Mohon JKM Online Sekarang. Borang Permohonan Bagi Tahun 2025 boleh di isi secara online bagi memperluaskan lagi penyaluran bantuan kepada golongan memerlukan.
Sila hadir ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat mengikut daerah tempat tinggal pemohon dalam tempoh 14 hari permohonan online dilakukan.
Semak senarai dokumen yang perlu dibawa semasa hadir ke pejabat selepas mohon JKM online dibawah.
Isi Kandungan
Artikel berkaitan: Tarikh Bayaran JKM 2025 : Maklumat Agihan Secara Online
Mohon JKM Online
Mohon JKM Online adalah proses permohonan bantuan daripada (JKM) secara online. Mereka yang memerlukan bantuan daripada JKM boleh mengisi dan menghantar borang permohonan melalui laman web rasmi JKM.
Manfaat proses ini adalah untuk mempercepatkan urusan permohonan, serta memastikan bantuan dapat disalurkan dengan lebih efisien kepada mereka yang layak.
Jenis Bantuan JKM Tahun 2025

Berikut adalah jenis bantuan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM):
- Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
- Bantuan Anak Pelihara (BAP)
- Bantuan Warga Emas (BWE)
- Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU)
- Bantuan Am Persekutuan
- Bantuan Am Negeri
- Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
- Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
- Bantuan Latihan Perantis (BLP)
Mohon JKM Online Sekarang.
Jumlah Bantuan dan Syarat Kelayakan JKM 2025
- Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
- Kadar: RM150-RM1000 sebulan.
- Syarat: Warganegara, pendapatan isi rumah di bawah PGK, kanak-kanak bawah 18 tahun.
.
- Bantuan Anak Pelihara (BAP)
- Kadar: RM250 sebulan seorang, maksimum RM500 sekeluarga.
- Syarat: Kanak-kanak bawah 18 tahun, tiada ibu bapa, bukan anak angkat rasmi.
.
- Bantuan Warga Emas (BWE)
- Kadar: RM500 sebulan seorang.
- Syarat: Warganegara, berumur 60 tahun ke atas, pendapatan isi rumah di bawah PGK.
.
- Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU)
- Kadar: RM450 sebulan seorang.
- Syarat: Warganegara, berumur 16 tahun ke atas, pemegang kad OKU, pendapatan bulanan RM1500 ke bawah.
.
- Bantuan Am Persekutuan
- Kadar: RM100-RM350 sebulan.
- Syarat: Warganegara, pendapatan isi rumah di bawah PGK, tidak diliputi skim bantuan lain.
.
- Bantuan Am Negeri
- Kadar: Berdasarkan kadar Kerajaan Negeri.
- Syarat: Golongan memerlukan, tidak diliputi bantuan lain.
.
- Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
- Kadar: RM300 sebulan seorang.
- Syarat: Warganegara, berumur 16 tahun ke atas, pemegang kad OKU, tidak berupaya bekerja.
.
- Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
- Kadar: RM500 sebulan seorang.
- Syarat: Warganegara, penjaga sepenuh masa, pendapatan isi rumah di bawah RM3000.
.
- Bantuan Latihan Perantis (BLP)
- Kadar: RM200 sebulan seorang.
- Syarat: Warganegara, anak penerima bantuan, bekas pelatih institusi kebajikan, kes seliaan akhlak.
Mohon JKM Online Sekarang. Semak Dibawah.
Mohon JKM Online: Panduan Lengkap

Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat permohonan bantuan JKM secara online berdasarkan sumber rasmi:
- Layari laman web rasmi eBantuan JKM di ebantuanjkm.jkm.gov.my
- Daftar akaun baru dengan isi maklumat yang diminta.
- Log masuk ke akaun anda menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang didaftarkan.
- Pilih jenis bantuan yang ingin mohon dan isi borang permohonan.
- Semak semula maklumat yang telah diisi dan pastikan betul dan hantar permohonan.
- Hadir ke Pejabat JKM: Anda Pelu Hadir ke Pejabat JKM dalam masa 14 hari tarikh permohonan.
Dokumen Yang Perlu Di Bawa
Berikut adalah senarai dokumen yang diperlukan untuk permohonan bantuan JKM selepas mohon JKM online:
- Salinan kad pengenalan pemohon depan dan belakang.
- Salinan kad pengenalan/ mykid/ sijil kelahiran ahli keluarga yang tinggal bersama.
- Salinan kad oku/ slip pendaftaran sementara (bagi pemohon oku).
- Salinan sijil kematian/ perceraian (jika berkaitan).
- Penyata pendapatan atau surat pengesahan pendapatan dari majikan/ surat akuan
- Laporan dari agensi lain yang berkaitan (aadk/ polis/ penjara) (jika berkaitan)
- Salah satu salinan bil utiliti seperti air/ elektrik/ telefon/ astro, dll (bagi pengesahan alamat)
- Kertas cadangan projek dan sebut harga barang (bagi permohonan bantuan geran)
- Pengesahan rawatan/ surat sokongan/ syor daripada doktor/ pakar perubatan dan sebut harga barang (bagi permohonan bantuan alat tiruan/sokongan)
Semakan Kelayakan Bantuan Mohon JKM Online

Semakan kelayakan Permohonan bantuan JKM boleh dilakukan dengan cara:
- Mengunjungi Pejabat JKM Terdekat: Bawa dokumen-dokumen yang diperlukan dan kunjungi pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang berdekatan dengan anda. Pegawai JKM akan membantu anda membuat semakan kelayakan
- Menghubungi talian hotline JKM.
- Secara Online di Portal Rasmi eBantuan JKM
Anda juga boleh mengunjungi pusat khidmat masyarakat atau pusat komuniti yang menyediakan perkhidmatan semakan kelayakan dan bantuan permohonan JKM.
Senarai Nombor Rasmi Pejabat JKM mengikut Negeri
- Johor: 07-233 0400
- Kedah: 04-700 1700
- Kelantan: 09-7416900
- Labuan: 087-424961
- Melaka: 06-333 3333
- Pahang: 09-5650222
- Perak: 05-2545505
- Perlis: 04-9791400 / 04-9791401
- Pulau Pinang: 04-6505259
- Selangor: 03-5545 5598
- Negeri Sembilan: 06-765 9555
- Terengganu: 09-6222444 / 09-6274256/51
- Putrajaya: 03-8000 8000
- Sarawak: 082-449577
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 03-40104000
- Sabah: 088-255133 / 088-255134 / 088-244228
PENAFIAN
Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Maklumat Artikel diperolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.
Kami Komited untuk menyediakan maklumat terkini mengenai bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia, dengan tujuan untuk berkongsi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Penulisan ini bertujuan untuk menyampaikan informasi yang sahih dan terkini, agar pelawat laman web kami dapat memperoleh maklumat terbaru mengenai bantuan yang tersedia.