Masih ramai tertanya tanya cara daftar SARA online untuk mendapat bantuan sumbangan asas rahmah setiap bulan. Walaupun kelayakan SARA adalah secara automatik, penerima yang tidak mempunyai rekod perlu daftar mykasih online.
Ini kerana penerima SARA 2025 akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima. Barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan boleh dibeli di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.
Semak artikel untuk daftar SARA online.
Baca juga: Bayaran STR Fasa 3 Mengikut Bank Maybank, BSN, CIMB, RHB
Isi Kandungan
Apakah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ?
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan program bantuan bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup. Program sumbangan ini adalah untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi MADANI.
Cara Daftar SARA Online (Melalui Portal Rasmi STR)
Berikut adalah cara mudah daftar SARA Online melalui portal rasmi STR:
Mohon STR 2025 di bantuantunai.gov.my → Klik Permohonan Baharu → Isi maklumat pemohon, pasangan (jika berkahwin), anak, dan waris lengkap dengan dokumen & akaun bank → Sahkan captcha → Semak & tick perakuan → Hantar → Pilih daftar MySTR, cetak, atau simpan permohonan.
Kelayakan SARA 2025 adalah secara automatik berdasarkan data Miskin Tegar dan Miskin eKasih sehingga 31 Oktober 2024 atau pada tarikh data semakan berkala. SARA 2025 turut diperluas kepada semua penerima STR 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.
Bagaimana Pelaksanaan SARA ?

Penerima SARA 2025 akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima.
Barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan boleh dibeli di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.
Penerima STR 2025 yang telah disahkan daripada data Miskin Tegar dan Miskin eKasih layak SARA 2025 berjumlah RM100 / RM50 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari 2025 – Disember 2025).
Kadar tambahan kepada semua penerima STR 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM100 / RM50 setiap bulan bagi tempoh 9 bulan (April 2025 – Disember 2025).
Amaun Kelayakan Bantuan SARA
Amaun kelayakan bantuan sara seperti dalam jadual dibawah:
Kategori Penerima | Status Penerima | Jumlah Setahun | Bayaran Bulanan |
---|---|---|---|
Isi Rumah (Tiada had umur) | Miskin & Miskin Tegar eKasih | RM2,100 | RM100/bln (Jan–Mac), RM200/bln (Apr–Dis) |
Selain Miskin & Miskin Tegar eKasih | RM900 | RM100/bln (Apr–Dis) | |
Warga Emas Tiada Pasangan | Miskin & Miskin Tegar eKasih | RM1,650 | RM100/bln (Jan–Mac), RM150/bln (Apr–Dis) |
Selain Miskin & Miskin Tegar eKasih | RM450 | RM50/bln (Apr–Dis) | |
Bujang (21–59 tahun) | Semua | RM600 | RM50/bln (Jan–Dis) |
Cara Semak Kelayakan SARA 2025
Semakan kelayakan SARA 2025 boleh dibuat melalui kaedah berikut:
- Terima Surat Pemakluman dari pihak STR.
- Terima Sistem Pesanan Ringkas dari pihak Mykasih
- Semakan Melalui Portal Rasmi : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Hubungi MyKasih: 03-7720 1800 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
Jumlah Kelayakan Bantuan SARA Ogos 2025

Maklumat Lanjut Daftar SARA Online Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Login
Kerajaan Malaysia menyediakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada penerima terpilih bagi meringankan kos sara hidup. Bantuan ini berbentuk kredit tanpa tunai yang dimasukkan terus ke MyKad penerima untuk digunakan di kedai runcit panel seperti Mydin, 99 Speedmart, Giant, dan Lotus’s bagi pembelian barangan keperluan asas.
Bagi membuat semakan kelayakan dan log masuk SARA secara online, penerima boleh mengakses Portal Rasmi STR di: 🔗 https://bantuantunai.hasil.gov.my
Langkah log masuk SARA Online:
- Layari portal rasmi STR.
- Masukkan No. MyKad dan kata laluan.
- Sahkan kod captcha.
- Klik “Semakan Status” untuk melihat kelayakan SARA, jumlah bantuan, dan tarikh pengkreditan.
Tiada pendaftaran baharu diperlukan kerana kelayakan ditentukan secara automatik berdasarkan rekod penerima STR dan data eKasih. Jika layak, bantuan akan terus dimasukkan ke MyKad penerima mengikut jadual pembayaran rasmi.