Bantuan OKU JKM Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah sebahagian daripada insentif yang diberikan kepada pekerja OKU agar terus bekerja, mampu berdikari dan sentiasa produktif.
Permohonan dibuka sepanjang tahun, rujuk dibawah syarat, cara permohonan dan jumlah bantuan yang akan diterima setiap bulan. Diharapkan insentif ini dapat meringankan beban serta meningkatkan semangat golongan OKU untuk terus menjadi sebahagian masyarakat yang berguna.
Baca juga: Bantuan Kanak Kanak JKM: Borang Permohonan Dan Kemaskini 2025
Isi Kandungan
Apa itu Bantuan OKU JKM
Bantuan OKU merupakan insentif yang disediakan oleh jabatan kebajikan masyarakat kepada golongan Orang Kurang Upaya yang bekerja agar dapat terus bekerja dan menjadi produktif.
Jumlah Bantuan OKU JKM
Kadar bantuan yang diberikan adalah sebanyak RM450.00 setiap bulan seorang.
Syarat Bantuan OKU JKM
- Warganegara Malaysia, bermastautin dan bekerja di Malaysia.
- Berumur 16 tahun ke atas dan bukan penuntut di mana-mana institusi pendidikan.
- Pemegang kad OKU yang berdaftar dengan JKM.
- Pendapatan bulanan minimum RM100.00 sehingga RM1,700.00 termasuk gaji pokok + elaun + OT + zakat dan lain-lain sumbangan.
Cara Mendaftar Sebagai Golongan OKU
Pendaftaran boleh dibuat secara online melalui laman web MyDaftarOKU.
Permohonan pendaftaran OKU ini dibuka untuk warganegara Malaysia sahaja dan terdapat 2 kategori permohonan iaitu OKU jelas & OKU tidak jelas.
OKU JELAS
- Bagi permohonan OKU jelas seperti kudung/tiada jari tangan atau kaki, perlu memuatnaik gambar menunjukkan ketidakupayaan atau hadir terus ke pejabat untuk mendapatkan pengesahan.
OKU TIDAK JELAS
- Sila Cetak Borang
- Hadir ke fasiliti kesihatan terlebih dahulu untuk mendapatkan pengesahan ketidakupayaan dan menyerahkan borang yang lengkap ke mana mana Pejabat Kebajikan Masyarakat yang berdekatan.
Borang permohonan akan diproses selepas maklumat yang lengkap telah diperolehi.
Semakan OKU
Sila pastikan anda telah tersenarai didalam pangkalan data Jabatan kebajikan masyarakat sebelum meneruskan permohonan bantuan OKU JKM.
Semakan boleh dilakukan di pautan yang diberikan dengan memasukkan nombor mykad : https://oku.jkm.gov.my/semakan_oku
Cara memohon Bantuan OKU JKM
Permohonan adalah diuruskan oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat di seluruh negara. Pemohon perlu hadir ke pejabat kebajikan masyarakat yang berhampiran. Setiap permohonan akan disiasat untuk menilai kelayakan pemohon kerana bantuan diberikan berdasarkan kelayakan.
Pemohon perlu membawa dokumen sokongan seperti salinan Kad Pengenalan diri, salinan Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak, salinan penyata gaji (jika ada), dan dokumen lain yang berkaitan.
Bantuan kebajikan ini dilaksanakan mengikut Senarai Bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Borang Permohonan / Borang Kemaskini dan Borang Permohonan Pendaftaran OKU Pindaan 2019 perlu disertakan sekali. borang ini boleh didapati pada perenggan dibawah atau boleh minta di Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Borang Permohonan Bantuan OKU JKM
Semak borang dibawah untuk dibawa ke pejabat Kebajikan untuk permohonan elaun pekerja orang kurang upaya.
Borang Permohonan Baharu
Muat turun pdf



Borang Kemaskini Permohonan
Muat turun pdf

Borang Permohonan Pendaftaran OKU
Muat Turun PDF






Maklumat Lanjut
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan yang ditawarkan, sila rujuk ke pejabat ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian/ Cawangan yang berdekatan.
Anda juga boleh menghadirkan diri ke Ibu pejabat yang beralamat di:
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya
Telefon : 03 – 8000 8000
Faks : 03 – 8323 2045
Emel : Maklum Balas (ISPAAA)
Penafian
Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Maklumat Artikel diperolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.
Kami Komited untuk menyediakan maklumat terkini mengenai bantuan dan info yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia, dengan tujuan memudahkan carian pengguna.
Penulisan ini bertujuan untuk menyampaikan informasi yang sahih dan terkini, agar pelawat laman web kami dapat memperoleh maklumat terbaru yang tersedia.