Register Mykasih Online 2025 Sumbangan Asas Rahmah

Kerajaan Malaysia telah menambah baik program bantuan Sumbangan Asas rahmah dengan menambah fungsi register Mykasih Online di laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah.

Dengan Kerjasama Mykasih Foundation, Sumbangan Asas Rahmah kini lebih efisyen dengan pemberian wang tunai cashless terus kedalam mykad penerima dan sistem semakan secara online untuk mengetahui butiran seperti kelayakan, jumlah bantuan dan baki bantuan.

Baca juga: STR 2025: Senarai Nama Layak Bantuan & Jumlah Yang Diluluskan

Apa itu Mykasih

MyKasih 2025 merupakan sebuah inisiatif kebajikan yang dirangka khusus membantu golongan berpendapatan rendah, termasuk keluarga B40, warga emas, dan pelajar. Di bawah program ini, bantuan dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) disalurkan bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat.

Bantuan ini diberikan secara automatik kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan mereka yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam sistem eKasih. Dana bantuan akan dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima, membolehkan pembelian barangan asas secara tanpa tunai (cashless) di lebih 600 kedai runcit terpilih seluruh negara.

Register Mykasih Online 2025

Cara register mykasih online adalah melalui laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah. Permohonan utuk register Mykasih Online 2025 dibuka sepanjang tahun kepada rakyat malaysia sebagai tanda pihak kerajaan amat mengambil berat terhadap masalah dan cabaran kos sara hidup yang selama ini dihadapi oleh rakyat Malaysia.

Cara Semak Kelayakan Mykasih Online 2025

Pemohon boleh menyemak kelayakan Mykasih selepas berjaya register Mykasih Online. Semakan boleh dilakukan secara online di laman web rasmi Mykasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus . Masukkan kad pengenalan dan tekan butang ‘semakan status’.

Cara semakan lain kelayakan mykasih adalah melalui Surat pemakluman lulus STR dan sistem pesanan ringkas yang dihantar terus kepada penerima yang layak.

Syarat Kelayakan Register Mykasih Online 2025

Kelayakan Mykasih terhad kepada:

  1. Kategori Miskin Tegar / Miskin eKasih
    • Warganegara Malaysia.
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 untuk kategori:
      • Isi Rumah
      • Bujang
      • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Tersenarai dalam data eKasih sebagai Miskin Tegar / Miskin sebelum atau pada 31 Oktober 2024.
  2. Kategori Isi Rumah & Warga Emas Tiada Pasangan (bukan dalam eKasih)
    • Warganegara Malaysia.
    • Lulus STR 2025 untuk kategori Isi Rumah atau Warga Emas Tiada Pasangan.
  3. Bagi penerima STR yang belum tersenarai dalam eKasih, semakan akan dibuat secara berkala:
Tarikh Semakan eKasihLayak Terima MulaiTarikh Pembayaran
31 Januari 2025Januari 2025April 2025
30 April 2025April 2025Julai 2025
31 Julai 2025Julai 2025Oktober 2025
30 Oktober 2025Oktober 2025November 2025

Jumlah Bantuan Mykasih 2025

Jumlah bantuan yang diagihkan terbahagi kepada 2 kategori kelayakan iaitu “penerima STR & ekasih” dan “penerima STR sahaja” :

  • Kategori Penerima STR & eKasih:
    • Isi Rumah – RM2100
    • Warga Emas Tiada Pasangan – RM1650
    • Bujang – RM600
  • Kategori Penerima STR sahaja:
    • Isi Rumah – RM900
    • Warga Emas Tiada Pasangan – RM450
register mykasih online

Jadual Bayaran Bantuan Mykasih Tahun 2025

BulanIsi Rumah & Warga Emas Tiada Pasangan EkasihWarga Emas Ekasih
Januari 2024RM 100RM 100
Februari 2024RM 100RM 100
Mac 2024RM 100RM 100
April 2024RM 200RM 150
Mei 2024RM 200RM 150
Jun 2024RM 200RM 150
Julai 2024RM 200RM 150
Ogos 2024RM 200RM 150
September 2024RM 200RM 150
Oktober 2024RM 200RM 150
November 2024RM 200RM 150
Disember 2024RM 200RM 150
JumlahRM 2100RM 1650
BulanIsi Rumah & Warga Emas Tiada Pasangan STRBujang Ekasih
Januari 2024RM 100RM 50
Februari 2024RM 100RM 50
Mac 2024RM 100RM 50
April 2024RM 100RM 50
Mei 2024RM 100RM 50
Jun 2024RM 100RM 50
Julai 2024RM 100RM 50
Ogos 2024RM 100RM 50
September 2024RM 100RM 50
Oktober 2024RM 100RM 50
November 2024RM 100RM 50
Disember 2024RM 100RM 50
JumlahRM 1200RM 600

Maklumat Lanjut Register Mykasih Online 2025

Maklumat lanjut boleh menghubungi puhak Mykasih:

MyKasih Foundation
Level 3, DIALOG TOWER,
No. 15, Jalan PJU 7/5,
Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA.


Dedicated Line(s) for MyKasih Recipients Tel: (603) 7720 1800
(Mon – Fri, Normal Business Hours)
Dedicated Line(s) for Merchants Tel: (603) 7720 1900
(Mon – Fri, Normal Business Hours)
Email: info@mykasih.com

Leave a Comment