Jadual Pembayaran Pencen Kerajaan Tahun 2025

Jadual pembayaran pencen kerajaan tahun 2025 merupakan rujukan kepada semua pesara kerajaan, waris penerima pencen terbitan seta pihak berkaitan yang menguruskan hal kewangan pencen bulanan. Dengan adanya jadual pembayaran pencen kerajaan, pesara dapat menguruskan kewangan dengan lebih teratur sepanjang tahun 2025.

Jadual pada tahun 2025 telah disusun mengikut tarikh tertentu oleh Kumpulan Wang Persaraan (KWAP). Jadual ini merangkumi semua penerima pencen, sama ada melalui kaedah bayaran terus ke akaun atau tunai dikaunter yang terpilih.

Artikel ini akan memaparkan jadual penuh pembayaran pencen kerajaan setiap bulan bagi tahun 2025.

Baca juga: Senarai Kedai Mykasih Kuala Lumpur (Sumbangan Asas Rahmah)

Pengenalan Jadual Pembayaran Pencen Kerajaan Tahun 2025

Jadual pembayaran pencen kerajaan tahun 2025 merupakan bayaran yang akan diterima oleh pesara yang pernah berkhidmat dengan kerajaan. Bayaran ini akan dikreditkan terus kedalam akaun penerima pada setiap bulan mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak Kumpulan Wang Persaraan (KWAP).

Tarikh yang diberikan adalah berbeza dengan tarikh gaji penjawat awam kerana diuruskan oleh dua entiti yang berbeza. rujuk pada jadual dibawah untuk tarikh rasmi jadual pembayaran pencen tahun 2025

Tarikh Rasmi Pembayaran Pencen Tahun 2025

jadual pembayaran pencen kerajaan

Tarikh pembayaran pencen pada tahun 2025 dikeluarkan oleh pihak Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) adalah seperti dibawah:

  • Januari – 17.01.2025 (Jumaat)
  • Februari – 19.02.2025 (Rabu)
  • Mac – 21.03.2025 (Jumaat)
  • April – 18.04.2025 (Jumaat)
  • Mei – 21.05.2025 (Rabu)
  • Jun – 20.06.2025 (Jumaat)
  • Julai – 18.07.2025 (Jumaat)
  • Ogos – 20.08.2025 (Rabu)
  • September – 19.09.2025 (Jumaat)
  • Oktober – 15.10.2025 (Rabu)
  • November – 19.11.2025 (Rabu)
  • Disember – 17.12.2025 (Rabu)

Nota: Semua bayaran dikreditkan sebelum 3:00 PM waktu Malaysia pada tarikh disebut

anda disarankan untuk merujuk pada laman web rasmi kwap di pautan berikut bagi melihat pengesahan tarikh bayaran pencen tahun 2025: https://www.kwap.gov.my/pension-services/jadual-pembayaran-pencen/

Cara Semakan Pembayaran Pencen Secara Online

Semakan boleh dilakukan dengan membuat carian pada google, taip sahaja “semakan jadual pembayaran pencen” anda akan melihat pada beberapa laman web yang menyediakan jadual pembayaran pencen.

Tarikh rasmi pembayaran pencen kerajaan tahun 2025 dikeluarkan di laman web rasmi KWAP di pautan : https://www.kwap.gov.my/pension-services/jadual-pembayaran-pencen/

Penafian

Kami Komited untuk menyediakan maklumat terkini mengenai Pembayaran Pencen 2025 dengan tujuan memudahkan carian pengguna.

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Maklumat Artikel diperolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Penulisan ini bertujuan untuk menyampaikan informasi yang sahih dan terkini, agar pelawat laman web kami dapat memperoleh maklumat terbaru yang tersedia.

Leave a Comment