Ramai penerima bantuan STR kini tertanya-tanya jadual pembayaran Fasa 3 STR akan masuk ke akaun bank? Antara kaedah utama pembayaran ialah kredit terus ke akaun bank yang telah didaftarkan dalam permohonan STR.
Seperti tahun-tahun sebelum ini, pembayaran Fasa 3 STR akan dibuat secara berperingkat mengikut bank, dan tempoh agihan biasanya mengambil masa antara seminggu hingga dua minggu.
Berdasarkan rekod tahun-tahun lepas, Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Maybank menjadi bank terawal yang menerima kemasukan bantuan STR. Bank-bank lain seperti CIMB, RHB, dan Bank Islam pula biasanya menyusul beberapa hari selepas itu.
Baca juga: Bantuan MyKasih 2025: Siapa Layak Terima RM2,100? Ini Cara Semak Status Anda
Isi Kandungan
Apa itu STR?
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ialah bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada golongan B40 dan M40 yang layak bagi membantu meringankan beban kos sara hidup. Bantuan ini menjadi salah satu inisiatif utama kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat.
STR adalah kesinambungan kepada program bantuan tunai sebelum ini iaitu BR1M, BSH, BPR dan BKM. STR diagihkan secara berfasa sepanjang tahun dengan jumlah bantuan yang berbeza mengikut kategori penerima termasuk pendapatan isi rumah, bilangan anak dan status perkahwinan.
Syarat Kelayakan STR Fasa 3 2025
Isi Rumah
Pemohon
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
- Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
Pasangan
- Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS)
- Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MYKAS)
Anak
- Hubungan mestilah Anak Kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau Anak Angkat yang berdaftar dengan JPN sahaja.
- Warganegara Malaysia yang memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKid) sahaja; dan
- Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan yang berumur 18 tahun dan ke bawah.
- 19 tahun dan ke atas bagi yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Swasta (IPTS)
Warga Emas Bujang Tiada Pasangan
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
- Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah bagi yang berumur 60 tahun dan ke atas.
Bujang
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.
- Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah bagi yang berumur 21 tahun hingga 59 tahun dan OKU berumur 19 tahun hingga 59 tahun.
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
Tarikh bayaran STR fasa 3 akan diumumkan tidak lama lagi, jangan terlepas info terkini bantuan kerajaan : https://whatsapp.com/channel/0029VaVslKMJf05hOTKbWn1Y
Jadual Pembayaran Fasa 3 STR mengikut Bank 2025
Antara bank yang terlibat dalam proses pembayaran Fasa 3 STR 2025 adalah seperti berikut:
- Maybank (Malayan Banking Berhad)
- CIMB Bank
- RHB Bank
- Public Bank
- Bank Islam Malaysia Berhad
- Hong Leong Bank
- Ambank
- Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Bank Rakyat
- Agrobank (Bank Pertanian Malaysia)
- Alliance Bank
- Affin Bank
- UOB Malaysia (United Overseas Bank)
- HSBC Bank Malaysia
- Standard Chartered Bank
- OCBC Bank
- Citibank Malaysia
- MBSB Bank
- Al Rajhi Bank
- Kuwait Finance House (KFH Malaysia)
- Bank of China (Malaysia)
- Deutsche Bank (untuk akaun korporat atau khas)
- J.P. Morgan Chase Bank
- ICBC Malaysia
- BNP Paribas Malaysia
- MUFG Bank (Malaysia)
Mengikut data jadual pembayaran fasa 3 STR pada tahun 2024, dan 2025 fasa 1 & 2 berdasarkan pemerhatian umum pemohon di laman sosial, laporan media dan corak pembayaran STR Fasa 3, senarai bank yang terawal berjaya kredit bantuan STR adalah Bank Simpanan nasional, diikuti oleh Maybank, CIMB, dan bank islam.
Ranking bank penerima bayaran STR terawal berdasarkan data 2024-2025 adalah seperti jadual dibawah:
Rank | Nama Bank | Catatan |
---|---|---|
1 | Bank Simpanan Nasional (BSN) | Terawal untuk bayaran tunai & akaun BSN; juga pemproses utama bantuan. |
2 | Maybank | Antara bank swasta pertama memproses kredit STR. |
3 | CIMB Bank | Sangat aktif dan pantas memproses bantuan; pengalaman pengguna baik. |
4 | Bank Islam | Selalu tersenarai antara penerima terawal, terutama penerima B40. |
5 | RHB Bank | Umumnya dikreditkan pada hari sama seperti CIMB/Maybank. |
6 | Bank Rakyat | Popular di kalangan penerima STR; proses cepat untuk akaun individu. |
7 | Ambank | Proses dalam tempoh awal, tetapi sedikit lewat berbanding Top 5. |
8 | Public Bank | Kreditan agak stabil, tapi sering selepas 1–2 hari dari BSN. |
9 | Affin Bank | Masuk dalam hari yang sama, tetapi bukan batch pertama. |
10 | Hong Leong Bank | Terima bantuan dalam hari sama, tetapi biasanya antara yang terakhir. |
Nota: jadual pembayaran fasa 3 STR mengikut bank diatas bukan sumber rasmi pihak kerajaan, tetapi disusun berdasarkan sumber rasmi awam dan pengalaman ramai penerima.
