Semakan Bantuan SARA 2025 mengikut kategori kelayakan disini, isi rumah yang layak mendapat maksimum RM2,100 manakala Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan akan mendapat maksimum RM600.
Agihan Bantuan SARA 2025 melalui mykad penerima , dan penerima boleh membeli barangan dikedai runcit dan pasaraya terpilih diseluruh negara.
kaedah agihan ini telah diperluas ke negeri sabah dan sarawak pada tahun 2025 berbanding tahun 2024 hanya di semenanjung malaysia sahaja. Semak Sekarang Kelayakan Bantuan SARA 2025.
Baca Juga : STR 2025: Senarai Penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah
Isi Kandungan
Apa Itu Bantuan SARA 2025
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan program bantuan bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan bebanan kos sara hidup.
Program sumbangan ini adalah untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi MADANI.
Kategori Bantuan SARA 2025
Kategori bantuan SARA terbahagi kepada 2 iaitu :
- Kategori SARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih:
- Warganegara Malaysia.
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 untuk kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tiada Pasangan.
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar atau Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- Kategori SARA Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan STR 2025:
- Warganegara Malaysia.
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 untuk kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.
Kaedah Pelaksanaan Program Bantuan SARA 2025

Penerima:
- Akan menerima bantuan cashless secara automatik melalui akaun MyKad.
- Barangan runcit asas boleh dibeli di pasar raya atau kedai runcit terpilih menggunakan MyKad.
Jumlah Bantuan:
- Penerima STR 2025 yang disahkan dari data Miskin Tegar dan Miskin eKasih akan menerima RM100 atau RM50 setiap bulan selama 12 bulan (Januari 2025 – Disember 2025).
- Tambahan RM100 atau RM50 setiap bulan untuk penerima STR 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan selama 9 bulan (April 2025 – Disember 2025).
Permohonan Bantuan SARA 2025

Permohonan SARA 2025 adalah secara automatik berdasarkan data Miskin Tegar dan Miskin eKasih sehingga 31 Oktober 2024. Program ini juga diperluas kepada semua penerima STR 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.
Sila buat pendaftaran MySTR untuk layak mendapat bantuan SARA , Langkah permohonan adalah seperti dibawah:
- Permohonan Baharu STR Secara Dalam TalianDi Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2025:
- Setelah permohonan baharu STR berjaya dihantar, klik ‘YA’ untuk mendaftar akaun MySTR.
- Kata Kunci Keselamatan:
- Masukkan kata kunci keselamatan yang mudah diingati.
- Format kata kunci keselamatan hanya huruf dan nombor sahaja (tiada aksara khas/simbol).
- Kata kunci keselamatan ini akan digunakan setiap kali anda log masuk MySTR.
- Soalan Keselamatan:
- Jawab 5 soalan yang disediakan.
- Pilih soalan yang anda inginkan dan daftarkan jawapan.
- Jawapan ini akan digunakan untuk pengesahan jika anda terlupa kata laluan.
- Pengesahan Soalan dan Jawapan:
- Semak pengesahan soalan dan jawapan yang telah dipilih.
- Jika betul, klik butang ‘Teruskan’.
- Kata Laluan:
- Masukkan kata laluan dan pengesahan kata laluan.
- Kata laluan mesti mempunyai minimum 8 aksara, termasuk huruf besar, huruf kecil, nombor, dan simbol.
- Kata laluan ini perlu dimasukkan setiap kali anda log masuk MySTR.
- Klik butang ‘Daftar’.
- Pendaftaran Berjaya:
- Paparan mesej “Akaun MySTR telah berjaya didaftarkan. Sila klik MySTR untuk ke menu MySTR”.
- Anda kini boleh log masuk MySTR.
- Kemaskini Maklumat:
- Kemaskini maklumat yang diminta seperti alamat, Jumlah isi rumah, pendapatan isi rumah, akaun bank dan hantar maklumat.
Amaun Kelayakan Bantuan SARA 2025
Amaun Kelayakan Bantuan yang akan diterima oleh penerima SARA terbahagi kepada dua Kategori:
- Kategori Penerima (Berstatus Miskin/Miskin Tegar eKasih)
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah | RM 1200 (RM100 sebulan) |
Warga emas tiada pasangan | RM 1200 (RM100 sebulan) |
Bujang | RM 600 (RM50 sebulan) |
- Kategori Penerima STR (Bukan Miskin/Miskin Tegar eKasih)
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah | RM 900 (RM100 sebulan) |
Warga emas tiada pasangan | RM 450 (RM100 sebulan) |
Bujang | – |
Semakan Kelayakan Bantuan SARA 2025
Semakan Kelayakan Bantutan SARA 2025 boleh dibuat melalui kaedah yang berikut:
- Surat Pemakluman
- Surat lulus STR 2025 bersekali kelayakan SARA kepada alamat berdaftar dalam permohonan STR
.
- Surat lulus STR 2025 bersekali kelayakan SARA kepada alamat berdaftar dalam permohonan STR
- Sistem Pesanan Ringkas (SMS blast)
- Penerima SARA yang layak akan menerima SMS atau Whatsapp daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.
- Akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem MyKasih di mana elaun perbelanjaan akan direkodkan.
.
- Semakan terus melalui portal rasmi
- Semakan kelayakan SARA • Portal rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal rasmi MyKasih https://www.mykasih.com.my
.
- Menghubungi
- Semakan kelayakan SARA
- BKK HASiL: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
- Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566
- Semakan pelaksanaan SARA
- Hubungi MyKasih: 03-7720 1800
- Semakan kelayakan SARA
Senarai Barang Bantuan SARA 2025 yang Boleh Dibeli
Terdapat 13 Kategori barang keperluan asas yang diluluskan untuk pembelian SARA antaranya ialah: Beras, Roti, Telur, Minyak Masak, Tepung, Biskut, Mi Segera, Minuman, Makanan dalam Tin, Bahan Perasa, Produk Kebersihan, Ubat-Ubatan dan Barang Persekolahan.
Senarai Barang Bantaun SARA 2025 Mengikut Jenama:
Barang | Jenama Rasmi |
---|---|
Beras | Jasmine, Jati, Cap Rambutan, Saga, Bernas, Faiza |
Minyak masak | Seri Murni, Saji, Buruh, Vesawit, Daisy, Knife |
Telur | Nutriplus, QL Eggs, CP |
Biskut | Munchy’s, Julie’s Kerk, Tiger, Kraft Foods, Chips More, Jacobs, Hwa Tai, Hup Seng |
Minuman | Boh, Ducth Lady, Milo, Fernleaf, Nescafe, F&N, Horlicks, Quaker, Marigold, Vico |
Ubat-Ubatan | Prospan, Hurix’s Sterimar, Panadol, Difflam |
Barangan Sekolah | Stabilo, Staedtler, Bata, Faber Castell, Canggih |
Makanan dalam tin | TC Boy, Adabi, Kimball, Yeos, Ayam Brand, King Cup |
Roti | Massimo, Gardenia, Mighty White |
Tepung | Blue Key, Faiza, Cap Ros, Cap Lili, Cap Sauh, |
Mee Segera | Indo Mie, MAMEE, Mie Sedaap, EKA, Maggi, Cintan |
Bahan Perasa | Puteri, Kimball, Maggi, CSR, Tamin, Life, Jalen, Faiza, Planta |
Produk Kebersihan | Colgate, Kotex, Dettol |
Senarai Kedai Runcit Dan Pasaraya Bantuan SARA 2025
Senarai kedai runcit dan pasaraya pembelian SARA boleh disemak disini: Semakan Kedai Runcit dan Pasaraya SARA 2025 by MyKasih
Masukkan Nama Bandar, Negeri seterusnya tekan butang “Cari”. Semak paparan gambar dibawah:

