MyKasih 2025 adalah sebuah yayasan bekerjasama dengan pihak kerajaan menyediakan bantuan kepada golongan B40 dan miskin tegar melalui sistem cashless. Bantuan ini diagihkan terus ke dalam MyKad penerima untuk membeli barangan keperluan asas di kedai runcit terpilih.
Melalui kerjasama ini, bantuan bulanan RM100 hingga RM200 sebulan diagihkan secara automatik kepada penerima yang layak berdasarkan data daripada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan sistem eKasih. Bantuan ini bertujuan meringankan beban kos sara hidup rakyat, khususnya golongan miskin dan miskin tegar seterusnya menguatkan kuasa pembeli dan meningkatkan ekonomi tempatan.
Baca juga: Ini Senarai Barang Lulus Mykasih 2025! Barangan Yang Boleh Ditebus
Isi Kandungan
Apa Maksud Mykasih
Mykasih merupakan sebuah yayasan bekerjasama dengan pihak kerajaan dalam menyalurkan bantuan kepada golongan B40 dan Miskin tegar yang berdaftar dengan e-kasih. Antara bantuan utama yang disampaikan adalah bantuan Sumbangan Asas Rahmah yang diagihkan secara cashless terus kedalam mykad penerima. Kelayakan diambil secara automatik melalui data STR dan e-kasih.
Syarat Permohonan Mykasih 2025
- Warganegara Malaysia
- Lulus STR 2025 – kategori Isi Rumah, Bujang atau Warga Emas Tiada Pasangan
- Tersenarai sebagai Miskin atau Miskin Tegar dalam sistem eKasih sehingga 31 Oktober 2024
Kategori & Jumlah Bantuan Mykasih 2025

- Kategori Penerima STR & eKasih :
- Isi Rumah – RM2100
- Warga Emas Tiada Pasangan – RM1650
- Bujang – RM600
- Kategori Penerima STR sahaja :
- Isi Rumah – RM900
- Warga Emas Tiada Pasangan – RM450
Cara Mendaftar Bantuan Mykasih 2025
Cara daftar mykasih online melalui Laman Web Rasmi STR 2025
- Login Sistem STR
- Klik Log Masuk STR → Masukkan 12 digit Mykad → Klik Log Masuk.
- Jawab Soalan Keselamatan
- Jawab soalan berdasarkan Permohonan STR 2024.
- Daftar Akaun MySTR
- Kata Kunci Keselamatan:
- Jawab 5 Soalan Keselamatan:
- Semak Soalan & Jawapan:
- Bina Kata Laluan:
- Klik ‘Daftar’.
Cara daftar mykasih online melalui e-Kasih
- Sila hadir dan rujuk kepada Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri.
- Isi borang dan maklumat yang diperlukan.
- Lampirkan dokumen sokongan yang diperlukan.
- Semakan kelayakan boleh dilakukan secara online di pautan: https://ekasih2.icu.gov.my/#menu2
Cara Semak Kelayakan Bantuan Mykasih 2025

Portal MyKasih
Kunjungi https://www.mykasih.com.my dan masukkan nombor MyKad untuk semak status penerimaan bantuan SARA.
SMS atau WhatsApp daripada MyKasih
Penerima akan menerima mesej melalui SMS atau WhatsApp yang mengesahkan kelayakan serta maklumat lokasi dan masa sesi orientasi di kedai runcit terpilih.
Portal Rasmi STR
Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my dan log masuk menggunakan nombor MyKad untuk semak status kelayakan STR dan Mykasih.
Hubungi LHDNM atau MOF
LHDNM: 1800882747. Kementerian Kewangan(MOF): 03-8882 4565/4566
Surat Pemakluman
Penerima yang layak akan menerima surat rasmi daripada pihak LHDNM atau MyKasih yang menyatakan kelayakan bantuan.
Tarikh Bayaran Bantuan Mykasih 2025
Penerima Lama e-kasih | Penerima Baharu (Lulus STR Sahaja) |
---|---|
15 Januari 2025 | – |
Februari 2025 | – |
Mac 2025 | – |
April 2025 | April 2025 |
Mei 2025 | Mei 2025 |
Jun 2025 | Jun 2025 |
Julai 2025 | Julai 2025 |
Ogos 2025 | Ogos 2025 |
September 2025 | September 2025 |
Oktober 2025 | Oktober 2025 |
November 2025 | November 2025 |
Disember 2025 | Disember 2025 |
Cara Bantuan Mykasih 2025 Disalurkan
Bagi tahun 2025, penyaluran SARA melalui penggunaan MyKad akan diperluaskan ke negeri Sabah dan Sarawak berbanding hanya di negeri-negeri Semenanjung Malaysia pada tahun 2024.
Mekanisme yang seragam ini adalah penambahbaikan daripada tahun lalu, berbanding penyaluran bantuan secara tunai dua kali setahun kepada penerima SARA yang bermastautin di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Senarai Kedai Berdaftar Untuk Pembelian Mykasih
Senarai kedai berdaftar bleh disemak melalui laman web rasmi Mykasih , Masukkan nama Bandar, Negeri dan tekan butang ‘cari‘ .
Senarai Barangan Yang Boleh Ditebus Menggunakan Mykasih