Tarikh Rasmi Jadual Pembayaran Fasa 3 STR Tahun 2025
berdasarkan data yang dikeluarkan pihak kerajaan, jadual pembayaran fasa 3 STR tahun 2025 akan diagihkan bermula pada bulan Ogos. Tarikh yang spesifik belum dikeluarkan lagi oleh pihak kerajaan.
Namun, berdasarkan data tahun sebelum ini, pihak kami menjangkakan jadual pembayaran Fasa 3 STR tahun 2025 akan bermula pada hujung bulan Julai sehingga awal bulan Ogos 2025.
Cara Semak Status Bayaran Fasa 3 STR 2025
Semakan status bayaran STR Fasa 3 boleh dilakukan melalui beberapa cara, antaranya ialah dengan menghubungi pihak LHDN di talian 1-800-88-2747, dan juga melalui online dengan mengikuti langkah dibawah:
- Layari Laman web STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Masukkan 12 digit nombor Kad pengenalan dan tekan log masuk.
- sahkan kata kunci anda.
- Masukkan Kata laluan yang didaftarkan.
- Jika berjaya, anda akan dimasukkan pada halaman utama
- klik pada semakan permohonan.
- Status permohonan semasa dan status bayaran akan dipaparkan.
Jumlah Bayaran Fasa 3 STR Tahun 2025
Jumlah tepat belum dikeluarkan oleh pihak kerajaan untuk Fasa 3 Tahun 2025, kami akan memaklumkan dengan kadar segera selepas pengumuman dilakukan oleh pihak kerajaan, data terkini yang diberikan oleh pihak kerajaan adalah seperti berikut:

anggaran jumlah bantuan STR Fasa 3 tahun 2025 yang boleh diberikan mengikut data terdahulu adalah seperti berikut:
Kategori Penerima | Pendapatan Isi Rumah | Jumlah (Anggaran) |
---|---|---|
Isi Rumah B40 | < RM2,500 | RM300 – RM500 |
Isi Rumah M40 | RM2,501 – RM5,000 | RM100 – RM300 |
Bujang | < RM2,500 | RM100 – RM150 |
Warga Emas | Tiada pasangan | RM200 – RM300 |
Jumlah keseluruhan bantuan STR untuk tahun 2025 pula seperti jadual dibawah:

Kaedah Jadual Pembayaran Fasa 3 STR 2025
terdapat 2 kaedah pembayaran STR, secara tunai atau terus kredit kedalam bank akaun, perincian kaedah pembayaran STR adalah seperti jadual dibawah:
Kaedah | Perincian |
Kredit kedalam akaun bank pemohon atau pasangan pemohon | Bayaran dikreditkan terus kedalam akaun pemohon atau pasangan pemohon mengikut maklumat pembayaran semasa proses permohonan. |
Tunai Dikaunter BSN | Untuk penerima yang : 1. Tiada akaun bank. 2. Bayaran gagal kredit kedalam akaun pemohon. |
Soalan Lazim Jadual Pembayaran Fasa 3 STR Mengikut Bank 2025
Adakah saya perlu kemas kini maklumat untuk terima bayaran STR Fasa 3?
Tidak perlu jika tiada perubahan pada maklumat anda. Namun, jika terdapat perubahan seperti nombor akaun, status perkahwinan atau tanggungan, anda disarankan mengemas kini melalui portal rasmi STR untuk elak sebarang isu bayaran.
Bagaimana cara untuk semak status kelulusan atau bayaran STR?
Anda boleh semak status permohonan dan bayaran melalui laman web rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my menggunakan nombor MyKad dan kata laluan yang didaftarkan.
Apa maksud ‘gagal kredit’ dalam status Jadual pembayaran fasa 3 str?
‘Gagal kredit’ bermaksud sistem tidak dapat memasukkan bayaran ke akaun bank anda. Ini mungkin berlaku jika akaun tidak aktif, nombor akaun salah, atau akaun ditutup. Anda boleh menuntut bayaran secara tunai di BSN.
Adakah semua bank menerima bayaran STR pada hari yang sama?
Tidak. Pengkreditan dibuat secara berperingkat mengikut bank. Setiap bank mempunyai waktu pemprosesan yang berbeza, jadi tempoh masuk ke akaun penerima juga boleh berbeza.
Bolehkah saya wakilkan orang lain untuk ambil bayaran tunai di BSN?
Tidak boleh. Hanya penerima yang sah dengan pengesahan MyKad sahaja dibenarkan menuntut bayaran secara tunai di kaunter BSN.
Penafian
Kami Komited untuk menyediakan maklumat terkini mengenai jadual pembayaran fasa 3 str 2025 dengan tujuan memudahkan carian pengguna.
Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Maklumat Artikel diperolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.
Penulisan ini bertujuan untuk menyampaikan informasi yang sahih dan terkini, agar pelawat laman web kami dapat memperoleh maklumat terbaru yang tersedia.