Bayaran STR 2025: Panduan Lengkap Permohonan dan Kadar Bayaran Terkini

STR 2025 adalah inisiatif kerajaan Malaysia yang bertujuan untuk membantu golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana rendah (M40) dalam mengurangkan kos sara hidup.

Bantuan ini merupakan kesinambungan daripada program bantuan tunai sebelumnya seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BRP) dan Bantuan Sara Hidup (BSH), dengan beberapa penambahbaikan yang signifikan.

Baca Juga : Bantuan MyKad 2025: Cara Mudah Semak Kelayakan dan Tebus di Pasar Raya Terpilih

Objektif STR 2025

STR 2025 bertujuan untuk meringankan beban kewangan rakyat Malaysia yang terkesan akibat inflasi, pandemik, dan cabaran ekonomi semasa. Melalui Belanjawan 2025, kerajaan telah memperuntukkan RM13 bilion untuk program ini, berbanding RM10 bilion pada tahun sebelumnya. Peningkatan ini akan memberi manfaat kepada 9 juta penerima atau bersamaan 60 peratus penduduk dewasa negara 

Kategori dan Kadar Bayaran STR 2025

Bantuan STR diberikan mengikut beberapa kategori penerima dengan kadar bayaran yang berbeza:

  1. Isi Rumah
    • Kahwin atau Ibu/Bapa Tunggal yang mempunyai anak.
    • Pendapatan Isi Rumah: RM5,000 dan ke bawah.
    • Kadar Bayaran: Sehingga RM4,600.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu/Bapa Tunggal tanpa anak.
    • Had umur: 60 tahun dan ke atas.
    • Pendapatan: RM5,000 dan ke bawah.
    • Kadar Bayaran: Sehingga RM600.
  3. Bujang
    • Bujang atau Ibu/Bapa Tunggal tanpa anak.
    • Had umur: 21-59 tahun.
    • Pendapatan: RM2,500 dan ke bawah.
    • Kadar Bayaran: Sehingga RM600

Cara Memohon STR 2025

Permohonan STR boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah. Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:

  1. Layari Portal Rasmi: Kunjungi laman web MySTR
  2. Daftar Akaun: Jika anda belum mempunyai akaun, daftar dengan mengisi maklumat yang diperlukan.
  3. Log Masuk: Masukkan ID pengguna dan kata laluan untuk log masuk.
  4. Isi Borang Permohonan: Lengkapkan borang permohonan dengan maklumat peribadi dan pendapatan.
  5. Hantar Permohonan: Semak semula maklumat yang diisi dan hantar permohonan.

Jangan Terlepas Info Bantuan Terkini. Join Channel Whatsapp Sekarang https://whatsapp.com/channel/0029VaVslKMJf05hOTKbWn1Y

Semakan Status Permohonan

Penerima boleh menyemak status permohonan mereka melalui portal rasmi yang sama. Status akan dikemaskini dari semasa ke semasa, dan penerima akan dimaklumkan melalui SMS atau emel mengenai keputusan permohonan mereka.

Jadual Pembayaran STR 2025

Pembayaran STR 2025 akan dilakukan dalam beberapa fasa sepanjang tahun. Berikut adalah jadual pembayaran yang dijangka

Fasa PembayaranTarikh
Fasa 1Januari 2025
Fasa 2April 2025
Fasa 3Ogos 2025
Fasa 4November 2025

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025

Selain STR, kerajaan juga memperkenalkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai bantuan tambahan kepada penerima STR dan eKasih. SARA bertujuan untuk membantu golongan berpendapatan rendah memenuhi keperluan barangan asas. Bantuan ini disalurkan secara tanpa tunai melalui MyKad penerima untuk pembelian barangan keperluan di pasaraya terpilih 

Syarat Kelayakan SARA 2025

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pendapatan bulanan tidak melebihi RM5,000.
  3. Penerima STR 2025.
  4. Tersenarai sebagai miskin atau miskin tegar dalam sistem eKasih.

Jumlah Bantuan SARA 2025

Kategori Jumlah BantuanKadar Bulanan
Isi Rumah Miskin/Miskin TegarRM1,200RM100
Warga Emas Tiada Pasangan Miskin/Miskin TegarRM1,200RM100
Bujang Miskin TegarRM600RM50
Isi Rumah Penerima STRRM900RM100

Rumusan

STR 2025 adalah satu langkah proaktif kerajaan Malaysia untuk memastikan kesejahteraan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah. Dengan peningkatan peruntukan dan penambahbaikan dalam proses permohonan, diharapkan bantuan ini dapat meringankan beban kewangan rakyat dan meningkatkan kualiti hidup mereka.

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Maklumat Artikel diperolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Kami Komited untuk menyediakan maklumat terkini mengenai bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia, dengan tujuan untuk berkongsi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Penulisan ini bertujuan untuk menyampaikan informasi yang sahih dan terkini, agar pelawat laman web kami dapat memperoleh maklumat terbaru mengenai bantuan yang tersedia.

Leave a Comment