Langkah Pembelian Barang SARA 2025 Di Kedai Runcit Dan Pasaraya
6 langkah mudah yang perlu dibuat semasa pembelian Senarai Barangan Mykasih dikedai runcit dan pasaraya, semak 6 langkah dibawah:

- Pilih barang keperluan:
Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga. - Tunjuk Mykad untuk pengesahan:
Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan. - Tukar Nombor Pin:
Penerima bantuan perlu menukar nombor pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor pin baharu. - Imbas Kod Barangan:
Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Menggunakan MyKad:
Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian. - Simpan Resit Untuk Semakan:
Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
Cara Semak Baki Bantuan SARA 2025
- Semakan Baki SARA boleh dilakukan melalui portal rasmi MyKasih di pautan: https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus atau
- Melalui aplikasi Mykasih: https://mykasih.com.my/mykasih-app/ atau
- Melalui Semakan Resit Pembelian :

Maklumat Lanjut:
Maklumat lanjut mengenai Senarai Barang Mykasih, sila pergi ke laman web di pautan :
- MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Atau boleh menghubungi atau menghadirkan diri ke pihak My Kasih yang Beralamat di :
MyKasih Foundation
Level 3, DIALOG TOWER,
No. 15, Jalan PJU 7/5,
Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA.
Dedicated Line(s) for MyKasih Recipients
Tel: (603) 7720 1800
(Mon – Fri, Normal Business Hours)
Dedicated Line(s) for Merchants
Tel: (603) 7720 1900
(Mon – Fri, Normal Business Hours)
Email
info@mykasih.com
Soalan Lazim Bantuan SARA 2025
Adakah saya perlu bayar lebihan amaun sekiranya amaun pembelian melebihi baki semasa SARA dalam MyKad penerima?
Ya. Pembelian adalah terhad kepada barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan sahaja. Pembelian selain barangan tersebut dan pembelian melebihi baki semasa SARA dalam MyKad perlu dibayar oleh penerima.
Bolehkah baki elaun yang tidak digunakan dibawa ke bulan berikutnya?
Ya, baki elaun yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya. Namun, baki yang tidak digunakan sepenuhnya akan luput pada 31 Disember 2025.
Bolehkah individu lain membuat pembelian menggunakan SARA?
Tidak. Pembayaran hanya boleh dilakukan menggunakan MyKad penerima dengan nombor pin yang hanya diketahui oleh penerima. Sebarang pembelian oleh individu lain adalah tanggungjawab penerima.
Penafian
Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Maklumat Artikel diperolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.
Kami Komited untuk menyediakan maklumat terkini mengenai bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia, dengan tujuan untuk berkongsi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Penulisan ini bertujuan untuk menyampaikan informasi yang sahih dan terkini, agar pelawat laman web kami dapat memperoleh maklumat terbaru mengenai bantuan yang tersedia.