Untuk memudahkan penerima bantuan MyKasih, berikut adalah 14 kategori barangan keperluan asas yang diluluskan untuk pembelian melalui Program MyKasih: beras, minyak masak, telur, biskut, minuman, makanan dalam tin, produk kebersihan, ubat-ubatan asas, roti, tepung, mi segera, bahan perasa, bahan kebersihan rumah, dan barangan sekolah.
Gunakan aplikasi MyKasih atau rujuk label khas “SARA MyKasih” di rak barangan untuk panduan yang lebih mudah dan cepat.
Senarai Barang Lulus Mykasih Mengikut Jenama 2025
Berikut adalah jenama barang lulus mykasih bagi tahun 2025:
- Beras: Jasmine, Jati, Cap Rambutan, Saga, Bernas, Faiza
- Minyak Masak: Seri Murni, Saji, Buruh, Vesawit, Daisy, Knife
- Telur: Nutriplus, QL Eggs, CP
- Biskut: Munchy’s, Julie’s Kerk, Tiger, Kraft Foods, Chips More, Jacobs, Hwa Tai, Hup Seng
- Minuman: Boh, Dutch Lady, Milo, Fernleaf, Nescafe, F&N, Horlicks, Quaker, Marigold, Vico
- Ubat-Ubatan Asas: Prospan, Hurix’s, Sterimar, Panadol, Difflam
- Barangan Sekolah: Stabilo, Staedtler, Bata, Faber Castell, Canggih
- Makanan Dalam Tin: TC Boy, Adabi, Kimball, Yeos, Ayam Brand, King Cup
- Roti: Massimo, Gardenia, Mighty White
- Tepung: Blue Key, Faiza, Cap Ros, Cap Lili, Cap Sauh
- Mi Segera: Indo Mie, MAMEE, Mie Sedaap, EKA, Maggi, Cintan
- Bahan Perasa: Puteri, Kimball, Maggi, CSR, Tamin, Life, Jalen, Faiza, Planta
- Produk Kebersihan: Colgate, Kotex, Dettol
Langkah Menggunakan Bantuan Mykasih Di Kedai Dan Pasaraya

- Pilih barang keperluan:
- Tunjuk Mykad untuk pengesahan:
- Tukar Nombor Pin:
- Imbas Kod Barangan:
- Bayar Menggunakan MyKad:
- Simpan Resit Untuk Semakan:
Cara Semak Baki Bantuan Didalam Mykad
Baki bantuan mykasih boleh disemak melalui aplikasi Mykasih, laman web semakan status Mykasih, atau dari resit pembelian.
Maklumat Lanjut Bantuan Mykasih Tahun 2025
Maklumat Lengkap boleh dirujuk melalui laman web rasmi
Tingkat 3, MENARA DIALOG,
No. 15, Jalan PJU 7/5,
Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA.
- Talian Khas untuk Penerima MyKasih: (603) 7720 1800
- Talian Khas untuk Peniaga: (603) 7720 1900
- E-mel: info@mykasih.com.my
Soalan Lazim Bantuan Mykasih 2025
Kalau barang yang saya beli lebih dari baki dalam MyKad, saya kena bayar sendiri ke?
Ya, kena bayar sendiri kalau lebih. MyKad tu cuma untuk barang keperluan asas je.
Kalau bulan ni saya tak habis guna elaun, boleh bawa ke bulan depan tak?
Boleh, baki akan dibawa ke bulan seterusnya. Tapi kalau tak guna sampai 31 Disember 2025, baki tu akan luput.
Elaun SARA ni ada tarikh luput ke?
Ada. Sah sampai 31 Disember 2025 je.
Orang lain boleh tolong beli guna MyKad saya tak?
Tak boleh. Kena guna MyKad sendiri dan tahu nombor pin. Kalau orang lain guna, tanggungjawab atas penerima sendiri.
Kalau MyKad saya rosak atau hilang, macam mana?
Call Talian Bantuan MyKasih. Boleh beli sekali je secara manual. Lepas tu kena guna MyKad baru.
Penafian
Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Maklumat Artikel diperolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.
Kami Komited untuk menyediakan maklumat terkini mengenai bantuan dan info yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia, dengan tujuan memudahkan carian pengguna.
Penulisan ini bertujuan untuk menyampaikan informasi yang sahih dan terkini, agar pelawat laman web kami dapat memperoleh maklumat terbaru yang tersedia.