Jadual pembayaran STR Maybank 2026 adalah maklumat penting yang dicari ramai penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk merancang kewangan keluarga dengan lebih teratur.
Dalam artikel ini, kami kongsikan tarikh rasmi, fasa pembayaran, jumlah bayaran mengikut kategori, serta cara semakan yang sahih dan terkini berdasarkan sumber rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan kerajaan Malaysia untuk tahun 2026.
Bayaran STR Maybank merujuk kepada bila dan bagaimana wang bantuan STR akan dikreditkan ke akaun Maybank anda sebagai salah satu bank penerima
Baca juga: SARA 2026: Cara Semak Status, Kelayakan & Jumlah Bantuan (Sumbangan Asas Rahmah)
Isi Kandungan
Apa Itu STR & Kepentingannya?
STR atau Sumbangan Tunai Rahmah merupakan bantuan tunai kerajaan Malaysia yang diberikan kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana, serta warga emas tiada pasangan yang layak.
Tujuan utama STR adalah untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat Malaysia dalam menghadapi tekanan ekonomi semasa.
Program ini juga diperkukuhkan melalui Belanjawan 2026 dengan peruntukan yang lebih besar berbanding tahun sebelumnya
Jadual Pembayaran STR 2026
STR 2026 dibayar secara berperingkat mengikut fasa. Maklumat dibawah menunjukkan tarikh asas untuk pembayaran STR 2026 mengikut fasa:
- Fasa 1: 20 Januari 2026
- Fasa 2: April 2026
- Fasa 3: Julai 2026
- Fasa 4: Oktober 2026
Nota: Jadual untuk setiap fasa boleh berubah dari masa ke semasa mengikut pengumuman rasmi kerajaan.

Jadual Pembayaran STR Maybank (Waktu Kredit)
Setiap bank mempunyai waktu pemprosesan berbeza untuk bayaran STR ke akaun penerima.
Proses kredit untuk bank Maybank akan berlaku secara berperingkat pada tarikh bayaran rasmi setiap fasa.
Waktu masuk boleh berbeza (pagi, petang atau malam), bergantung pada sistem bank dan jumlah transaksi pada hari itu.
Penerima dinasihatkan menyemak akaun bank menggunakan Maybank2u atau aplikasi MAE selepas tarikh pembayaran rasmi diumumkan.
Cara Semakan Jadual pembayaran STR Maybank
Semakan Melalui Portal Rasmi MySTR
- Layari portal rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Log masuk menggunakan MyKad & kata laluan MySTR.
- Pilih menu Semakan Pembayaran untuk lihat status, jumlah, dan tarikh bayaran STR terkini.
Semakan Melalui Aplikasi Bank
Gunakan Maybank2u / MAE app untuk melihat sama ada bayaran STR telah dikreditkan ke akaun.
Nota: Jika status menunjukkan Gagal Kredit, anda boleh menuntut secara tunai di BSN dengan membawa MyKad.
Maklumat Lanjut
Untuk pertanyaan, semakan status atau sebarang isu berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 2026, sila rujuk saluran rasmi kerajaan Malaysia berikut agar maklumat yang diterima adalah tepat dan terkini:
- Portal MySTR (Semakan & Permohonan STR 2026): https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Hotline STR rasmi (HASiL): 1-800-88-2747 (Isnin–Jumaat, 9.00 pagi–5.00 petang)
- Hotline Kementerian Kewangan (MOF): 03-8882 4565 / 03-8882 4566 (Isnin–Jumaat)
- Emel: str@treasury.gov.my
