boleh menghubungi atau menghadirkan diri ke pihak My Kasih yang Beralamat di :

MyKasih Foundation
Level 3, DIALOG TOWER,
No. 15, Jalan PJU 7/5,
Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA.


Dedicated Line(s) for MyKasih Recipients
Tel: (603) 7720 1800
(Mon – Fri, Normal Business Hours)
Dedicated Line(s) for Merchants
Tel: (603) 7720 1900
(Mon – Fri, Normal Business Hours)
Email
info@mykasih.com

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Maklumat Artikel diperolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Kami Komited untuk menyediakan maklumat terkini mengenai bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia, dengan tujuan untuk berkongsi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Penulisan ini bertujuan untuk menyampaikan informasi yang sahih dan terkini, agar pelawat laman web kami dapat memperoleh maklumat terbaru mengenai bantuan yang tersedia.

1 thought on “Semak Bantuan Mykad RM200: Senarai Penerima Sara Terkini”

Leave a Comment