SARA 2025: Cara Mohon Bantuan SARA Online Tahun 2025

Pasti ramai belum tahu cara mohon Bantuan SARA Online. Permohonan secara online kini dibuka sepanjang tahun khas kepada rakyat Malaysia. Sebelum itu, mari kita kenali apa itu SARA 2025.

Sumbangan Asas Rahmah 2025 merupakan bantuan tambahan kepada golongan yang layak. Kelayakan dibuat berdasarkan data semasa yang terdapat di portal Sumbangan Tunai Rahmah dan juga data E-Kasih.

Pihak kerajaan menggalakkan rakyat Malaysia untuk membuat permohonan secara online agar sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban dan membolehkan kelarga yang layak untuk membeli barangan keperluan asas harian.

Baca juga: STR 2025: Senarai Nama Layak Bantuan & Jumlah Yang Diluluskan

Apa itu SARA 2025

bantuan sara online

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan bayaran tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Kelayakan SARA adalah secara automatik berdasarkan data lulus STR 2025 melibatkan kumpulan Miskin dan Miskin Tegar (eKasih) sehingga 31 Oktober 2024 dan turut diperluas kepada semua penerima STR 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan. Di bawah program ini, penerima yang layak boleh membeli barang keperluan asas terpilih dengan menggunakan MyKad di pasaraya/kedai-kedai runcit berdaftar.

Cara Mohon Bantuan SARA Online

Anda layak membuat permohonan baru sekiranya belum mendaftar bantuan Sumbangan Tunai Rahmah. Sila klik laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah .

Bagi permohonan baru

  1. Klik pada butang ‘permohonan baru’.
  2. Lengkapkan maklumat peribadi pemohon (ruangan yang bertanda * wajib diisi).
  3. Isikan maklumat pasangan sekiranya anda sudah berkahwin.
  4. Isikan maklumat anak dan waris sekiranya berkaitan.
  5. klik butang ‘teruskan’ setelah maklumat diatas lengkap diisi.
  6. Isi kod Captcha sama seperti yang dipaparkan pada menu pengesahan dan klik sahkan Captcha.
  7. Tick pada butang perakuan pemohon selepas memastikan segala maklumat adalah lengkap dan sahih
  8. hantar borang permohonan dengan menekan butang ‘hantar’ dan selesai.

Syarat Mohon Bantuan SARA Online 2025

  • Warganegara Malaysia.
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 untuk kategori:
    • Isi Rumah
    • Bujang
    • Warga Emas Tiada Pasangan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024 atau pada tarikh data semakan berkala.

Semak Kelayakan Bantuan SARA Online 2025

setelah berjaya membuat permohonan secara online. Semakan kelayakan boleh dibuat melalui kaedah yang berikut:

  • Portal Rasmi:
    • Portal STR: bantuantunai.hasil.gov.my
    • Portal MyKasih: mykasih.com.my
  • Hubungi untuk Semakan Kelayakan SARA:
    • BKK HASiL: 1-800-88-2747 (Waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
    • MOF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
    • MyKasih: 03-7720 1800 (Waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)

Jumlah Kelayakan Bantuan SARA Online 2025

KATEGORI PENERIMABAYARAN BULANAN
(RM)
JANUARI – MAC
BAYARAN BULANAN
(RM)
APRIL – DISEMBER
JUMLAH KESELURUHAN BANTUAN SARA 2025
(RM)
Isi Rumah
(STR & eKasih)
RM 100RM 200RM 2,100
Warga Emas Tiada Pasangan
(STR & eKasih)
RM 100RM 150RM 1,650
Bujang
(eKasih & STR)
RM 50RM 50RM 600
Isi Rumah
(STR sahaja)
RM 100RM 900
Warga Emas Tiada Pasangan
(STR sahaja)
RM 50RM 450

Maklumat Lanjut Bantuan SARA Online 2025

Sila rujuk alamat, nombor telefon dan email yang disediakan dibawah untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai bantuan SARA online tahun 2025.

MyKasih Foundation
Level 3, DIALOG TOWER,
No. 15, Jalan PJU 7/5,
Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA.

Dedicated Line(s) for MyKasih Recipients
Tel: (603) 7720 1800
(Mon – Fri, Normal Business Hours)
Dedicated Line(s) for Merchants
Tel: (603) 7720 1900
(Mon – Fri, Normal Business Hours)
Email
info@mykasih.com

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Maklumat Artikel diperolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Sila rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Kami Komited untuk menyediakan maklumat terkini mengenai bantuan dan info yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia, dengan tujuan memudahkan carian pengguna.

Penulisan ini bertujuan untuk menyampaikan informasi yang sahih dan terkini, agar pelawat laman web kami dapat memperoleh maklumat terbaru yang tersedia.

Leave a Comment