Semakan Bantuan MyKasih RM200 mengikut kategori kelayakan disini, isi rumah yang layak mendapat maksimum RM2,100 manakala Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan akan mendapat maksimum RM600.
Agihan Bantuan SARA 2025 melalui mykad penerima , penerima boleh membeli barangan dikedai runcit dan pasaraya terpilih diseluruh negara hanya menggunakan Mykad sahaja.
kaedah agihan bantuan melalui mykad telah diperluas ke negeri sabah dan sarawak pada tahun 2025 berbanding tahun 2024 hanya dilaksanakan disemenanjung malaysia. Semak Sekarang Kelayakan Bantuan MyKasih RM200
Isi Kandungan
Baca Juga: Permohonan Flysiswa: Bantuan Subsidi Pembelian Tiket Flysiswa
Apa Itu Bantuan MYKASIH RM200
Bantuan MyKasih RM200 atau dikenali saebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan program bantuan bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan bebanan kos sara hidup.
Program sumbangan ini adalah untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi MADANI.
Kategori Bantuan MYKASIH RM200
Kategori bantuan MyKasih terbahagi kepada 2 iaitu :
- Kategori MyKasih Miskin Tegar dan Miskin eKasih:
- Warganegara Malaysia.
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 untuk kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tiada Pasangan.
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar atau Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- Kategori MyKasih Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan STR 2025:
- Warganegara Malaysia.
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 untuk kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.
Jumlah Bantuan MySARA RM200
Bantuan tanpa tunai melalui mykad boleh digunakan untuk membeli barang dapur keperluan yang diluluskan oleh kerajaan, jumlah bantuan Mykad RM200 adalah seperti dibawah:
KATEGORI PENERIMA | JAN – MAC | APR – DIS | JUMLAH |
---|---|---|---|
Isi Rumah (STR & eKasih) | RM 100 | RM 200 | RM 2,100 |
Warga Emas Tiada Pasangan (STR & eKasih) | RM 100 | RM 150 | RM 1,650 |
Bujang (eKasih & STR) | RM 50 | RM 50 | RM 600 |
Isi Rumah (STR sahaja) | – | RM 100 | RM 900 |
Warga Emas Tiada Pasangan (STR sahaja) | – | RM 50 | RM 450 |
Jadual Bayaran Bantuan MyKASIH RM200
Pembayaran bantuan akan disalurkan pada awal setiap bulan Hari Bekerja . Jadual Penuh setiap bulan adalah seperti berikut :
Bulan | Tarikh | Masa |
---|---|---|
Januari | 1 Januari | 8:00 AM |
Februari | 1 Februari | 8:00 AM |
Mac | 1 Mac | 8:00 AM |
April | 1 April | 8:00 AM |
Mei | 1 Mei | 8:00 AM |
Jun | 1 Jun | 8:00 AM |
Julai | 1 Julai | 8:00 AM |
Ogos | 1 Ogos | 8:00 AM |
September | 1 September | 8:00 AM |
Oktober | 1 Oktober | 8:00 AM |
November | 1 November | 8:00 AM |
Disember | 1 Disember | 8:00 AM |

Cara Mohon Bantuan MyKASIH RM200
Berikut adalah cara memohon Bantuan Mykad RM200 melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025:
- Daftar/Pastikan Kelayakan:
- Isi rumah: Pendapatan ≤ RM5,000.
- Warga emas tiada pasangan: ≥60 tahun, pendapatan ≤ RM5,000.
- Bujang: Pendapatan ≤ RM2,500.
- Kemaskini Maklumat:
- Akses Portal STR: bantuantunai.hasil.gov.my.
- Log masuk dengan No. Kad Pengenalan dan kata laluan.
- Kemaskini data seperti alamat, status perkahwinan, dan maklumat bank.
- Sediakan Dokumen:
- Salinan Kad Pengenalan (pemohon & pasangan).
- Sijil perkahwinan/penceraian (jika berkenaan).
- Penyata pendapatan (contoh: slip gaji, penyata KWSP).
- Penyata akaun bank.
- Hantar Permohonan:
- Isi borang permohonan di Portal STR.
- Pilih kategori (Isi Rumah/Warga Emas/Bujang).
- Muat naik dokumen dalam format PDF/JPEG (saiz fail ≤ 2MB).
- Klik “Hantar”
- Semak Status Permohonan:
- Log masuk ke Portal STR > “Semakan Status”.
- Masukkan No. Kad Pengenalan.
Cara Semak Kelayakan Bantuan MyKASIH RM200
Semakan Kelayakan boleh dibuat melalui kaedah yang berikut:
- Surat Pemakluman
- Surat lulus STR 2025 bersekali kelayakan SARA kepada alamat berdaftar dalam permohonan STR
.
- Surat lulus STR 2025 bersekali kelayakan SARA kepada alamat berdaftar dalam permohonan STR
- Sistem Pesanan Ringkas (SMS blast)
- Penerima SARA yang layak akan menerima SMS atau Whatsapp daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.
- Akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem MyKasih di mana elaun perbelanjaan akan direkodkan.
.
- Semakan terus melalui portal rasmi
- Semakan kelayakan SARA • Portal rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal rasmi MyKasih https://www.mykasih.com.my
.
- Menghubungi
- Semakan kelayakan SARA
- BKK HASiL: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
- Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566
- Semakan pelaksanaan SARA
- Hubungi MyKasih: 03-7720 1800
- Semakan kelayakan SARA
Cara Pembelian Bantuan MyKASIH RM200 Di Kedai Runcit dan Pasaraya
6 Langkah Pembelian Barang Keperluan SARA di kedai Seperti Berikut :

- Pilih barang keperluan:
Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga. - Tunjuk Mykad untuk pengesahan:
Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan. - Tukar Nombor Pin:
Penerima bantuan perlu menukar nombor pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor pin baharu. - Imbas Kod Barangan:
Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Menggunakan MyKad:
Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian. - Simpan Resit Untuk Semakan:
Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
Cara Menyemak Baki Bantuan MyKASIH
- Semakan Baki Bantuan Barang Dapur boleh dilakukan melalui portal rasmi MyKasih di pautan: https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus atau
- Melalui aplikasi Mykasih: https://mykasih.com.my/mykasih-app/ atau
- Melalui Semakan Resit Pembelian :

Maklumat Lanjut Bantuan SARA RM200 :
Maklumat lanjut mengenai Bantuan SARA RM200, sila pergi ke laman web di pautan :
- MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Atau boleh menghubungi atau menghadirkan diri ke pihak My Kasih yang Beralamat di :
MyKasih Foundation
Level 3, DIALOG TOWER,
No. 15, Jalan PJU 7/5,
Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA.
Dedicated Line(s) for MyKasih Recipients
Tel: (603) 7720 1800
(Mon – Fri, Normal Business Hours)
Dedicated Line(s) for Merchants
Tel: (603) 7720 1900
(Mon – Fri, Normal Business Hours)
Email
info@mykasih.com
Penafian
Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Maklumat Artikel diperolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.
Kami Komited untuk menyediakan maklumat terkini mengenai bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia, dengan tujuan untuk berkongsi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Penulisan ini bertujuan untuk menyampaikan informasi yang sahih dan terkini, agar pelawat laman web kami dapat memperoleh maklumat terbaru mengenai bantuan yang tersedia.