Sebagai seorang Muslim, memahami cara mandi wajib adalah satu ilmu asas yang sangat penting. Mandi wajib, atau juga dikenali sebagai mandi junub, merupakan amalan penyucian diri daripada hadas besar yang menjadi syarat sah untuk menunaikan ibadah seperti solat, puasa, tawaf, membaca al-Quran, dan lain-lain.
Tanpa mandi wajib yang sah, ibadah seseorang boleh terbatal kerana masih berada dalam keadaan tidak suci. Oleh itu, pengetahuan mengenai niat, rukun, dan langkah yang betul perlu difahami dan diamalkan dengan sempurna.
Baca juga: Diskaun Saman PDRM 2025: Semak & Bayar Kompaun Anda Jimat Masa, Jimat Duit!
Isi Kandungan
Maksud Mandi Wajib
Mandi wajib, juga dikenali sebagai mandi junub atau mandi hadas, ialah mandi yang diwajibkan bagi umat Islam untuk menghilangkan hadas besar seperti keluar air mani, selesai haid atau nifas, dan bersetubuh.
Ia bertujuan untuk mengangkat atau menghilangkan keadaan tidak suci supaya seseorang Muslim itu boleh melaksanakan ibadah seperti solat dan tawaf dengan sempurna
Sebab Perlu Mandi Wajib
Seseorang muslim diwajibkan mandi wajib apabila berlaku perkara berikut:
- Bersetubuh: Walaupun tidak keluar mani.
- Keluar air mani: sama ada ketika jaga atau tidur (mimpi basah).
- Haid: Apabila seorang wanita selesai tempoh haid.
- Nifas: Selepas melahirkan anak dan tamat tempoh nifas.
- Wiladah: Selepas melahirkan anak, walaupun tanpa darah nifas.
- Mati: Mandi jenazah diwajibkan keatas muslim yang meninggal dunia kecuali mati syahid.
Rukun Mandi Wajib
Mengikut pandangan jumhur ulama, mandi wajib hanya sah jika dilakukan dengan memenuhi 3 rukun utama berikut:
- Niat: melafazkan dalam hati. Contoh: “Sahaja aku mandi wajib untuk mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.”
- Menghilangkan najis: Sekiranya terdapat najis pada badan, ia perlu dibersihkan terlebih dahulu.
- Meratakan air ke seluruh tubuh: Termasuk rambut, kulit, lipatan badan, dan anggota tersembunyi seperti celah jari, pusat, serta belakang telinga.
Lafaz Niat Mandi Wajib
Lafaz Niat Mandi Wajib secara ringkasnya adalah:

“Nawaitu raf’al hadasil akbari lillahi ta’ala”
Ertinya “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Ta’ala”
Lafaz Niat Mandi Wajib (Junub)

“Nawaitul ghusla ‘anil Janabati lillahi Ta’ala”
Maksudnya “Sahaja aku mandi Junub kerana Allah Ta’ala”
Lafaz Niat Mandi Wajib Haid

“Nawaitul ghusla ‘anil haidi lillahi Ta’ala”
Maksudnya “Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Ta’ala”
Lafaz Niat Mandi Wajib Nifas

“Nawaitul ghusla ‘anin nafasi lillahi Ta’ala”
Maksudnya “Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Ta’ala”
Cara Mandi Wajib Yang Lengkap
Berdasarkan panduan JAKIM serta penjelasan para ulama, cara mandi wajib yang lengkap adalah seperti berikut:
- Niat Mandi Wajib ketika air sampai ketubuh.
- Membaca “Bismillah”.
- Mencuci tangan sebanyak 3 kali.
- Mencuci kemaluan dengan tangan kiri.
- Bersihkan tangan kiri menggunakan sabun.
- Berwuduk.
- Menyiram kepala tiga kali sambil mengusap rambut.
- Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.
- Meratakan air ke seluruh tubuh badan.
- Berwuduk semula jika ingin menunaikan solat fardu.
Kesalahan Yang Perlu Di Elakkan Cara Mandi Wajib

Ramai yang mandi wajib tetapi tidak sempurna kerana:
- Tidak berniat dengan betul.
- Tidak meratakan air pada seluruh badan (contohnya rambut yang tebal tidak diselati air hingga ke pangkal).
- Tergesa-gesa tanpa mengikut tertib sunnah Rasulullah SAW.
Penutup Cara Mandi Wajib
Mengetahui cara mandi wajib yang betul adalah tanggungjawab setiap Muslim kerana ia berkait rapat dengan kesucian diri dan sahnya ibadah. Amalan ini bukan sahaja menyucikan tubuh secara fizikal, malah membersihkan jiwa dan menzahirkan kepatuhan seorang hamba terhadap perintah Allah SWT. Semoga panduan ini dapat membantu setiap pembaca melaksanakan mandi wajib dengan sempurna mengikut hukum syarak.
Sumber: JAKIM