Bantuan Yuran Pengajian Universiti & Bantuan Pelajar IPTA Untuk Kemasukan Ke Universiti 2025/2026

Bantuan Yuran Pengajian IPTA merupakan inisiatif penting bagi pelajar yang melanjutkan pengajian ke universiti awam di seluruh Malaysia. Setiap tahun, kerajaan negeri dan yayasan negeri menawarkan bantuan pendidikan setiap negeri seperti Pahang, Perak, Terengganu, Perlis, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

Bantuan ini merangkumi pelbagai bentuk sokongan termasuk insentif pendaftaran, biasiswa, pinjaman pelajaran serta bantuan kewangan one-off untuk meringankan kos yuran universiti.

Dengan adanya senarai lengkap bantuan yuran dan pendidikan negeri-negeri ini, pelajar IPTA dapat membuat semakan dan permohonan lebih mudah serta memastikan mereka tidak terlepas peluang mendapatkan dana pendidikan yang sah dan terkini.

Baca juga: Ini Senarai Barang SARA MyKasih Yang Anda Boleh Beli Dengan RM100 (One-Off SARA)

Bantuan Yuran Pengajian Pelajar IPT Pahang

bantuan yuran pengajian pahang

Nama bantuan: IMP SISWA (Inisiatif Makmur Pahang, program bantuan pendidikan negeri Pahang)

Jumlah bantuan: Kadar dan jenis bantuan bergantung kepada skim (pinjaman pendidikan, biasiswa & bantuan sara hidup untuk pelajar peringkat Diploma/Ijazah/ Master/PhD). (Terma: program untuk pelajar Tahun 2 ke atas; dikemaskini Mei 2025).

Pautan permohonan & maklumat rasmi: Portal rasmi IMP SISWA Negeri Pahang.

Bantuan Yuran Pengajian IPT Perak (INSISYP)

bantuan yuran pengajian ipt perak

Nama bantuan: Insentif Siswa Yayasan Perak (INSISYP / Dermasiswa terdahulu)

Jumlah bantuan: One-off berdasarkan peringkat pengajian (contoh yang dinyatakan rasmi untuk penerima berpendapatan hingga RM7,500):

  • Sijil / Diploma vokasional: RM300
  • Diploma: RM500
  • Ijazah Sarjana Muda: RM1,000

Pautan permohonan & maklumat rasmi: Yayasan Perak, halaman Insentif Siswa (syarat, kadar & borang)

Bantuan Yuran Pengajian Pelajar IPT Terengganu (MAIDAM & Yayasan Terengganu)

Nama bantuan: Bantuan Persediaan / Bantuan IPT (Yayasan Terengganu / MAIDAM)

  • Jumlah bantuan: mengikut pengumuman rasmi Yayasan Terengganu
  • Kadar one-off persediaan biasanya sekitar RM500 untuk peringkat sijil/matrikulasi/ijazah (rujuk syarat terperinci mengikut pembukaan skim).

Pautan permohonan & maklumat rasmi:

Bantuan Yuran Pengajian IPT Perlis MAIPs

Nama bantuan: Sumbangan Dana Pendidikan / Pinjaman Pelajaran & Bantuan Pelajar (Yayasan / Majlis Agama Islam Perlis)

Jumlah bantuan: Kadar bergantung kepada skim (insentif permulaan atau pinjaman pelajaran rujuk borang rasmi dan syarat anak jati Perlis).

Pautan permohonan: Laman rasmi Kerajaan Negeri Perlis

Bantuan Yuran Pengajian IPT Selangor Yayasan Selangor

bantuan yuran pengajian selangor

Nama bantuan:

  • Biasiswa & Program Pembiayaan Yayasan Selangor
  • Dana Pendidikan Negeri Selangor

Jumlah bantuan:

  • Pinjaman pendidikan dan biasiswa menurut syarat, jumlah berubah mengikut skim (contoh: biasiswa pelajar cemerlang; pinjaman pendidikan untuk isi rumah berpendapatan ditetapkan).

Pautan permohonan:

Bantuan Yuran Pengajian IPT Negeri Sembilan YNS

Nama bantuan: Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak Negeri Sembilan (YNS)

Jumlah bantuan: RM150 sebulan (jumlah tahunan sehingga RM1,800).

Pautan permohonan: Bantuan Sara Hidup Yayasan Negeri Sembilan.

