Bantuan MyKasih 2025: Siapa Layak Terima RM2,100? Ini Cara Semak Status Anda

Bantuan MyKasih 2025: Siapa Layak Terima RM2,100? Ini Cara Semak Status Anda

Setiap bulan, Kerajaan akan mengkreditkan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih ke dalam MyKad bagi 5.4 juta penerima yang layak, iaitu rakyat dewasa Malaysia yang terpilih.

Bagaimana cara untuk menyemak kelayakan Bantuan MyKad? Ikuti panduan dan maklumat lanjut di bawah.

Baca juga: Pendaftaran Mykasih 2025 Layak Bantuan SARA RM200 Sebulan

Manfaat Bantuan Mykasih 2025

Berikut adalah beberapa manfaat yang diterima melalui Bantuan MyKasih 2025:

  • Bantuan akan dikreditkan secara automatik ke dalam MyKad setiap bulan.
  • Penerima boleh membuat pembayaran tanpa tunai (cashless) menggunakan MyKad.
  • Sistem selamat dengan nombor PIN 6 digit yang hanya diketahui oleh pemegang MyKad.
  • Memudahkan pembelian barangan keperluan harian menggunakan bantuan ini.
  • Boleh digunakan di lebih daripada 1,200 kedai dan pasaraya di seluruh Malaysia.
  • Baki bantuan yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya dan boleh digabungkan dengan bantuan bulan semasa.
  • Bantuan sah digunakan sehingga 31 Disember 2025.

Jumlah Bantuan MyKasih Yang Dikreditkan Pada Tahun 2025

statistik penerima bantuan mykasih 2025

Berikut merupakan jumlah bantuan MyKasih yang dikreditkan pada tahun 2025 mengikut kelayakan penerima.

Kategori PenerimaJumlah Bantuan MyKad (RM) Penerima Miskin & Miskin TegarJumlah Bantuan MyKad (RM) Penerima Asas Bukan Miskin
Isi Rumah2,100900
Warga Emas1,650450
Bujang600

Jadual Pengkreditan Bantuan MyKasih 2025

Bantuan MyKad akan dikreditkan setiap bulan mengikut jadual berikut:

Tarikh PengkreditanPenerima Miskin & Miskin Tegar (RM)Penerima Asas Bukan Miskin (RM)
Sesi 1:
15 Januari 2025 (Rabu)Isi Rumah: RM100 sebulan
1 Februari 2025 (Sabtu)Warga Emas: RM100 sebulan
1 Mac 2025 (Sabtu)Bujang: RM50 sebulan
Sesi 2:
1 April 2025 (Selasa)Isi Rumah: RM200 sebulanIsi Rumah: RM100 sebulan
1 Mei 2025 (Khamis)Warga Emas: RM150 sebulanWarga Emas: RM50 sebulan
1 Jun 2025 (Ahad)Bujang: RM50 sebulanBujang: Tiada
1 Julai 2025 (Selasa)
1 Ogos 2025 (Jumaat)
1 September 2025 (Isnin)
1 Oktober 2025 (Rabu)
1 November 2025 (Sabtu)
1 Disember 2025 (Isnin)

Semak Kelayakan Bantuan MyKasih 2025

Berikut adalah cara-cara semak kelayakan anda menrima bantuan MyKad :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik semakan Kelayakan
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang Semakan Status.
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang Semak Kelayakan.
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian Semakan Permohonan
  9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

Rujukan

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Maklumat Artikel diperolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Kami Komited untuk menyediakan maklumat terkini mengenai bantuan dan info yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia, dengan tujuan memudahkan carian pengguna.

Penulisan ini bertujuan untuk menyampaikan informasi yang sahih dan terkini, agar pelawat laman web kami dapat memperoleh maklumat terbaru yang tersedia.

Leave a Comment