Borang Permohonan Online Bantuan Warga Emas RM500 Sebulan

Pelbagai bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan dibawah Jabatan Kebajikan masyarakat untuk golongan yang kurang bernasib baik antaranya ialah bantuan warga emas dan kanak kanak.

Bantuan ini layak untuk dipohon oleh rakyat dalam keadaan serba kekurangan secara online ataupun secara fizikal di pejabat Kebajikan Masyarakat yang berhampiran.

Semak Sekarang Bantuan Warga Emas dan Kanak Kanak JKM Tahun 2025.

Baca juga: Mohon Bantuan Barang Dapur RM200 Sebulan Program SARA

Bantuan Warga Emas

Bantuan Warga Emas Merupakan sebuah inisiatif oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk warga emas berumur 60 tahun keatas meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.

Syarat Kelayakan Bantuan Warga Emas

Antara syarat yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk Warga Emas yang inign memohon bantuan:

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  2. Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
  3. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
  4. Warga emas yang bukan tinggal di:
    i. Institusi kendalian JKM; atau
    ii. Pusat jagaan harian berkediaman yang memberi kemudahan secara percuma;

Proses Memohon Bantuan Warga Emas

  1. Permohon menghadirkan diri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
    .
  2. Pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian.
    .
  3. Setiap permohonan yang didaftarkan akan disiasat bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

Dokumen Yang Diperlukan

Pastikan Dokumen lengkap dibawa bersama ketika hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat:

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan/MyKid/Sijil Kelahiran ahli keluarga (yang tinggal bersama)
  • Salinan Kad OKU/Slip Pendaftaran Sementara (bagi pemohon OKU)
  • Salinan Sijil Kematian/Penceraian/Perkahwinan (jika berkaitan)
  • Laporan Perubatan (dari hospital/klinik kerajaan, dalam tempoh 2 tahun, jika berkaitan)
  • Penyata Pendapatan/Surat Pengesahan Pendapatan Majikan atau Surat Akuan Pendapatan (disahkan oleh ketua kampung/penghulu/pemimpin tempatan)
  • Laporan dari agensi berkaitan (AADK/Polis/Penjara, jika berkaitan)
  • Dokumen Pengesahan Alamat Tempat Tinggal (satu bil utiliti atau pengesahan pemimpin setempat)
  • Penyata Akaun Bank Terkini yang Masih Aktif (jika permohonan bantuan diluluskan)
  • Kertas Cadangan Projek dan Sebut Harga Barang (bagi permohonan bantuan geran pelancaran)
  • Pengesahan Rawatan/Surat Sokongan/Syor Doktor dan Sebut Harga Barang (bagi permohonan bantuan alat tiruan/sokongan)

Kadar Bantuan Warga Emas

Setiap Permohon yang lulus akan mendapat RM500 Sebulan.

Borang Permohonan Warga Emas RM500 Sebulan

berikut adalah borang Permohonan Bantuan Warga Emas RM500 Sebulan:

borang bantuan warga emas
borang permohonan bantuan warga emas 2
borang permohonan bantuan warga emas 3

Maklumat Lanjut

Sebarang Pertanyaan boleh melayari Laman Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat atau berhubung terus dengan Ibu Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat beralamat di:

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya

Telefon : 03 – 8000 8000
Faks : 03 – 8323 2045

Emel : Maklum Balas (ISPAAA)

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Maklumat Artikel diperolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Kami Komited untuk menyediakan maklumat terkini mengenai bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia, dengan tujuan untuk berkongsi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Penulisan ini bertujuan untuk menyampaikan informasi yang sahih dan terkini, agar pelawat laman web kami dapat memperoleh maklumat terbaru mengenai bantuan yang tersedia.

Leave a Comment