Semak Bantuan Terkini MyKasih 2025: Sumbangan Asas Rahmah

Bantuan Terkini Mykasih diagihkan setiap bulan kepada penerima yang layak mengikut kategori kelayakan. semakan boleh dibuat dengan mudah secara online. Penerima yang layak mendapat bantuan akan disalurkan melalui mykad setiap bulan.

Sumbangan Asas Rahmah ini bertujuan untuk membantu golongan memerlukan untuk berbelanja barang dapur menggunakan dana kerajaan yang disalurkan melalui kad pengenalan maksimum sehingga RM2400.00

Baca Juga: Semak Bantuan Mykad RM200: Senarai Penerima Sara Terkini

Apa itu Bantuan Terkini MyKasih

bantuan terkini mykasih

Bantuan terkini MyKasih merupakan salah satu inisiatif utama kerajaan madani dalam memastikan setiap rakyat yang memerlukan dapat membeli barangan asas di kedai terpilih melalui sistem Sumbangan Asas Rahmah sebanyak RM50 sehingga RM200 sebulan mengikut syarat kelayakan.

Cara Memohon Bantuan Terkini Mykasih

Permohonan boleh dibuat melalui laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah Atau melalui Portal E-Kasih .

Melalui Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah.

  1. Pada Laman Utama MySTR 2025, Klik butang “Permohonan Baharu”.
  2. Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  3. Jika Status Perkahwinan Pemohonan adalah Berkahwin, Maklumat Pasangan dan Anak perlu diisi dengan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori untuk diisi.
  4. Pastikan segala maklumat yang diberikan adalah sah dan betul.
  5. Sahkan permohonan dan tekan butang “Hantar”.
  6. Permohonan akan diproses dalam waktu 7-21 hari bekerja.

Melalui E-Kasih.

  1. Sila hadir dan rujuk kepada Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri.
  2. Isi borang dan maklumat yang diperlukan.
  3. Lampirkan dokumen sokongan yang diperlukan.
  4. Semakan kelayakan boleh dilakukan secara online di pautan: https://ekasih2.icu.gov.my/#menu2

Jumlah Bantuan Terkini MyKasih 2025

Jumlah bantuan yang diagihkan mengikut kategori kelayakan seperti berikut:

  • Kategori Penerima STR & eKasih :
    • Isi Rumah – RM2100
    • Warga Emas Tiada Pasangan – RM1650
    • Bujang – RM600
  • Kategori Penerima STR sahaja :
    • Isi Rumah – RM900
    • Warga Emas Tiada Pasangan – RM450
jumlah bantuan terkini mykasih

Syarat Kelayakan Bantuan Terkini Mykasih

Syarat kelayakan Bantuan Terkini Mykasih terhad kepada:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

Jadual Pembayaran Bantuan Terkini MyKasih 2025

Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 / RM50 secara bulanan selama setahun melalui MyKad mereka untuk membeli barang keperluan asas terpilih. Pembayaran pertama akan dilakukan mulai 22 Januari 2024 manakala bayaran seterusnya mulai Februari 2024 akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 hari bulan setiap bulan seperti jadual berikut:

Kategori STR
(Miskin dan Miskin Tegar) 
Kategori STR
(Miskin dan Miskin Tegar) 
BulanIsi Rumah & Warga Emas Tiada Pasangan Bujang
Januari 2024RM 100RM 50
Februari 2024RM 100RM 50
Mac 2024RM 100RM 50
April 2024RM 100RM 50
Mei 2024RM 100RM 50
Jun 2024RM 100RM 50
Julai 2024RM 100RM 50
Ogos 2024RM 100RM 50
September 2024RM 100RM 50
Oktober 2024RM 100RM 50
November 2024RM 100RM 50
Disember 2024RM 100RM 50
JumlahRM 1200RM 600

Cara Menggunakan Bantuan MyKasih

Bantuan ini boleh digunakan dimana-mana kedai runcit yang terpilih, semak kedia runcit yang terpilih di : Senarai Kedai MyKasih Mengikut Negeri 2025 .

Ikuti enam langkah mudah menggunakan bantuan mykasih:

  1. Pilih barang keperluan:
    Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk Mykad untuk pengesahan:
    Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Tukar Nombor Pin:
    Penerima bantuan perlu menukar nombor pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor pin baharu.
  4. Imbas Kod Barangan:
    Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Menggunakan MyKad:
    Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  6. Simpan Resit Untuk Semakan:
    Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
cara menggunakan bantuan terkini mykasih 2025

Semak Baki Bantuan Terkini MyKasih 2025

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Maklumat Artikel diperolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Kami Komited untuk menyediakan maklumat terkini mengenai bantuan dan info yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia, dengan tujuan memudahkan carian pengguna.

Penulisan ini bertujuan untuk menyampaikan informasi yang sahih dan terkini, agar pelawat laman web kami dapat memperoleh maklumat terbaru yang tersedia.

Leave a Comment