Permohonan MyKasih 2025 menjadi topik penting pada tahun ini kerana ramai rakyat Malaysia, khususnya golongan B40, sedang mencari maklumat terkini mengenai cara daftar MyKasih, semakan status penerima MyKasih, syarat kelayakan MyKasih, serta jumlah bantuan MyKasih yang disediakan oleh kerajaan. Program MyKasih adalah inisiatif rasmi kerajaan bagi menyalurkan bantuan kewangan tanpa tunai kepada penerima melalui sistem cashless yang menggunakan MyKad di pasar raya dan kedai runcit berdaftar.
Melalui bantuan MyKasih 2025 ini, penerima layak boleh membeli barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, telur, susu, ubat-ubatan, barangan kebersihan, dan barangan sekolah. Ramai juga yang tertanya-tanya sama ada permohonan MyKasih perlu dibuat secara manual, bagaimana cara semakan kelulusan MyKasih dilakukan, berapa jumlah bantuan SARA yang akan diterima setiap bulan, serta bila tarikh penyaluran bantuan bermula.
Artikel ini akan menghuraikan secara lengkap mengenai permohonan MyKasih 2025, termasuk panduan daftar STR, semakan status bantuan SARA, kategori penerima yang layak, jumlah bantuan mengikut isi rumah dan bujang, serta cara menggunakan MyKasih di kedai runcit seluruh Malaysia. Semua maklumat disusun berdasarkan sumber rasmi kerajaan dan portal sahih bagi memastikan pembaca mendapat panduan yang tepat dan terkini.
Baca juga: Semakan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah SYUKUR 2025: Panduan Lengkap
Isi Kandungan
Apa Itu Permohonan Mykasih 2025
Permohonan MyKasih 2025 sebenarnya merujuk kepada Permohonan STR 2025. Penerima yang lulus STR secara automatik dipertimbangkan untuk menerima bantuan SARA melalui platform MyKasih. Tiada borang khas atau pautan untuk permohonan manual di portal MyKasih.
Selepas kelulusan STR, nama penerima akan disemak dengan pangkalan data eKasih untuk menentukan jumlah bantuan yang layak diterima. Hanya penerima yang tersenarai dalam STR dan/atau eKasih sahaja akan dimasukkan ke dalam sistem MyKasih.
Siapa Layak Terima Bantuan MyKasih (SARA) 2025?
Bantuan ini dikhususkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan. Antara syarat kelayakan ialah:
- Warganegara Malaysia.
- Lulus Permohonan STR 2025.
- Tersenarai dalam pangkalan data eKasih sebagai golongan miskin atau miskin tegar (sehingga 31 Oktober 2023).
Nota penting:
- Golongan STR akan menerima bantuan, namun jumlahnya lebih rendah berbanding penerima STR + eKasih.
- Tiada permohonan berasingan diperlukan untuk SARA, ia diagihkan secara automatik selepas tapisan kelayakan dibuat.
Cara Permohonan Mykasih Melalui STR
Untuk memastikan layak menerima MyKasih (SARA), pemohon perlu mengisi permohonan STR dengan lenngkap. Langkahnya ialah:
- Layari portal rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log masuk atau daftar pengguna baharu.
- Isi maklumat penting seperti nombor MyKad, butiran isi rumah, pendapatan, status perkahwinan, dan maklumat bank.
- Hantar permohonan dan simpan slip pengesahan.
Pihak LHDNM akan memproses permohonan sebelum mengesahkan kelayakan. Sekiranya lulus, bantuan SARA akan terus dikreditkan ke MyKad penerima melalui MyKasih.
Jumlah Bantuan MyKasih (SARA) 2025

Kategori Penerima | Jan–Mac 2025 | Apr–Dis 2025 | Jumlah Tahunan |
---|---|---|---|
Isi Rumah (eKasih + STR) | RM100/bln | RM200/bln | RM2,100 |
Warga Emas Tiada Pasangan (eKasih+STR) | RM100/bln | RM150/bln | RM1,650 |
Bujang (eKasih + STR) | RM50/bln | RM50/bln | RM600 |
Isi Rumah (STR sahaja) | — | RM100/bln | RM900 |
Warga Emas (STR sahaja) | — | RM50/bln | RM450 |
Cara Semakan Status Permohonan Mykasih 2025 & Baki Bantuan

Terdapat beberapa cara untuk membuat semakan status permohonan MyKasih 2025:
a) Melalui Portal MyKasih
- Layari www.mykasih.com.my
- Klik “Semak Status”.
- Masukkan nombor MyKad tanpa sengkang.
- Status kelayakan akan dipaparkan.
b) Melalui Portal STR
Penerima juga boleh menyemak kelulusan STR di portal rasmi LHDNM untuk melihat sama ada mereka layak menerima bantuan SARA.
c) Melalui Aplikasi MyKasih
Muat turun aplikasi rasmi MyKasih di Google Play atau App Store. Aplikasi ini membolehkan penerima menyemak baki bulanan, transaksi, serta senarai kedai berdaftar yang menerima penggunaan MyKasih.
Cara Menggunakan Bantuan MyKasih

Salah satu kelebihan program ini ialah penggunaan secara cashless. Berikut langkah mudah menggunakannya:
- Bawa MyKad ke pasar raya/kedai runcit berdaftar.
- Pilih barangan asas dalam kategori yang dibenarkan (14 kategori barangan asas termasuk beras, minyak, telur, susu, barangan kebersihan, ubat-ubatan, dan lain-lain).
- Tunjukkan MyKad di kaunter.
- Masukkan PIN 6-digit untuk pengesahan.
- Terima resit sebagai bukti transaksi.
- Bantuan ini boleh digunakan di lebih 1,200 kedai runcit seluruh negara seperti Mydin, Giant, Lotus’s, Econsave, TF Value Mart, dan 99 Speedmart.
Soalan Lazim (FAQ)
Perlu ke buat permohonan di laman MyKasih?
Tidak. Permohonan hanya melalui portal STR. MyKasih hanya untuk semakan & penggunaan bantuan.
Kalau lulus STR tapi tidak dalam eKasih, masih layak?
Ya, masih layak menerima bantuan tetapi jumlahnya lebih kecil.
Jika tidak guna bantuan bulan ini, adakah ia hilang?
Tidak. Baki bantuan boleh dibawa ke bulan berikutnya sepanjang tempoh program (31 disember 2025)
Macam mana nak tahu kedai berdekatan?
Gunakan aplikasi MyKasih atau semak senarai kedai di portal rasmi.
Kesimpulan Permohonan Mykasih 2025
Permohonan MyKasih 2025 adalah sebahagian daripada usaha kerajaan memastikan bantuan kebajikan sampai terus kepada golongan sasar dengan lebih telus dan berkesan. Dengan kenaikan jumlah bantuan serta penggunaan sistem tanpa tunai yang berintegrasi dengan MyKad, penerima bukan sahaja dapat menikmati kemudahan membeli barangan asas, malah bantuan ini juga dijamin lebih selamat dan berkesan.
Bagi memastikan anda layak, pastikan permohonan STR dikemaskini dengan betul. Selepas itu, semak status secara berkala di portal MyKasih atau aplikasi rasmi. Gunakanlah kemudahan ini sebaik mungkin untuk meringankan beban kos sara hidup keluarga.