Pendaftaran Mykasih boleh dilakukan secara online melalui pautan rasmi STR, permohonan yang lulus akan mendapat bantuan sebanyak RM50 sehingga RM200 mengikut kategori kelayakan. Bantuan ini merupakan inisiatif pihak kerajaan dalam memastikan setiap golongan mendapat akses pembelian barangan asas.
Pihak kerajaan mengalu-alukan semua warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk membuat permohonan, buktinya kerajaan membuka permohonan sepanjang tahun bagi mereka yang belum membuat permohonan dan meningkatkan lagi peruntukan bantuan ini.
join Channel WhatsApp kami secara percuma dan jadi antara yang terawal dapat info Bantuan Kerajaan : https://whatsapp.com/channel/0029VaVslKMJf05hOTKbWn1Y
Baca juga: Mykasih 2025: Daftar Sekarang & Semak Kelayakan Secara Online Disini
Isi Kandungan
Pendaftaran Mykasih
Pendaftaran Mykasih boleh dilakukan menerusi laman web Sumbangan Tunai Rahmah, Permohonan terbuka kepada seluruh rakyat malaysia, Kelayakan akan ditentukan melalui data Sumbangan Tunai Rahmah dan juga data e-kasih.
Sekiranya anda rasa layak untuk memohon kategori e-kasih, anda boleh merujuk kepada Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN). Bergantung kepada syarat pemohonan pendaftaran eKasih.
- Pautan pendaftaran Sumbangan Tunai Rahmah: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Pautan pendaftaran e-kasih: https://www.icu.gov.my/ pg=perkhidmatan&type=sejahtera&list=s03
Syarat Kelayakan Pendaftaran Mykasih
Syarat untuk Daftar SARA 2025 ialah Warganegara Malaysia, Lulus STR 2025 kategori Isi Rumah, Bujang atau Warga Emas Tiada Pasangan, dan Tersenarai sebagai Miskin atau Miskin Tegar dalam sistem eKasih sehingga 31 Oktober 2024.
Cara Pendaftaran Mykasih secara Online
Bermula tahun 2025, pendaftaran SARA secara online melalui laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah di pautan: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik pada ‘permohonan baharu’ @ ‘permohonan baharu dengan Mydgital ID’
- Isi Maklumat yang diperlukan.
- Sediakan dokumen sokongan yang diperlukan.
- Klik ‘Daftar’.
Pendaftaran melalui e-kasih pula seperti berikut:
- Sila hadir dan rujuk kepada Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri.
- Isi borang dan maklumat yang diperlukan.
- Lampirkan dokumen sokongan yang diperlukan.
- Semakan kelayakan boleh dilakukan secara online di pautan: https://ekasih2.icu.gov.my/#menu2
Semakan Keputusan Pendaftaran Mykasih
Semakan keputusan Pendaftaran mykasih dibuat melalui cara berikut:
- Melalui portal Mykasih
- Melalui portal STR
- Sms atau whatsapp makluman dari pihak Mykasih
- Surat pemakluman
- menghubungi LHDNM atau MOF.
- Portal Semakan keputusan Mykasih: https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Portal Semakan Status STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Nombor LHDNM & MOF: 1800882747 , 0388824565/4566
Kaedah Saluran Bantuan Mykasih 2025
Bagi tahun 2025, penyaluran SARA melalui penggunaan MyKad akan diperluaskan ke negeri Sabah dan Sarawak berbanding hanya di negeri-negeri Semenanjung Malaysia pada tahun 2024.
Mekanisme yang seragam ini adalah penambahbaikan daripada tahun lalu, berbanding penyaluran bantuan secara tunai dua kali setahun kepada penerima SARA yang bermastautin di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Jumlah Bantuan Mykasih Mengikut Kategori

- Kategori Penerima STR & eKasih :
- Isi Rumah – RM2100
- Warga Emas Tiada Pasangan – RM1650
- Bujang – RM600
- Kategori Penerima STR sahaja :
- Isi Rumah – RM900
- Warga Emas Tiada Pasangan – RM450
Jadual Pembayaran Bantuan Mykasih 2025
Penerima Lama e-kasih | Penerima Baharu (Lulus STR Sahaja) |
---|---|
15 Januari 2025 | – |
Februari 2025 | – |
Mac 2025 | – |
April 2025 | April 2025 |
Mei 2025 | Mei 2025 |
Jun 2025 | Jun 2025 |
Julai 2025 | Julai 2025 |
Ogos 2025 | Ogos 2025 |
September 2025 | September 2025 |
Oktober 2025 | Oktober 2025 |
November 2025 | November 2025 |
Disember 2025 | Disember 2025 |
Penafian
Penulisan ini bertujuan untuk menyampaikan informasi yang sahih dan terkini, agar pelawat laman web kami dapat memperoleh maklumat terbaru yang tersedia.
Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Maklumat Artikel diperolehi daripada website rasmi kerajaan ataupun berita. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.
Kami Komited untuk menyediakan maklumat terkini mengenai bantuan dan info yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia, dengan tujuan memudahkan carian pengguna.
saya ingin membuat pendaftaran mykasih 2025 bagaimana?
saya sudah membuat permohonan sekarang menunggu giliran
Dapat kan bantuan OKU
saya sebagai suri rumah ingin buat permohonan mykasih
Sye masih berkarja pendapatan gaji yg rendah so sye mintak bantuan OKU