Bantuan Yuran Pengajian IPT Johor YPJ

bantuan yuran pengajian johor

Nama bantuan:

  • Skim Bantuan Pendaftaran (YPJ)
  • Insentif Mahasiswa Anak Johor (IMAJ)

Jumlah bantuan:

  • YPJ: Bantuan Pendaftaran RM500 one-off
  • Insentif Mahasiswa Anak Johor (IMAJ): RM200 one-off. Terdapat juga inisiatif lain seperti bantuan laptop & biasiswa mengikut skim.

Pautan permohonan:

Bantuan Yuran Pengajian IPT Kelantan MAIK & YAKIN

Nama bantuan:

  • Bantuan Melanjutkan Pelajaran ke IPT (MAIK)
  • Program YAKIN (Yayasan Kelantan)

Jumlah bantuan:

  • Kadar bergantung kepada jenis bantuan. Rujuk syarat asnaf (MAIK) dan jadual kadar pada pengumuman rasmi.

Pautan permohonan:

Bantuan Yuran Pengajian IPT Kedah SPPNK

Nama bantuan:

  • Skim Agihan Awal IPT (Lembaga Zakat Negeri Kedah)
  • iBAKIPT (Kerajaan Negeri Kedah)
  • Pembiayaan Pendidikan SPPNK

Jumlah bantuan: Kadar bergantung kepada skim zakat / pembiayaan negeri

Pautan permohonan:

Bantuan Yuran Pengajian IPT Pulau Pinang iBita & MAINPP

bantuan yuran pengajian pulau pinang

Nama bantuan:

  • iBita (Sistem Bantuan Pendaftaran Pelajar ke IPT Pulau Pinang)
  • Skim Permulaan Ke IPT (Zakat Pulau Pinang)

Jumlah bantuan:

  • iBita : RM1,000 bagi sesi 2025

Pautan Permohonan:

Bantuan Yuran Pengajian Pelajar IPT Melaka TAPEM

Nama bantuan: Bantuan Ke Institusi Pengajian Tinggi (TAPEM)

Jumlah bantuan:

  • DIPLOMA RM 400.00
  • IJAZAH RM 600.00
  • SARJANA RM 600.00
  • PHD RM 600.00

Pautan permohonan: TAPEM

Bantuan Yuran Pengajian Pelajar IPT Sabah BUDI

budi sabah

Nama bantuan:

  • Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah
  • BUDI Sabah

Jumlah bantuan:

  • Diploma/asasi/matrikulasi: RM1,500
  • Ijazah Sarjana Muda: RM2,000

Pautan permohonan:

Bantuan Yuran Pengajian Pelajar IPT Sarawak Yayasan Sarawak

Nama bantuan: Biasiswa & Bantuan Pelajar ke IPT (Yayasan Sarawak)

Jumlah bantuan: Yayasan Sarawak menyediakan biasiswa/pinjaman mengikut skim (kriteria: anak jati Sarawak, keutamaan kepada kursus tertentu seperti STEM, medical, dsb.). Jumlah bergantung pada skim (biasiswa penuh/elaun atau pembiayaan separa).

Pautan permohonan: Laman rasmi Yayasan Sarawak

Bantuan Yuran Pengajian Pelajar IPT WIlayah Persekutuan

Nama bantuan: Skim Bantuan Awal ke IPT, Dermasiswa IPTA & Biasiswa Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP)

Jumlah bantuan:

  • RM500 – RM5,000 (Skim Bantuan Awal ke IPT YWP, bergantung kepada tahap pengajian dan keperluan)
  • RM700 one-off (Skim Bantuan Awal IPTA/IPTS untuk persediaan pendaftaran & kos awal universiti)
  • Dermasiswa IPTA YWP 2025 bantuan penuh/sara hidup untuk pelajar cemerlang & kurang berkemampuan
  • Skim Biasiswa & Bantuan Pelajar Cemerlang WP sumbangan pendidikan berjumlah lebih RM457,000 kepada ratusan pelajar cemerlang

Pautan rasmi: Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP)

Nota Penting Sebelum Memohon Bantuan Yuran Pelajar IPT

  • Semak kelayakan terlebih dahulu, ini kerana setiap program diatas terhad kepada anak jati negeri masing masing.
  • Semak dokumen lazim diperlukan seperti surat tawaran IPT, salinan kad pengenalan dsb.
  • Semak Tarikh permohonan kerana ia berubah setiap tahun dan setiap sesi kemasukan ke universiti.

Leave a Comment