Cara mohon bantuan Sabah RM300: Menurut belanjawan 2025 Negeri Sabah yang disampaikan oleh Menteri Kewangan dalam Dewan Undangan Negeri Sabah yang lalu telah memperkenalkan inisiatif pembasmian kemiskinan dengan pemberian bantuan tunai khas setiap bulan kepada golongan miskin dan miskin tegar di negeri sabah.
Bantuan ini dikenali sebagai Program Sentuhan Kasih Rakyat. Semak Cara mohon bantuan RM300 Sabah dan Tarikh bayaran disini.
Baca juga: Terkini: Tarikh STR Fasa 2 2025 Diagihkan Pada Bulan April
Isi Kandungan
Maksud Program Sentuhan Kasih Rakyat
Program Sentuhan Kasih Rakyat adalah pemberian bantuan tunai khas RM 300 setiap bulan kepada golongan miskin dan miskin tegar di negeri ini bagi tempoh satu tahun sehingga 31 Disember 2025.
Program ini adalah selaras dengan pengumuman pembentangan Belanjawan 2025 Negeri Sabah yang telah disampaikan oleh Menteri Kewangan dalam Dewan Undangan Negeri Sabah yang lalu mengenai inisiatif pembasmian kemiskinan.
Syarat Kelayakan Bantuan RM300 Sabah
Golongan yang layak menerima Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025:
- Kriteria Asas
- Individu berumur 18 tahun ke atas sebelum 31 Disember 2024:
- Warganegara Malaysia.
- Beralamat dan bermastautin di negeri Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun.
- Pemegang Kad Pengenalan berstatus ‘H’.
.
- Kriteria Tambahan (Memenuhi salah satu kriteria berikut)
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang berstatus miskin atau miskin tegar dalam pangkalan data eKasih setakat 31 Disember 2024.
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang tercicir daripada sistem eKasih dengan pendapatan isi rumah kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
Jumlah Bayaran Bantuan RM300 Sabah Mengikut Fasa
- Fasa 1 : Januari – Mac : RM900.00
- Fasa 2 : April – Jun : RM900.00
- Fasa 3 : Julai – September : RM900.00
- Fasa 4 : Oktober – Disember : RM900.00
Cara Mohon Bantuan RM300 Sabah
Permohonan baharu boleh dilakukan dilaman web rasmi Pangkalan Data Negeri Sabah, sila ikut langkah-langkah Berikut:
- Daftar akaun pengguna dengan mengisi maklumat.
- sahkan akaun anda melalui email yang didaftarkan.
- Log masuk kedalam akaun anda.
- Isi maklumat permohonan yang diperlukan.
- Daftar maklumat anda, permohonan akan diproses.

Semak Kelayakan Bantuan Syukur Sabah RM300

Semakan kelayakan bantuan boleh dibuat melalui dua kaedah iaitu:
- laman web rasmi Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025.
. - Melalui YONO Superapp.

Tarikh Bayaran Bantuan RM300 Sabah
Fasa | Kategori dan Pengagihan | Tarikh |
---|---|---|
Fasa 1 | Mempunyai akaun bank | Februari 2025 (Bermula 19 Februari 2025) |
Tiada akaun bank | Februari – Mac 2025 | |
Fasa 2 | Mempunyai akaun bank | April 2025 |
Tiada akaun bank | April dan Mei 2025 | |
Senarai bukan eKasih: Pembayaran secara berperingkat | Mei 2025 | |
Fasa 3 | Mempunyai akaun bank | Ogos 2025 |
Tiada akaun bank | Ogos dan September 2025 | |
Fasa 4 | Mempunyai akaun bank | Oktober 2025 |
Tiada akaun bank | November dan Disember 2025 |
Pertanyaan Lanjut Bantuan RM300 Sabah
Sila layari laman web rasmi Bantuan Syukur Sabah RM300 untuk membuat pertanyaan lanjut . Atau menghubungi:
Hotline Program Sentuhan Kasih Rakyat Negeri Sabah:
- Talian Telefon: 088 338 338
- Talian WhatsApp: 010 – 5828207
- MySMJ Profiler: Kunjungi Pejabat Daerah Berdekatan
Penafian
Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Maklumat Artikel diperolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.
Kami Komited untuk menyediakan maklumat terkini mengenai bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia, dengan tujuan untuk berkongsi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Penulisan ini bertujuan untuk menyampaikan informasi yang sahih dan terkini, agar pelawat laman web kami dapat memperoleh maklumat terbaru mengenai bantuan yang tersedia.