Cara Daftar SARA 2025 Online Dan Layak Bantuan Mykasih RM200 Sebulan

Cara daftar SARA 2025 kini boleh dilakukan secara online melalui Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah. Pihak kerajaan menggalakkan rakyat Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bantuan ini, buktinya kerajaan membuka permohonan sepanjang tahun dan mempercepatkan proses daftar melalui online, jumlah kedai dan kategori barangan juga dipertingkatkan bagi memudahkan penerima menikmati bantuan yang diberikan pihak kerajaan.

Dengan adanya kemudahan ini, rakyat tidak perlu beratur panjang atau isi borang secara manual, semuanya boleh dibuat dari rumah guna telefon atau komputer. Jadi, kalau anda atau ahli keluarga layak, daftar sekarang dan manfaatkan bantuan yang disediakan.

Baca juga: Ini Senarai Barang Lulus Mykasih 2025! Barangan Yang Boleh Ditebus

Apa Maksud SARA

SARA singkatan bagi Sumbangan Asas rahmah, merupakan bantuan pihak kerajaan dengan kerjasama yayasan Mykasih kepada golongan B40 dan miskin tegar yang layak mendapat STR atau berdaftar dengan E-kasih, Bantuan SARA disalurkan secara cashless kedalam mykad penerima dan boleh digunakan untuk membeli keperluan asas yang terpilih di kedai runcit dan pasaraya terpilih.

Syarat Kelayakan SARA

Syarat untuk Daftar SARA 2025 ialah Warganegara Malaysia, Lulus STR 2025 kategori Isi Rumah, Bujang atau Warga Emas Tiada Pasangan, dan Tersenarai sebagai Miskin atau Miskin Tegar dalam sistem eKasih sehingga 31 Oktober 2024.

Langkah Mudah Daftar SARA 2025 Secara Online & Manual

Bermula tahun 2025, pendaftaran SARA secara online melalui laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah di pautan: https://bantuantunai.hasil.gov.my/ .

  • Klik pada ‘permohonan baharu’ @ ‘permohonan baharu dengan Mydgital ID’
  • Isi Maklumat yang diperlukan.
  • Sediakan dokumen sokongan yang diperlukan.
  • Klik ‘Daftar’.

Pendaftaran melalui e-kasih pula seperti berikut:

  • Sila hadir dan rujuk kepada Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri.
  • Isi borang dan maklumat yang diperlukan.
  • Lampirkan dokumen sokongan yang diperlukan.
  • Semakan kelayakan boleh dilakukan secara online di pautan: https://ekasih2.icu.gov.my/#menu2

Cara Semak Keputusan Daftar SARA 2025 Dengan Mudah

Keputusan Kelayakan Daftar SARA boleh dibuat melalui lima cara iaitu:

  • Melalui portal Mykasih
  • Melalui portal STR
  • Sms atau whatsapp makluman dari pihak Mykasih
  • Surat pemakluman
  • menghubungi LHDNM atau MOF.

Bagaimana Bantuan SARA 2025 Disalurkan? Ini Kaedahnya

Bagi tahun 2025, penyaluran SARA melalui penggunaan MyKad akan diperluaskan ke negeri Sabah dan Sarawak berbanding hanya di negeri-negeri Semenanjung Malaysia pada tahun 2024.

Mekanisme yang seragam ini adalah penambahbaikan daripada tahun lalu, berbanding penyaluran bantuan secara tunai dua kali setahun kepada penerima SARA yang bermastautin di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Jumlah Bantuan SARA 2025: Kadar Bantuan Mengikut Kategori Penerima

  • Kategori Penerima STR & eKasih :
    • Isi Rumah – RM2100
    • Warga Emas Tiada Pasangan – RM1650
    • Bujang – RM600
  • Kategori Penerima STR sahaja :
    • Isi Rumah – RM900
    • Warga Emas Tiada Pasangan – RM450

Jadual Bayaran Bantuan SARA 2025: Bulan ke Bulan

jadual daftar sara 2025

Kedai Runcit dan Pasar Raya Yang Berdaftar Dalam Program Bantuan SARA 2025

Senarai kedai berdaftar bleh disemak melalui laman web rasmi Mykasih , Masukkan nama BandarNegeri dan tekan butang ‘cari‘ .

Senarai Barangan SARA 2025: 14 Kategori Keperluan Asas Yang Boleh Ditebus

daftar sara 2025 senarai barangan sara

Untuk memudahkan penerima bantuan MyKasih, berikut adalah 14 kategori barangan keperluan asas yang diluluskan untuk pembelian melalui Program MyKasih: beras, minyak masak, telur, biskut, minuman, makanan dalam tin, produk kebersihan, ubat-ubatan asas, roti, tepung, mi segera, bahan perasa, bahan kebersihan rumah, dan barangan sekolah.

Gunakan aplikasi MyKasih atau rujuk label khas “SARA MyKasih” di rak barangan untuk panduan yang lebih mudah dan cepat.

Hubungi & Rujukan Rasmi Untuk Daftar SARA 2025

Maklumat Lengkap boleh dirujuk melalui laman web rasmi

Tingkat 3, MENARA DIALOG,
No. 15, Jalan PJU 7/5,
Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA.

  • Talian Khas untuk Penerima MyKasih: (603) 7720 1800
  • Talian Khas untuk Peniaga: (603) 7720 1900
  • E-mel: info@mykasih.com.my

Penafian: Sumber Maklumat & Tujuan Artikel Ini

Daftar SARA 2025: Kami Komited untuk menyediakan maklumat terkini mengenai bantuan dan info yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia, dengan tujuan memudahkan carian pengguna.

Penulisan ini bertujuan untuk menyampaikan informasi yang sahih dan terkini, agar pelawat laman web kami dapat memperoleh maklumat terbaru yang tersedia.

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Maklumat Artikel diperolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Sumber: Mykasih , STR

Leave a Comment